ads

Selasa, 12 Julai 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Jawablah!: Bukan kerana dendam

Posted: 12 Jul 2011 07:33 PM PDT

pix_gal0
Jika perdamaian yang diinginkan, biarlah ada hitam putihnya

KEMELUT membabitkan dua pelakon iaitu Lisdawati dan Nadia Mustafar nampaknya masih belum menampakkan penghujungnya. Biarpun tidak membabitkan sebarang pertikaman lidah antara kedua-duanya, namun berdasarkan apa yang ditegaskan pelakon berusia 32 tahun ini ketika dihubungi Hip petang Isnin lalu, kes saman fitnah itu masih berjalan seperti biasa walaupun ada berita mengatakan saman itu perlu ditarik balik berikutan tuntutan yang dibuat melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen, iaitu tempat tuntutan itu dibuat.
Jelas isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi ini, dia sendiri tidak dapat mengulas lanjut perkara ini kerana belum mendapat sebarang surat dan dokumen mengenainya. Malah, ketika bertanyakan hal itu kepada peguamnya, jawapan yang diterima ialah kes itu masih lagi diteruskan.
Ditanya apakah dia bersedia untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sekali gus berdamai dengan Nadia, kata Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, dia tidaklah sekejam yang disangkakan dan bersedia untuk melakukan perkara itu.
Bagaimanapun, tegasnya perkara itu perlulah melalui prosedur yang betul dan ada hitam putih, iaitu melalui peguamnya kerana dia tidak mahu berlaku perkara berbangkit pada kemudian hari jika proses perdamaian itu dibuat dengan hanya cakap mulut semata-mata.

Hip: Bagaimana dengan kes saman yang dikatakan ditarik balik itu?

Lisdawati:
Apa yang boleh saya katakan, selepas merujuk perkara itu kepada pihak peguam, mereka mengatakan saman tetap berjalan dan tiada apa yang berubah. Cuma prosesnya saja berbeza. Saya minta maaf kerana tak boleh berikan lagi apa-apa komen. Saya sendiri kurang faham sangat pasal undang-undang, jadi biarlah peguam saya yang menyelesaikannya. Saya juga diminta oleh peguam untuk tidak memberi sebarang komen kerana bimbang berlakunya percanggahan maklumat.
Hip: Lis tahu yang Nadia ada buat sidang media baru-baru ini berkenaan penarik balikan saman itu?

Lisdawati:
Saya tahu pun menerusi akhbar dan ada beberapa wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan maklum balas berhubung isu itu. Saya tidak dapat memberikan ulasan lanjut kerana peguam tidak membenarkannya.

Hip: Dalam sidang media Nadia itu, dia ada menyatakan bersedia untuk berdamai dengan Lis jika itu yang Lis inginkan. Reaksi anda?

Lisdawati:
Kenapa perlu saya yang meminta maaf? Dia yang menjadi punca, jadi seharusnya dialah yang memulakannya. Tapi, jika benar dia mahu berdamai, biarlah perkara itu dilakukan dengan prosedur yang betul. Datang ke pejabat peguam saya dan kita bincang di sana. Saya buat begini bukannya tidak percaya ataupun berlagak, tetapi saya rasa dalam situasi seperti ini, adalah penting adanya hitam putih. Saya tak mahu berlaku perkara berbangkit ataupun cakap-cakap belakang timbul jika sesi perdamaian itu tidak mempunyai sebarang saksi. Lagipun, saya pernah menawarkan jalan penyelesaian sebelum ini tapi dia sendiri yang tidak pernah mahu mengambil peluang itu. Kalau terserempak dalam mana-mana acara pun, dia tidak pernah membuka mulut untuk membincangkan perkara itu.

Hip: Apakah Lis sebenarnya masih berdendam dengan Nadia?

Lisdawati:
Perkara ini tiada kaitan dengan dendam saya terhadapnya. Seperti yang saya katakan tadi, saya buat semua ini kerana tertekan dengan apa yang dilakukannya terhadap saya. Bertahun-tahun saya merana kerana difitnah dan dimalukan. Dan tidak semudah itu saya berjumpa peguam saya untuk mengatakan yang semua perkara itu selesai memandangkan fail kes itu sudah pun dibuka.

Hip: Lis tak kisah menunggu lebih lama jika kes ini terus dibicarakan?

Lisdawati:
Saya tak kisah untuk menunggu walau beberapa tahun lagi. Apa yang saya buat ini bukanlah kerana suka-suka, tetapi adalah untuk membersihkan kembali nama dan maruah saya yang tercalar kerana fitnah itu. Bayangkan selama beberapa tahun saya terpaksa menanggung malu kerana fitnah yang dilakukannya. Disebabkan itulah saya sanggup menunggu sehinggalah kes ini selesai.

Syarat Dynas

Posted: 12 Jul 2011 07:30 PM PDT

Dynas
Dynas
Lakukan tiga tugas serentak

NALURI seorang ibu bukan saja jelas terpancar daripada jernih retinanya, tetapi turut mengalir deras dalam darah wanita ini. Sejak kelahiran puteri sulungnya, Khyra Khalyssa, 13 bulan lalu, pelakon jelita Wan Intan Edrinas Mokhtar atau lebih mesra disapa Dynas mengakui putaran hidupnya kini berubah sebanyak 180 darjah berbanding asal.
Daripada seorang wanita yang mengabdikan keseluruhan hidupnya kepada kerja, kini seluruh hidupnya diserahkan untuk buah hatinya yang comel itu.
Kehadiran Khyra menjadikan Dynas lebih prihatin terhadap tanggungjawab sebagai seorang ibu. Kalau dulu, ketika belum mempunyai anak dia bebas untuk membuat keputusan, tapi selepas bergelar ibu, kepentingan Kyra mengatasi segala-galanya.

"Sebelum ini, ketika tak ada anak, saya boleh berada di lokasi penggambaran sehingga lewat pagi. Tapi bila sudah ada Kyra, saya sendiri menetapkan kepada pihak produksi yang ingin mengambil saya berlakon supaya melepaskan saya pada jam 11 malam kerana saya mahu bersamanya. Sebagai ibu, saya rasa adalah perlu untuk saya berada di sisinya.

"Walau sibuk macam mana pun, saya tetap pastikan yang Khyra perlu diberi perhatian sewajarnya. Jika saya pergi ke butik pun, saya pasti akan membawanya bersama dan membiarkan dia bermain di kawasan persekitaran," kata Dynas yang begitu teruja menceritakan perasaannya bergelar ibu.

Mungkin bagi sesetengah pihak menganggap, status selebriti yang dipegang Dynas membolehkan tanggungjawab mengasuh anak itu diserahkan kepada pembantu. Maklum sajalah, kesibukan di lokasi dan juga di butik mungkin membuatkan dia tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan tugasan itu. Namun pendapat nakal itu disangkal sekeras-kerasnya oleh Dynas.
"Dalam hal ini kita kena bijak dalam hal pengurusan masa. Macam saya yang perlu melakukan tiga tugas serentak iaitu menjadi pelakon, ibu dan juga usahawan, saya kena pandai menguruskan masa. Tidak sukar jika kita bahagikan masa dengan betul. Bagi saya, walau sesibuk mana pun dengan kerjaya, tanggungjawab sebagai ibu tidak boleh kita lupakan.

"Saya tidak mahu melepaskan detik indah seorang ibu apabila anaknya semakin membesar. Apabila dia pandai berjalan, mula bercakap, sejak bila rambutnya panjang, semuanya itu saya mahu saksikan sendiri. Tak mahulah saya mendapat tahu mengenai perkara itu menerusi pengasuh semata-mata. Lagipun, jika kita sendiri yang mengambil berat soal anak, sekurang-kurangnya jika ada sesuatu yang berlaku padanya, contohnya masalah dalam peringkat tumbesaran, kita boleh kesan lebih awal dan rujuk pada doktor," katanya yang kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama seram, Khurafat The Series.

Pengalaman mengasuh dan mendidik anak sulungnya itu turut dikongsi bersama orang ramai menerusi program bercorak keibubapaan yang dikendalikannya iaitu Si Kecil Ku Chakk! di TV3, yang kini sudah pun memasuki musim ketiga. Kata Dynas, selain berkongsi pengalaman sendiri, program itu juga turut memberi panduan berguna padanya untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

"Saya seronok mengacarakan program ini kerana ia banyak menurunkan ilmu kepada mereka, terutama golongan ibu bapa yang menontonnya. Bukan saja pandangan daripada mereka yang pakar mengenai kanak-kanak kami paparkan, tetapi kamu juga memberikan panduan yang berguna," kata pengusaha butik berkaitan penyusuan susu ibu iaitu Dynas Nursing Attire (DNA) yang terletak di pusat membeli belah The Curve.

Beralih kepada butik yang baru beroperasi itu, pemenang kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 dan 2008 ini begitu teruja apabila butik yang diusahakannya itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Maklum balas itu, katanya, menunjukkan wanita kini begitu prihatin untuk menyusukan bayi mereka.

"Semua pakaian yang dijual di butik ini memudahkan wanita untuk menyusukan anak mereka. Semuanya adalah hasil rekaan saya sendiri. Selalunya saya mendapat ilham untuk mereka pakaian ini ketika berada di lokasi ataupun mana-mana majlis yang saya sertai.

"Insya-Allah, saya kini merancang untuk membuka satu lagi cawangan DNA, kemungkinan besar di Shah Alam," ujar Dynas sambil memberitahu butik D&A: Celebrity di Hartamas, D&A Fashion Cafe dan juga di Empire Shopping Gallery sudah pun dibubarkan.

Kembali kepada drama seram

LAKONAN yang dipaparkan Dynas drama Susuk bukan saja meninggalkan kesan mendalam di hati penonton, malah pada dirinya sendiri. Akui Dynas, memang sukar untuknya melupakan watak Cinda yang mengamalkan ilmu hitam dengan memakai susuk supaya kelihatan cantik.

Disebabkan kesukaran untuk melepaskan watak itu daripada dalam dirinya, membuatkan si empunya diri terpaksa melupakan seketika tawaran yang mahukan dirinya berlakon di dalam drama bergenre seram.

Bagaimanapun, selepas terbabit dalam drama komedi seram, You Saka Pergi Jauh-Jauh, pintu hati Dynas bagai terbuka kembali untuk berlakon dalam genre seram yang pernah dilupakannya dulu.

"Watak Cinda membuatkan saya terpaksa mengatakan tidak untuk tawaran berlakon dalam drama seram. Bagaimanapun, drama You Saka Pergi Jauh-Jauh membuatkan pintu hati saya kembali mahu berlakon dalam drama sebegitu. Disebabkan itulah saya menerima tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri Khurafat yang akan disiarkan di Astro Ria.

"Dalam drama itu, saya memegang watak Faridah, seorang bomoh yang mewarisi ilmu hitam daripada ibunya. Watak saya penuh dengan dendam apabila saya sanggup melakukan apa saja termasuk membunuh bagi melunaskan segala dendam yang ada," kata Dynas mengenai drama arahan Syamsul Yusof itu.

Ditanya tidakkah dia mengalami kejadian pelik ketika menjalani penggambaran drama itu, Dynas memberitahu, persediaan sudah pun dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Apa yang penting, kita jangan leka dan sentiasa beringat. Lazimnya selepas pulang dari lokasi, saya akan mandi terlebih dulu. Maklum sajalah, kami shooting sampai jauh malam dan lokasinya pula jauh," cerita Dynas.

Khurafat mengisahkan Johan dan Mastura yang mengikat perjanjian sehidup semati dengan melakukan upacara menjamu darah mereka pada satu busut. Sebagai balasan, hati mereka akan tertutup untuk jatuh cinta dengan orang lain. Malangnya, belum sempat Johan melamarnya, Mastura terbabit dalam kemalangan menyebabkannya koma dan Johan dapat berasakan perubahan berlaku pada dirinya. Dia perlahan-lahan dapat melihat makhluk dari alam lain seperti jin dan roh.

Drama sebanyak 13 episod disiarkan setiap Selasa, menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104), mulai 12 Julai.

Tiada sesalan

Posted: 12 Jul 2011 07:23 PM PDT

PASANGAN ini lebih memahami diri masing-masing selepas berkahwin.
PASANGAN ini lebih memahami diri masing-masing selepas berkahwin.
Waheeda selesa bergelar isteri, tidak rindukan dunia seni

SEAKAN baru semalam Akhil Hayy dan Waheeda mencetuskan kontroversi gara-gara menjalin hubungan intim dalam diam. Namun antara sedar dan tidak, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu sudah hampir memasuki usia dua tahun.
Biar usia perkahwinan kian matang tahun demi tahun, namun rumah tangga yang dibina pada Ogos 2009 itu masih kuat disulam kasih sayang tidak bertepi. Ketika hadir pada majlis pelancaran program baru kelolaan Akhil berjudul Cubaan untuk Astro Oasis, Isnin lalu, Waheeda turut hadir memberikan sokongan.
Sempat seorang teman membisikkan ke telinga penulis kekagumannya terhadap pasangan ini lantaran sejurus selesai sidang media, mereka berdua merancang mahu meluangkan waktu menonton wayang bersama.

Mungkin kerana dua anak di bawah jagaan masih di sekolah, dapat mereka meluangkan waktu untuk berdua-duaan. Memang tergambar kebahagiaan pada pasangan ini apabila Waheeda kelihatan cukup manja di sisi suami.

Ketika yang sama, barangkali sudah lama tidak ditemubual, Waheeda nampak gugup lalu meminta suaminya terus berada di sisi menemaninya menjawab pertanyaan wartawan. Bagaimanapun Akhil tidak dapat menemani kerana perlu memenuhi sesi temuramah bersama sebuah stesen televisyen. Namun sebelum berlalu pergi, sempat Akhil memujuk sambil mengusap penuh lembut belakang isterinya supaya bertenang.

Malah sempat dia berseloroh, jika ada wakil media cuba mengusiknya, mereka akan menerima balasan daripadanya.
Sejak mengambil keputusan untuk berumah tangga pada usia 30, Waheeda membuat keputusan untuk meninggalkan terus dunia seni. Keputusannya itu jelas sekali mengejutkan banyak pihak, khususnya peminat penyanyi lagu Wassini itu. Keputusannya untuk berimej purdah, sekali lagi mencetuskan pertanyaan di kalangan masyarakat.

Namun akui wanita peramah yang berpurdah kerana mengikut jejak iasteri Rasulullah ini, tidak terbit sedikit pun sesalan di jiwa apabila dia meninggalkan dunia glamor. Sebaliknya ujar anak jati Johor itu, dia kini lebih tenang dengan haluan hidupnya sekarang.

"Alhamdulillah, saya kini lebih tenang serta lebih takut dengan Allah selepas mengetahui wanita dilarang melunakkan suara di depan orang. Tidak sedikit pun saya berasa rugi meninggalkan bidang nyanyian. Kini saya banyak memberikan tumpuan pada perniagaan jubah secara talian dan saya juga lebih selesa melakukan kerja di belakang tabir seperti menghasilkan lagu untuk album suami.

"Setakat ini tidak pernah lagi terbit perasaan rindu untuk kembali menyanyi mahupun berlakon. Ada ketikanya saya rindukan rakan yang pernah berlakon bersama-sama. Cuma saya berharap sekiranya saya mati nanti, janganlah ditayangkan filem mahupun diputarkan lagu-lagu saya. Saya tidak mahu diseksa di dalam kubur nanti," kata Waheeda yang menghasilkan dua lagu iaitu Subahanak dan Ighfir Zunubi.

Berbicara soal cahaya mata pula, wanita ini ternyata reda dengan rezeki dikurniakan Tuhan. Lambat mahupun cepat, selagi Allah tidak mengizinkan, kata wanita ini, dia reda. Malah hidupnya tidak pernah sunyi dengan kehadiran dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu suaminya.

Belum ada rezeki timang anak

BAGI si suami pula, dia sudah memiliki empat cahaya mata. Justeru, dia tidak begitu terdesak untuk menimang anak kecil. Apatah lagi, dua anaknya juga kini berada di bawah jagaannya. Malah dia bangga kerana Waheeda berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan cukup baik.

"Dalam rumah tangga, setiap pasangan itu tidak terlepas daripada diuji. Apa yang penting, cara masing-masing menanganinya. Alhamdulillah saya amat mengenali dirinya. Saya lebih mengenali isteri selepas kami berumah tangga.
Setakat ini tiada masalah, malah dia santai saja. Kita tidak terdesak mahukan anak, kecuali orang di sekeliling yang suka mendesak.

"Mungkin belum ada kurniaan dari Allah lagi. Nabi Allah, Ibrahim sendiri pada usia 80 tahun baru berpeluang menimang cahaya mata. Lagipun saya sudah ada empat anak, jadi tidak perlu terburu-buru. Isteri juga berjaya melayan mereka dengan baik dan penuh kasih sayang seperti anak sendiri," kata Akhil yang kini sibuk menguruskan perniagaan berkaitan urusan umrah.

Selain sibuk dengan perniagaan, dia kini kembali menghiasi kaca televisyen dengan program terbaru, Cubaan, yang menemui penonton bermula Sabtu ini. Cubaan ialah sebuah program mengenakan orang ramai, tetapi dalam bentuk keislaman.
Bagaimanapun, tujuan program itu bukanlah untuk memalukan, sebaliknya setiap episod disusuli dengan penutup yang dapat memberi pengajaran.

"Saya terima tawaran ini kerana programnya berbentuk santai yang tidak memerlukan saya berserban atau berjubah. Saya juga menerimanya kerana kena dengan hati nurani saya. Terbabit dalam program ini bukan sesuatu yang mudah kerana kita tidak tahu apa yang ada di dalam jiwa orang yang terkena. Antara adegan yang kita tonjolkan dalam program ini ialah aksi seorang wanita hendak bersalin ketika sedang membeli belah.

"Bagaimanapun, orang yang lalu lalang buat tidak tahu sehinggalah seorang warga tua berbangsa India, menjerit meminta bantuan orang ramai supaya membantu wanita itu. Sedangkan kebanyakan orang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam hanya buat tidak tahu kepada mangsa yang seagama. Walaupun ketika itu kamera sudah dikeluarkan dari persembunyian, warga tua berkenaan masih terus panik.
Itulah antara isi kandungan Cubaan, malah banyak lagi adegan menarik yang akan ditonjolkan," kata Akhil.

Turut hadir pada majlis sidang media berkenaan Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.

Penyertaan membanggakan

Posted: 12 Jul 2011 07:21 PM PDT

SIDEK (dua dari kiri) bersalaman dengan Yusof sambil diperhatikan Jurey (kiri) dan Martias pada sidang akhbar penganjuran KLIS 2012.
SIDEK (dua dari kiri) bersalaman dengan Yusof sambil diperhatikan Jurey (kiri) dan Martias pada sidang akhbar penganjuran KLIS 2012.
Fetival filem pendek diteruskan tanpa sokongan pihak sepatutnya

PENGANJURAN Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIS) 2012 yang dijadual berlangsung pada 30 Januari hingga 1 Februari tahun depan kini menerima lebih 350 penyertaan dari seluruh dunia.
Penyertaan yang baru dibuka kira-kira tiga minggu lalu menerusi syarikat rakan promosi berpangkalan di Los Angeles, California, Withoutabox, menarik lebih banyak penyertaan apabila buat julung kalinya ia dianjurkan di negara ini. Jumlah itu dijangka terus meningkat apabila penyertaan ditutup pada 30 November depan.
KLIS dianjurkan KLIS Network selepas mendapati industri filem pendek tempatan semakin mendapat tempat di sini. Secara tidak langsung penganjuran itu menjadi serampang dua mata untuk menarik lebih ramai pelancong asing mengunjungi ibu negara ketika festival berlangsung.

Pastinya KLIS akan menjadi aktiviti tahunan yang akan dimuatkan dalam kalendar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, selepas pihak terbabit bersetuju bertindak sebagai penganjur bersama.

Pengerusinya, Martias Ali, berkata pihaknya tidak menyangka sambutan yang begitu cepat diterima daripada peserta luar negara, membuatkan mereka lebih yakin festival ini mampu berjaya. Penyertaan terbanyak datangnya dari Amerika Syarikat diikuti Venezuela, Brazil, Sweden, Hungary, Belanda, Itali, Filipina, Kanada, Pakistan, Australia dan banyak lagi.

"Dengan penyertaan awal melebihi angka 350 termasuk produknya sekali, saya yakin ia akan menjadi festival yang boleh dibanggakan oleh orang industri termasuklah pelajar jurusan filem di seluruh Institusi Pengajian Tinggi di negara ini.
"Sepatutnya penganjuran festival sudah lama dilakukan, memandangkan di Asia kini memang tidak ada festival untuk filem pendek. Kita seharusnya berbangga apabila menjadi negara Asia pertama yang akan memiliki festival bertaraf antarabangsa.

"Begitu juga dengan lepasan graduan kita yang tiada landasan untuk mengenengahkan bakat mereka, dengan penganjuran KLIS 2012 ini kita berharap produk tempatan lebih mudah melepasi ke peringkat antarabangsa," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran festival itu di ibu kota baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Datuk Sidek Khalid; Presiden Majlis Tindakan Industri Kreatif Multimedia (MAJIKA), Jurey Latiff; dan penggiat filem tanah air yang turut mewakili KLIS Network, Yusof Kelana.

Biarpun kecewa kerana tidak mendapat sokongan daripada pihak yang sepatutnya seperti Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDec) dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), namun penganjuran itu tetap diteruskan berbekalkan sokongan pihak lain.

"Kami meneruskan penganjuran festival ini apabila DBKL bersetuju menjadi penganjur bersama, di samping sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Skop Productions Sdn Bhd serta Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Jika diikutkan memang kami agak kecewa apabila permohonan kami ditolak terus oleh mereka yang tidak meyakini langsung usaha kami. Apa yang pasti usaha ini bukan untuk kepentingan sendiri, malah pihak kerajaan sendiri mengakui penganjuran ini dapat membantu industri perfileman tempatan termasuk industri pelancongan," katanya yang terpaksa mengeluarkan sejumlah besar kewangan sendiri untuk merealisasikan KLIS 2012.

Info:

  • Sebanyak empat kategori filem yang dipertandingkan seperti filem Pendek, Animasi, Pelajar dan Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR).

  • Sepanjang tiga hari KLIS 2012 berlangsung, pelbagai aktiviti membabitkan industri perfileman sudah diatur bagi menyahut objektif mengangkat industri filem kita ke peringkat antarabangsa.

  • Antara aktivitinya seperti membuka pasaran antarabangsa dengan mengumpulkan semua produser dan pembeli luar, tayangan filem pendek secara percuma di Panggung Bandaraya, beramah mesra bersama pemenang filem pendek animasi Oscar, Academy Awards 2011 dan beberapa aktiviti lagi.

  • Bagi penggiat filem pendek tanah air yang ingin menyertai festival ini boleh melayari http/www.klisfestival.com atau info@klisfestival.com. Setiap penyertaan adalah percuma dan pemenang bakal menerima hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM50,000.

Malas layan isu remeh

Posted: 12 Jul 2011 07:17 PM PDT

  • Foto

  • Foto

    ANTARA peserta dalam ujibakat My School Rocks.

  • Foto

Linda sokong setiap keputusan diambil suami

MALAS mahu memanjangkan gosip yang entah dari mana puncanya, Linda Jasmine Hashim, 39, mengambil sikap berdiam diri daripada membuka mulut memberikan sebarang kenyataan terutama berkaitan isu remeh kononnya dia mengongkong pergerakan suami atau dalam erti kata lain, Queen Control.
Apabila aktor berbakat itu mengumumkan persaraan sebagai pelakon dua tahun lalu, Linda dituduh sebagai penyebab dan kali ini sebaik teman hidupnya bersetuju membintangi filem susulan arahan Mamat Khalid, Rock... Ooo, nama Linda masih lagi dijaja.
Terbaru, ibu kepada dua cahaya mata itu dituduh pula cuba menyibuk mahu memperhalusi skrip yang diperoleh si suami semata-mata ingin memastikan tiada adegan bersama aktres wanita.

Barangkali sudah muak apabila acap kali isu sama dihebohkan membuatkannya lebih rela membungkam kerana biar sedalam mana penjelasan cerita mengarut tetap terus bertebaran.

"Tiada apa yang perlu saya jelaskan. Biarlah... Jika mengulas setiap kenyataan pun pasti selepas ini masih timbul isu sama. Jadi lebih baik saya berdiam diri daripada melayan isu remeh," katanya ringkas ketika ditemui pada sesi uji bakat My School Rocks 2011 di Putrajaya.

Sejak program pencarian bakat penari di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah itu direalisasikan empat musim lalu, Linda antara pakar tarian yang diamanahkan sebagai juri.
Menyentuh mengenai pembabitan semula Que atau nama sebenar Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 32, di arena lakonan, akuinya seperti dijelaskan dulu suaminya meninggalkan bidang terbabit disebabkan berkaitan industri dan kali ini kembali semula di atas permintaan sutradara yang dihormatinya.

"Sebagai isteri, saya menyokong setiap keputusan yang diambilnya. Walaupun terpaksa berpisah seketika kerana dia menjalani penggambaran di Ipoh, Perak, kami masih kerap berkongsi pelbagai cerita.

"Kebetulan minggu sebelum ini, uji bakat My School Rocks berlangsung di bandar raya itu. Jadi saya membawa bayi kami, Tengku Ratu Haidar bertemu bapanya manakala si abang, Qalif Khan kini berada di Amerika Syarikat bercuti dengan datuk dan neneknya.

"Puaslah Que mengulit Ratu dan melepaskan rindunya. Ratu pula macam tahu saja nak berjumpa ayahnya, sepanjang perjalanan tak banyak kerenah," katanya sambil tersenyum manis.

Nyata wanita berdarah campuran ini sememangnya berjiwa kental malah pengalaman di bidang seni, biarpun bukan cabang nyanyian mahu pun lakonan, membuatkannya gagah melangkah di arena serba mencabar ini.

Tempias populariti yang diraih sejak aktif bersama kumpulan penari terkenal, Kit Kat Club sekitar 90-an disusuli pembabitannya dalam aneka program TV termasuk menjadi pereka tari bagi Akademi Fantasia (AF) membuatkan namanya semakin dikenali ramai.

Ikatan perkahwinan dengan Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem Malaysia Ke-19 pada 14 Februari 2009 juga membuatkan pergerakan selebriti jelita itu sentiasa diintai peminat.

Pastinya populariti membuatkan namanya turut menjadi buruan pengarah namun secara tanpa berselindung Linda mengakui tidak terdetik mahu bergelar pelakon atau sekadar mencuba nasib.

"Saya tiada bakat atau minat berlakon malah saya sangat teliti dan cerewet.
Justeru lebih baik saya tumpukan terhadap bidang kepakaran saya terutama membimbing pelajar untuk membolehkan mereka menjadi penari yang bagus," katanya yang menari sejak berusia 13 tahun.

Garang bertempat

PENGASAS Linda Jasmine Performing Arts Studio di Ampang itu juga mengakui ketika mengajar dia begitu tegas dan tidak ketinggalan dicop garang tetapi segala-galanya dilakukan untuk memastikan setiap murid memahami teknik yang dikongsi.

Begitupun, tatkala menyentuh isu sama ada akan mengajar anak perempuannya yang kini baru mencecah setahun lebih apabila masanya tiba nanti, katanya jika perlu Ratu akan dihantar belajar menari di bawah bimbingan guru lain.

"Bukan kerana saya garang tetapi daripada pengamatan sendiri, seelok-eloknya biarlah guru lain mengajarnya kerana saya tidak mahu nanti terlampau memanjakan atau terlalu bertegas kepadanya disebabkan status anak.

"Namun bagi saya buat masa ini Ratu masih terlalu kecil. Memang saya mahu menghantarnya mengikuti kelas tarian ballet tetapi mungkin dua atau tiga tahun lagi," katanya yang turut mengajar tarian salsa, pop Latin, tarian moden kanak-kanak, hip hop dan kelas drama untuk dewasa dan kanak-kanak.

Sebagai koreografer berpengalaman, dia turut berkongsi aspirasi untuk memberi kebebasan kepada anak-anaknya membuat pilihan kerjaya selain mengutamakan dulu pendidikan walau berminat dalam apa bidang sekali pun.

"Walaupun saya penari profesional dan Que pula pelakon, tidak bermakna anak-anak perlu mengikut jejak langkah kami. Ratu misalnya, sebagai ibu yang didedahkan dengan tarian sejak kecil, sudah pasti saya bangga jika anak saya juga punya bakat sama.

"Apa pun, saya akan membuka peluang dan menghantarnya mempelajari asas tarian namun jika nampak dia tiada minat selain tidak punya bakat, saya bukakan ruang pula untuk mencuba bidang lain," katanya yang turut berkongsi rasa bangga melihat tarian kini sebagai bidang yang menjanjikan masa depan.

Peluang kembangkan bakat tarian

DEDAH Linda, banyak peluang dibuka kepada mereka yang berminat termasuk stesen TV sendiri menyediakan landasan seperti menganjurkan pertandingan serta program realiti termasuk untuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun seperti My School Rocks.

Pertandingan kelolaan Disney yang sudah memasuki musim keempat itu masih mengekalkan dirinya sebagai juri profesional namun kali ini Linda berpasangan dengan bekas anak didiknya di AF, Stacy, bagi memilih kumpulan penari terbaik di kalangan dua kategori, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sementara itu, tatkala sesi pemilihan di Putrajaya yang menjadi lokasi jelajah ketiga selepas Perak, Pulau Pinang dan bakal disusuli ke Johor serta Sabah, hampir 60 pasukan dari sekolah rendah berentap merebut tempat dalam pemilihan sepanjang tiga hari itu.

Menjengah Dewan Pleno Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), seawal jam 9 pagi lagi sudah ramai peserta menanti dengan penuh sabar giliran masing-masing sambil berlatih mempertajamkan skil tarian.

Lengkap mengenakan aneka persalinan berwarna-warni, kanak-kanak serta remaja itu tampak begitu yakin mempersembahkan tarian berasaskan lagu daripada program Disney Channel.

Melihat persediaan, nampak kesungguhan setiap seorang malah guru pengiring serta ibu bapa juga turut kelihatan hadir memberikan sokongan moral terhadap insan tersayang.

INFO

  • Hadiah utama My School Rock adalah percutian tiga hari dua malam di Disneyland Hong Kong.

  • Sesi pemilihan di Kompleks Mawar Johor Bahru diadakan pada 16 Julai ini.

  • Sesi pemilihan di Universiti Malaysia Sabah Kota Kinabalu diadakan pada 23 hingga 24 Julai ini.

  • Pemenang kedua-dua kategori akan diumumkan pada 31 Ogos menerusi saluran Disney 615

Dengarnya...: Tiba-tiba sudah sampai final?

Posted: 12 Jul 2011 07:15 PM PDT

Mr Os antara juri Bakat TV.
Mr Os antara juri Bakat TV.
MENTOR, Akademi Fantasia dan Maharaja Lawak antara pertandingan realiti yang sudah pun selesai acara kemuncaknya. Boleh dikatakan banyak benar promosi selain hebahan sebelum cabaran bermula hingga selepas pertandingan berakhir.

Cik Normah menyebut pasal ketiga-tiga program TV ini kerana Cik Normah tertanya-tanya juga, mengapa pertandingan Bakat TV kelolaan RTM sekadar suam-suam kuku saja hebahannya.
Padahal peringkat akhir pertandingan yang mempunyai objektif sama - mencungkil bakat seni persembahan pentas yang juga antara paling lama dianjurkan stesen berkenaan - akan berlangsung 19 Julai ini. Sepatutnya rancangan akhir diadakan malam ini, tetapi tiba-tiba ditunda pula ke minggu depan.
Dikhabarkan, lapan finalis yang punya pelbagai kebolehan seni bakal bersaing merebut ganjaran wang tunai hingga RM20,000 bagi juara, manakala pemenang kedua hingga penerima sagu hati juga dikatakan tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Barisan juri pula bukan calang-calang individu, masing-masing pakar dalam bidang mereka seperti pelawak Mr Os; koreografer, Pat Ibrahim; dan guru vokal, Syafinaz Selamat; serta Eddy Kismilardy yang mewakili pemuzik Rentak 50.

Bukan pasal juri atau hadiah yang mahu Cik Normah buat perbandingan tetapi jentera promosi pihak berkaitan yang semacam tak bersungguh-sungguh mewar-warkan pertandingan ini. Jangan kata media berat sebelah atau hanya mahu bagi publisiti kepada program realiti yang sudah sedia popular. Kalau pihak berkaitan sendiri semacam lepas tangan, takkan kita pula yang terhegeh-hegeh sua muka.

Kalau sudah mulakan pengumuman menerusi sidang media, teruskan saja misi memperkenalkan sekali gus mengingatkan khalayak mengenai musim baru pertandingan yang sudah dimulakan sejak 1974 lagi. Tambahan pula pertandingan ini unik kerana mencungkil bakat daripada pelbagai bidang termasuk nyanyian, lawak, tarian dan silap mata. Jadi agak sayang kerana publisitinya kurang menyeluruh, malah ramai yang tak tahu kewujudan program itu.
Cik Normah bukan mahu tunjuk pandai atau suka-suka nak menegur sebab sebagai stesen TV yang sudah lama beroperasi, tentu mereka punya pasukan promosi berpengalaman. Banyak cara boleh digunakan, selain daripada iklan atau sekadar menunggu khalayak menonton pertandingan ini, macam buat sesi fotografi dengan finalis atau mengaturkan temu bual bersama juri dan penerbit, dan bermacam cara lagilah.

Tak salah rasanya kalau mengintip bagaimana jentera promosi stesen TV lain mengatur strategi terutama pasukan TV3. Mereka memang pakar kalau masuk bab menghebahkan program baru, tambah-tambah pertandingan macam ni. Biar orang luar tahu ada sesuatu berlaku, taklah tiba-tiba terkejut apabila pertandingan itu rupanya sudah sampai ke final.

Intai juga cara pasukan publisiti Astro bekerja dengan bermacam-macam program baru sampai tak menang tangan mengatur sidang media dan sesi temu bual. Tak salah meniru strategi pihak lawan kalau membawa kebaikan. Apa pun Cik Normah ucapkan selamat berjaya kepada kelapan-lapan finalis yang bertarung pada rancangan akhir. Kalau berkesempatan Cik Normah akan cuba melapangkan waktu walaupun sebenarnya sampai ke saat tulisan ini dibuat, belum ada panggilan mahu pun kad undangan dihulurkan.

Artis realiti tiada karakter

Posted: 12 Jul 2011 07:09 PM PDT

Sebahagian pencipta, penulis lirik dan penyanyi yang menyertai bengkel Cipta Ekspres MACP 2011.
Sebahagian pencipta, penulis lirik dan penyanyi yang menyertai bengkel Cipta Ekspres MACP 2011.
Bakat baru hanya boleh menyanyi, namun gagal bawa lagu luar biasa

MESKIPUN industri muzik kini mengalami perubahan dengan kelahiran bintang baru melalui program realiti, namun belum ada artis yang mampu membawa karakter tersendiri yang boleh diingati, seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.
Datuk Siti Nurhaliza dianggap satu-satunya ikon hiburan yang mampu dibanggakan selepas Sudirman, tetapi sehingga ke hari ini, masih belum ditemui pelapis baru dan muda yang mampu berada sebaris dengan bintang ternama itu.
Begitupun usaha melahirkan penyanyi dengan karakter berbeza bukan tidak pernah dilakukan. Komposer Aidit Alfian pernah mengubah imej dan muzik penyanyi Elyana, semata-mata bagi melahirkan perwatakan baru dalam diri penyanyi terbabit menerusi lagu Tak Tercapai Akalmu dan Kalis Rindu. Ia dilihat percubaan yang berani, dalam melahirkan ikon pelapis yang mampu membawa genre berbeza berbanding artis lain.

Pelbagai usaha dan pendekatan digunakan penggiat muzik tempatan bagi mengasah bakat baru agar mempunyai karakter tersendiri yang mampu meninggalkan impak terhadap peminat.

Penulis Lirik, Ad Samad turut mengaku, dunia hiburan kini semakin dilambakkan dengan kelahiran bintang baru yang hanya boleh menyanyi, tetapi hakikatnya tidak mampu menjadi ikon atau penghibur yang memiliki perwatakan mereka tersendiri.

"Kita tak ada penyanyi yang ada karakter. Ada banyak lagu yang luar biasa dihasilkan penggiat muzik tetapi tak ada penyanyi yang sesuai untuk membawakan lagu itu. Lihat saja kelainan pada Elyana yang mempunyai karakternya tersendiri, tetapi penyanyi baru kini tidak mempunyai elemen itu. Bakat daripada program TV realiti hanya boleh menyanyi, tetapi tak boleh bawa lagu luar biasa," katanya ketika ditemui pada acara Cipta Ekspres MACP 2011 di Port Dickson baru-baru ini.
Meskipun banyak lagu dihasilkan komposer yang menepati permintaan stesen radio, namun tidak semua penyanyi boleh menyanyikan lagu terbabit dengan baik

Bahkan untuk menghasilkan lagu buat artis lama juga dianggap agak sukar, memandangkan mereka sudah mempunyai jenama dan label tersendiri, dengan imej dan penampilan masing-masing.

"Artis lama ini ada perangai atau kerenahnya tersendiri yang sukar untuk dibentuk. Lagipun mereka sudah mempunyai nama dengan karakter dan cara mereka sendiri berbanding artis baru.

"Trend sekarang pula lebih kepada single berbanding album, kerana masing-masing tak nak menanggung risiko. Kalau buat lagu lain daripada yang lain akan mendatangkan risiko dan stesen radio tak nak mainkan lagu-lagu kita," jelasnya.

Menurut Ad yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perlindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP), stesen radio dan televisyen ialah sumber utama royalti penggiat muzik berbanding persembahan.

Oleh yang demikian, penekanan terhadap penghasilan lagu mengikut piawaian atau kehendak stesen radio amat penting supaya lagu yang dihasilkan dapat diputarkan.

"Radio ada formatnya tersendiri dan kalau kita buat lagu di luar kehendak mereka, susahlah nak masuk radio. Jumlah lagu yang dikeluarkan penggiat muzik lebih banyak daripada radio mainkan.

"Kalau kita hasilkan lagu dangdut, kena buat lagu yang dapat diterima stesen radio seperti mengubah rentak dan irama agar bersesuaian dengan zaman sekarang," katanya.

Komposer, penulis lirik berhak dikenali

BIARPUN sudah lebih 30 lagu yang pernah dihasilkannya, namun agak sukar untuk menghasilkan lagu hit, dan ia juga banyak bergantung kepada artis yang mampu membawakan lagu terbabit dengan baik.

Melihat kepada kegigihan dan kesungguhan pencipta dan penulis lirik dalam menghasilkan karya yang bermutu, golongan terbabit dilihat kurang menonjol dan sering berada di belakang tabir.

Dalam usaha MACP untuk memajukan lagi industri muzik, golongan yang bekerja keras mengembangkan idea dalam penghasilan lagu akan turut sama diberikan publisiti seiring dengan golongan artis.

"Arwah Loloq ada cakap pada saya, masa generasi dia dulu, penulis lirik dan pencipta lagu hanya duduk di belakang tabir dan tidak dikenali, tetapi kini kita kena menonjolkan golongan ini agar dikenali masyarakat.

"Golongan ini juga ada hak untuk dikenali dan dengan cara ini peminat muzik tempatan akan lebih mengenali mereka. Selalunya, kita hanya nama dan lagu saja, tetapi orangnya kita tak kenal," katanya.

Malah golongan terbabit juga tidak digalakkan menganggap setiap lagu yang dihasilkan sebagai maha karya kerana tindakan itu akan memutuskan idea atau penghasilan karya terbaru.

Bahkan, penulis lirik tidak menghasilkan sesuatu karya itu berdasarkan kisah kehidupan peribadi kerana ia dianggap satu perkara yang janggal dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Kalau kita anggap karya kita itu sebagai maha karya, ia akan memutuskan idea kita untuk hasilkan yang lebih baik daripada itu. Kalau tulis lirik pula, kena hilangkan diri kita dan fikirkan apa yang diperlukan untuk lagu kerana kalau kita tulis mengenai kisah kita, ia akan terperangkap dalam skop kita sendiri," jelasnya.

Bagi Ad, 42, setiap artis berkumpulan perlu menghasilkan karya mereka sendiri berbanding artis solo kerana cara itu akan memberi impak yang lebih kepada peminat. Lagu yang dibawakan juga 'sampai' kepada peminat.

Bahkan, setiap lagu yang dihasilkan akan memberi kelebihan kepada band terbabit, seperti kumpulan 6ixth Sense, yang mempunyai karakter tersendiri dalam lagu yang dihasilkan mereka.

Joey Mengaku Di Mahkamah Mahu Kahwin Lain

Posted: 12 Jul 2011 07:08 PM PDT

Joey (tengah) di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.

KAJANG: Pelakon dan penyanyi, Joey pada Selasa, bersetuju agar kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang difailkan oleh isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini dipercepatkan kerana dia mahu berkahwin lain.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Joey ketika ditanya oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah jika dia mahukan keputusan yang segera dalam permohonan yang difailkan oleh Noraini Mohamad Nasir,44, pada 15 Oktober 2010.

Bagaimanapun, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud,37, mengakui wanita yang ingin dijadikan pasangan hidup bukan Noraini, sebaliknya wanita lain yang tidak dinyatakan namanya.

Semasa ditanya bila perkahwinan tersebut akan dilangsungkan, Joey menjawab: "Tiada tarikh, tetapi pada tahun ini."

Abdul Halim kemudiannya menetapkan 26 Julai ini untuk memberikan keputusan berhubung kesahihan dakwaan lafaz cerai dan rujuk yang didakwa telah dilafazkan oleh Joey terhadap Noraini di rumah kelamin mereka, tahun lalu.

Pada tarikh tersebut, Abdul Halim juga akan memberikan keputusan sekiranya Joey yang dinamakan sebagai defendan dalam permohonan itu perlu bersumpah bagi menafikan dakwaan Noraini berhubung lafaz rujuk tersebut.

Ini kerana, pasangan tersebut tidak bersependapat dengan lafaz rujuk yang didakwa berlaku pada 8 Jun 2010 di bilik tidur mereka dan Noraini mendakwa, tangan kiri suaminya memegang senaskhah Al-Quran semasa melafazkan rujuk tersebut.

Kedua-dua mereka hanya bersetuju dengan fakta bahawa Joey telah melafazkan cerai pada 4 Jun 2010 meskipun lafaz yang dimulakan dengan Bismillah itu hanya didengari oleh seorang rakan bernama 'Acong' .

Pasangan tersebut berkahwin pada 4 Mei 2005 dan mereka mempunyai seorang anak angkat, Zidani yang kini berusia empat tahun.

Sementara itu, pada perbicaraan pada Selasa, Joey memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan yang waras, sedar dan tidak dipaksa semasa melafazkan lafaz cerai tersebut.

"Saya juga faham dengan maksud lafaz, iaitu saya menceraikan dia (Noraini). Lafaz juga dilafazkan dengan kuat dan saya rasa dia dengar lafaz tersebut," katanya.

Semasa disoal oleh peguam syarienya, Fakhrul Azman Abu Hassan, Joey berkata, pada 4 Jun 2010 dia dan Acong telah ke rumah Noraini untuk berbincang bagi melafazkan lafaz cerai tersebut.

"Waktu berbincang, Noraini ada bersama, tetapi semasa mahu lafaz, dia berpusing seperti mahu masuk ke rumah," katanya.

Joey yang pernah menghasilkan album 'Beradu Suratan' itu seterusnya memberitahu dia tidak bersetuju dengan cadangan oleh peguam syarie Amli Embong yang mewakili Noraini, bahawa lafaz rujuk dilafazkan semasa dia kembali ke rumah, empat hari kemudian.

Katanya, perkara itu tidak pernah berlaku dan tujuan dia kembali ke rumah hanya untuk mengambil barang dan melawat Zidani.

"Saya ada bertanya khabar Noraini dan beritahu tujuan saya datang. Saya berada di sana tidak sampai setengah jam kerana dia tidak benarkan saya untuk masuk ke dalam rumah," katanya.

Joey juga memberitahu, dia mengambil masa yang lama untuk memfailkan permohonan pengesahan itu di mahkamah kerana tidak dapat mencapai persetujuan dengan Noraini berhubung pelantikan peguam untuk mengendalikan kes tersebut.

"Saya sudah cuba untuk berbincang dengan dia untuk menggunakan seorang peguam sahaja untuk memudahkan urusan tetapi dia dengan cara dia dan tiba-tiba sahaja dia failkan dahulu permohonan tanpa persetujuan saya," tambahnya.

Sementara itu, menjawab soalan Abdul Halim, Joey mengakui bahawa dia tidak bersama dengan Noraini sebelum 4 Jun 2010 kerana berada di lokasi penggambaran dan semasa itu, mereka telah sering bergaduh.

Joey juga mengakui bahawa Noraini atau nama dipanggilnya sebagai 'Igom' tidak pernah meminta cerai, namun begitu kerap meminta untuk dibebaskan kerana telah tidak boleh hidup bersama.

Abdul Halim: Selepas lafaz cerai, apakah jawapan kamu jika ditanya mengenai hubungan kamu dengan Noraini?

Joey: Saya akan jawab masih dalam proses perceraian. Saya juga akan cerita bahawa saya ada lafaz cerai di luar, tetapi masih belum disahkan.

Dalam kes ini, Noraini memfailkan permohonan pengesahan tersebut kira-kira seminggu selepas media menyiarkan berita mengenai keakraban antara Joey dengan pelakon, Watie (Elite) atau nama sebenarnya Norwati Sadali.

Mereka dilaporkan mula rapat selepas bertemu di lokasi penggambaran sebuah drama bersiri dan Noraini pada keterangannya memberitahu bahawa Joey telah keluar daripada rumah selepas membuat pengakuan mengenai hubungan tersebut.

Sebelum ini media melaporkan Joey dan Watie berkawan rapat dan mereka memang mempunyai perancangan untuk berumahtangga.

Pelakon Samzy Kekal Hukuman Penjara, Sebat

Posted: 12 Jul 2011 07:07 PM PDT

Samzy Fuzette A. Samad didapati bersalah kerana memiliki syabu enam tahun lalu.

SHAH ALAM: Bekas pelakon, Samzy Fuzette A. Samad yang juga abang kepada pelakon, Zizie Ezette kekal menjalani hukuman penjara, selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak rayuannya berhubung kesalahan memiliki syabu, enam tahun lalu.

Samzy pernah mencuba nasib dalam industri seni menerusi drama Cucu-Cucu Atuk dan Seri Istana.

Pada Selasa, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini, terhadap Samzy dan memerintahkan agar hukuman tersebut bermula pada hari ini.

Sebaik sahaja Mohtarudin membacakan penghakiman beliau, Samzy yang memakai baju kemeja berwarna putih dan berseluar hitam dilihat menggelengkan-gelengkan kepala, manakala isterinya, Sarinah Mohammad, 32, yang berada di galeri awam mahkamah menangis teresak-esak.

Sarinah kemudiannya menghampiri Samzy yang sudah digari oleh anggota polis dan bekas pelakon yang kini menjalankan perniagaan sendiri itu memeluk wanita berkenaan bagi menenangkannya.

Samzy yang juga abang ipar kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menerusi perkahwinan ahli politik itu dengan Zizie Ezette kemudiannya dibawa keluar oleh anggota polis untuk dihantar ke lokap mahkamah.

Pada penghakimannya, Mohtarudin berkata, beliau menolak hujahan yang dikemukakan oleh peguam Samzy, Muhammad Faiz Fadzil bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah syabu itu diletakkan oleh orang lain termasuklah oleh anggota polis yang membuat serbuan atas maklumat orang awam.

"Pada pendapat mahkamah, tidak ada sebab yang munasabah mengapa polis meletakkan dadah dalam beg perayu. Jika dadah bukan milik perayu ia perlu disoal-balas kepada pegawai tangkapan atau pegawai penyiasat

"Jika benar dadah bukan miliknya ia perlu diberitahu kepada pihak polis seawal mungkin," katanya.

Mohtarudin juga menyifatkan pembelaan Samzy yang disokong oleh rakan serumahnya, Salehuddin Zaharuddin, 37, sebagai pembelaan yang difikirkan semula.

Berhubung hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret Aida Mastura Mohamed Aman, Mohtarudin berkata hukuman tersebut adalah tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan Samzy.

Hukuman tersebut dijatuhkan pada 30 November 2010 selepas Aida Mastura yang mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan mensabitkan Samzy bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.

Samzy yang mempunyai tiga orang anak didakwa memiliki dadah itu pada pukul 3.30 petang, 11 April 2005 di rumah beralamat DG-W4, Kondominium Villa Ria, Taman Bukit Mulia, Jalan Mulia 1/5, Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Dadah tersebut disimpan dalam 10 paket plastik lut sinar dan dijumpai dalam beg pinggang berwarna hitam dan di dalam beg tersebut terdapat dompet yang mengandungi kad pengenalan dan dokumen peribadi Samzy.

Semasa ditangkap, terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut dan Samzy didakwa sedang tidur di salah satu bilik bersama Nur Baizura Che Man, 29, yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketujuh.

Terdahulu, Muhammad Faiz menghujahkan bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah berkenaan adalah milik salah seorang daripada individu di dalam rumah memandangkan mereka mempunyai laluan ke dalam bilik Samzy yang tidak berkunci, selain mereka semua didapati positif syabu.

"Rakan serumah perayu, Salehuddin juga memberitahu bahawa mereka telah berkongsi wang untuk membeli dadah dan menghisapnya serta tidak lagi mempunyai bekalan dadah, lalu masuk tidur sehinggalah mereka ditangkap, " katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar membidas hujahan tersebut dengan berkata bahawa, tiada sebarang penafian dilakukan oleh Samzy berhubung pemilikan beg tersebut yang ditemui di atas katil bilik perayu.

"Tiada keterangan sekiranya bilik perayu boleh dimasuki oleh orang lain ataupun sekiranya terdapat orang lain di dalam bilik tersebut," katanya.

Terdahulu, sebaik sahaja kesnya dipanggil, Samzy meminta agar wartawan yang hadir membuat liputan agar mendoakannya.

"Tolong doakan saya ya..." katanya.

Ekin Mengandung Tujuh Minggu, Mawi Sangkal Jual Banglo

Posted: 12 Jul 2011 07:06 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi mengakui isterinya Nora'Asikin Rahmat atau Ekin kini hamil 7 minggu selepas berkahwin hampir tiga tahun lalu.

Mawi berkata, dia dan Ekin mengetahui berita gembira itu selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor kira-kira dua minggu lalu.

"Kami berjumpa doktor dua minggu lalu, selepas mendapati kitaran haid Ekin tidak stabil dan doktor mengesahkan Ekin hamil 7 minggu.

"Namun saya tidak berani untuk bercakap banyak kerana ia masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan sebab dalam tempoh seawal itu macam-macam boleh terjadi," ujarnya ketika ditemui semasa rakaman Konsert Raya 1 Malaysia Muzik FM di sini, Selasa.

Jelas Mawi, buat masa ini doktor menasihatkan agar Ekin mendapat rehat secukupnya dan tidak banyak bergerak.

"Dia dinasihatkan agar banyak berehat bagi menjaga kandungannya. Lagi pula dia pernah mempunyai sejarah keguguran dua kali," tambahnya.

Ketika ditanya tentang perasaannya yang bakal bergelar bapa, Mawi berkata dia bersyukur dan gembira dengan berita tersebut.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira. Ini mungkin rezeki selepas menunaikan umrah pada bulan April lalu,

"Saya berharap peminat dan masyarakat mendoakan agar semuanya selamat," katanya yang tidak berharap kepada jantina bayi tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya tentang khabar angin bahawa dia ingin menjual rumah banglonya yang terletak kawasan kelab golf di Bangi, Mawi berkata ia adalah tidak benar sama sekali.

"Saya tidak pernah terfikir untuk jual rumah saya itu. Gosip tersebut tidak benar sama sekali," katanya menjawan desas desus berkenaan berikutan prestasi kerjayanya yang dilihat semakin merudum.

Zul Huzaimy Ganti Fizz Fairuz Dalam 'Bahaman'

Posted: 12 Jul 2011 07:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Setelah pelakon Fizz Fairuz menolak untuk berlakon teater muzikal Bahaman, watak utama itu terpaksa diambil alih oleh pelakon Zul Huzaimy.

Pengarahnya, Rahman Adam akui sedikit kecewa kerana gagal mengambil Fizz berlakon sebagai Bahaman pada teater yang dipentaskan pada 12 hingga 18 Januari 2012 di Istana Budaya.

"Kalau boleh saya nak Fizz Fairuz yang berasal dari Pahang untuk melakonkan watak Bahaman.

"Tetapi disebabkan dia mempunyai komitmen dengan teater Badai Semalam jadi Fizz terpaksa menolak tawaran itu. Jadi, kami memilih Zul Huzaimy yang dirasakan layak memegang watak berkenaan," kata Rahman sewaktu sidang media di Restoran Bora Asmara, Sungai Penchala, di sini, Selasa.

Antara pelakon lain yang turut berlakon adalah Datuk Rahim Razali sebagai Imam Noh, Datuk Baharuddin Omar (Bilal), Almy Nadia (Wan Rohani), Radhi Khalid (Tok Ku Paloh), Geofrey Perrin Williams (Hugh Clifford), Julia Ziegler (Putih) dan Fida Ibrahim (Siti Anom).

Bagi menguatkan kefahamannya tentang Bahaman , Rahman terpaksa berulang-alik 12 kali ke Pahang untuk membuat kajian tentang tokoh berasal dari negeri itu.

"Dalam saya menjalan kajian itu, ada yang kata Bahaman meninggal dunia di Pahang dan ada juga yang mengatakan di Chiang Mai, Thailand.

"Tetapi setelah seorang rakan wartawan saya, Mokhtar yang membuat kajian perkara itu di Chiang Mai mendapati beliau sebenarnya meninggal dunia di daerah itu dan terdapat nama beliau di sebuah sekolah di sana," ujarnya yang akan merakam gambar tentang bukti tersebut untuk dipaparkan dalam teater ini.

Sementara itu, teater muzikal ini masih mengekalkan fakta sejarah tokoh tersebut walaupun menggunakan elemen percintaan sebagai tarikan.

Menurut Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, selaku penerbit teater ini, beliau akan memastikan setiap babak yang dipentaskan tentang Bahaman tidak bercanggah dengan fakta asal.

"Kami akan memaparkan sedikit cerita rekaan melibatkan budaya, kisah cinta Bahaman dan Wan Rohani, pantang-larang, pakaian dan unsur agama.

"Namun fakta sebenar cerita tentang Bahaman masih tidak berganjak," kata beliau.

Menyentuh tentang tenaga kreatif lain, komposer terkenal Datuk Suhaimi (Pak Ngah) dipilih untuk menggubah lagu genre irama Malaysia lebih ke arah tradisional Pahang seperti nazam dan syair manakala koreografer Mohd Zulfarqar (Belalang) untuk tarian.

Teater yang dianggarkan membelanjakan RM1.8 juta itu akan menggunakan muzik orkestra dan kostum kurun ke-18 direka oleh pereka fesyen dari Universiti LimKokWing.

Muzikal Bahaman turut mendapat kerjasama daripada Antara Teroka Sdn Bhd dan menjalani latihan bermula Oktober ini.

FFM24 : Penyertaan Filem Cina, India Tempatan Diperlukan

Posted: 12 Jul 2011 07:04 PM PDT

Pengerusi Publisiti & Promosi Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), Ahmad Ibrahim (kiri) bersama sekretariat penganjuran pada sidang media di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur, Selasa.

KUALA LUMPUR: Penganjur Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) mengalu-alukan penyertaan daripada penerbit dan karyawan filem Cina dan India tempatan menyertai festival berkenaan pada tahun ini.

Menurut Pengerusi Promosi dan Publisiti FFM24, Ahmad Ibrahim, mereka mahu menampilkan kelainan pada pengisian acara itu berbanding dengan penganjuran oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dalam festival-festival sebelum ini.

Justeru itu, pihaknya berharap agar karyawan filem Cina dan India dapat menghantar penyertaan masing-masing bagi dipertandingkan dalam kategori baru yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu iaitu filem bukan Melayu terbaik.

Dalam masa yang sama katanya semua penerbit filem tanpa mengira bahasa yang menghasilkan filem dan mendapat kelulusan wajib tayang bermula 24 Oktober 2010 hingga 1 Oktober 2011 diminta untuk menghantar penyertaan mereka sebelum atau pada 15 Ogos depan.

"Kami ingin menampilkan kelainan pada penganjuran kali ini agar ia lebih berprestij dan diraikan bukan saja oleh karyawan Melayu tetapi juga penggiat filem Cina dan India tempatan.

"Namun, kita memerlukan penyertaan sekurang-kurangnya lima filem Cina dan India untuk merealisasikan kategori itu.

"Setakat ini, kita sudah ada lebih daripada enam filem untuk dipertandingkan dan berharap lebih ramai penerbit filem Cina dan India menghantar penyertaan mereka," katanya yang ditemui selepas sidang media pertama FFM24 di Hotel Ancasa, di sini, Selasa.

Tambahnya, selepas 23 kali penganjuran sudah tiba masanya FFM turut diraikan oleh karyawan dan masyarakat Cina dan India di negara ini dan tidak hanya terhad kepada bangsa Melayu seperti yang sebelum ini.

"Kami mahu festival ini diraikan oleh seluruh penggiat dan masyarakat Malaysia dan tidak hanya dirasai oleh penggiat, artis dan penonton Melayu semata-mata.

"Jika sebelum ini, hanya kelompok tertentu yang berkaitan saja akan terlibat dalam FFM tetapi mulai tahun ini kita mahu menghasilkan sebuah festival yang boleh mendekati masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya.

Ahmad Ibrahim

Bagi menyemarakkan lagi sambutan FFM24, Gafim akan memulakan acara pertama iaitu majlis pra pelancaran festival pada 25 Julai ini di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, di sini.

Majlis bertemakan Gemilang Cipta itu nanti akan meraikan para penggiat filem tanah air berbilang bangsa dan bahasa, selain peminat-peminat bertuah.

Dalam masa yang sama senarai filem-filem bertanding akan turut diumumkan selain beberapa kategori lain dalam FFM24 kali ini.

"Kita mahu festival kali ini menjadi sebuah acara yang disertai dan diraikan oleh semua pihak. Selain pengumuman senarai filem dan artis yang dicalonkan, ia juga memaparkan pameran sejarah filem Malaysia dari era hitam putih lagi," katanya.

Selain 300 karyawan dan artis, Gafim turut mengundang 200 pembaca bertuah untuk sama-sama memeriahkan acara tersebut.

Pembaca boleh mendapatkan pas percuma di pejabat Sekretariat FFM24 di No. 27-1, Jalan 3/4CD, Desa Melawati atau hubungi 03-41074525 pada waktu pejabat sebelum 22 Julai.

Selain malam pra pelancaran, beberapa aktiviti lain yang dirancang menjelang festival itu termasuklah majlis berbuka puasa, rumah terbuka Aidilfitri, siri jelajah promosi, karnival walkathon, pertandingan golf amal, majlis makan malam dan malam penghargaan sekretariat dan penaja FFM24.

Kemuncak FFM24 yang akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).

Roslan Shah Ada Keluarga Angkat Di Setiap Negeri

Posted: 12 Jul 2011 06:59 PM PDT

PETALING JAYA: Pengacara Roslan Shah (gambar) berasa bertuah dan dihargai apabila mempunyai keluarga angkat di setiap negeri.

Katanya, apabila dia mempunyai kerja dan bercuti di negeri tertentu dia akan singgah di rumah keluarga angkatnya.

"Saya rasa teruja sebab mak angkat saya sangat menghargai saya. Hubungan kami sangat akrab dan saya akan menghubungi mereka melalui telefon atau Facebook.

"Jika saya sempat singgah ke rumah mereka, mak angkat saya akan menghidangkan makanan yang sedap-sedap dan ada juga yang membawa saya keluar bersiar-siar bersama-sama," ceritanya kepada mStar Online.

Dalam seronok bercerita tentang aktiviti yang dilakukan dengan keluarga angkatnya, tiba-tiba Roslan terkenangkan kisah sedih yang menimpa salah seorang ahli keluarga angkatnya.

"Saya baru kehilangan nenek angkat yang begitu baik dan disayangi pada dua tahun lalu. Bila dikenang semula kenangan kami bersama-sama, mesti saya akan rasa sedih.

"Bayangkan, semua keluarga angkat saya melayan saya dengan baik sehingga kadangkala mengubat rindu saya pada keluarga di kampung," ujarnya lagi.

Roslan yang masih mempunyai kedua ibu dan bapa di Singapura bagaimanapun tidak pernah berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga angkatnya kerana akan menghabiskan masa dengan keluarga sendiri.

Tetapi apabila sesekali mempunyai peluang bertemu dengan keluarga angkat, dia tidak lokek menghulurkan sumbangan sebagai tanda berterima kasih kepada mereka.

Selain itu, pertemuannya dengan keluarga angkat turut mengajar Roslan untuk lebih bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah di samping menghormati sesama manusia.

Roslan turut dikenali sebagai penyanyi dan pelakon. Antara lakonannya adalah drama Mabuk Estrogen, Darling, Paku Di Dinding Hati, Dayang Menanti, Seri Anggerik Mawar Desa dan sitkom Otai.

Fauziah Latiff bahagia hidup sendiri

Posted: 12 Jul 2011 06:58 PM PDT

Fauziah Latiff banyak menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti lasak

Setelah empat tahun kembali membujang selepas perkahwinan keduanya bersama ahli perniagaan, Johan Indot tidak berkekalan dan berpisah pada Julai 2007 yang lalu, penyanyi yang popular dengan lagu, Teratai Layu Di Tasik Madu dan Dia ini, mengakui dia bahagia dengan kehidupan yang dimilikinya sekarang. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung, menyelam di laut dalam dan membawa motosikal berkuasa tinggi, ibu kepada Jeffri Joaquim Indot dan Jeremy Jay Indot, tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkahwinan semula.

"Kalau ada (jodoh), adalah, kalau tiada...gasaklah. Pada saya, saya gembira dengan kehidupan sekarang, bersama kawan-kawan, kerja dan kehidupan yang baik,"jelas Fauziah Latiff yang ada kalanya membawa anak-anaknya untuk turut sama melakukan aktiviti lasaknya.

Bercerita soal kerjaya pula, jelas Fauziah Latiff dia kini berehat dahulu daripada dunia lakonan dan nyanyian, walaupun begitu, duta SKII ini mengakui masih terlibat dalam persembahan-persembahan korporat.

"Untuk lakonan, setakat ini saya masih belum terfikir untuk berlakon kembali, selepas Gelora Di Hati Sara, memang banyak tawaran yang datang, tapi saya fikir mahu berehat dahulu. Untuk nyanyian pula, masih belum merancang untuk album baru, tetapi saya masih lagi menyanyi untuk persembahan-persembahan korporat,"jelasnya lagi.

Bertemunya di program Artis Pencinta Alam anjuran Emkay Group, Fauziah Latiff sudah beberapa kali terlibat dengan program-program lasak sebegini. Mencintai alam semula jadi, jelas Fauziah Latiff, dia merasa terpanggil untuk memberi sokongan untuk program-program sebegini.

""Saya akan sokong apa sahaja program berkaitan alam sekitar, majoriti orang ramai yang tak nak pergi tempat-tempat sebegini sebab mereka tak tahu keseronokkan yang ada di dalam hutan.

"Jadi, saya sertai program ini untuk memberitahu umum tentang keindahan hutan kepada orang-orang diluar sana,"jelas Fauziah Latiff.

Wali buat show amal

Posted: 12 Jul 2011 06:56 PM PDT

Kumpulan Wali akan mengadakan Konsert Amal Baik Baik Sayang di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 16 Julai ini. Peminat kumpulan yang popular dengan lagu Cari Jodoh itu pasti tidak melepaskan peluang berhibur sambil beramal.

Objektifnya mengutip dana membantu ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya. Sumbangan akan disalurkan kepada Badan Kebajikan Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (Pekerti).

Konsert tersebut anjuran Angkatan Seni Baru di bawah Yayasan Negeri Sembilan dengan tiket RM50 dan RM100 dikenakan. Tiket dengan layanan VIP dijual dengan harga RM300.

Penyanyi blues Ito dari kumpulan Blues Gang yang berasal dari Negeri Sembilan diundang mengadakan persembahan bersama-sama kumpulan popular dari Indonesia itu.

Tiket masih boleh didapati di Tingkat 7, bangunan Yayasan Seremban. Untuk pertanyaan boleh hubungi talian 017-2580656. Boleh juga hubungi Fashar Events & Entertainment di talian 06-6017383.

Cubaan buat Akhil Hayy

Posted: 12 Jul 2011 06:54 PM PDT

Cubaan buat Akhil Hayy
Hampir dua tahun mendirikan rumahtangga bersama penyanyi, Waheeda, Ustaz Akhil Hayy mengakui dia masih belum terlalu terdesak untuk memiliki anak dalam perkahwinan keduanya ini.
Gembira dengan keadaan keluarganya sekarang, jelas Akhil, yang penting dalam kehidupannya sekarang adalah kebahagiaan dia dan isteri dan mengharap perkahwinan itu terus kekal selama-lamanya.
"Setakat ini masih belum ada apa-apa petanda tentang anak, namun saya tetap bahagia dan bersyukur. Ada ataupun tidak saya tidaklah terlalu terdesak, janji kami bahagia.
"Sekarang saya mrnjaga dua orang anak saya, yang dia anggap seperti anaknya sendiri, jadi dia pun ok sahaja dan tidak ada sebarang tekanan untuk memiliki anak sendiri.
"Soal keluarga juga, kami tidak mempunyai sebarang masalah besar. Masalah-masalah biasa itu adalah, tapi semua rumahtangga mempunyai masalah yang sama, terpulang bagaimana kita mengatasinya,"jelas Akhil yang ditemani oleh isterinya, Waheeda sewaktu di majlis pelancaran program terbaru Oasis yang berjudul Cubaan.
Bercerita tentang program terbaru yang bakal dihoskan olehnya, jelas ustaz muda ini, dia sememangnya teruja untuk menjayakan dakwah sebegini.
"Program sebegini sememangnya baru dalam dunia saya dalam menyampaikan dakwah dan begitu juga dalam bidang pengacaraan. Ia berbeza dengan program-program lain dan ia bukan seperti mana-mana program terjahan yang ada sekarang ini.
"Ia di datangani dengan keadaan santai dan bukanlah berniat untuk memalukan mana-mana pihak tertentu tetapi ia sebenarnya untuk mencari makna dan menyampaikan dakwah secara terus kepada orang awam.
"Program ini 99 peratus realiti dan tidak dirancang dan segala yang dipaparkan adalah realiti dan keadaan sebenar masyarakat di negara ini, tanpa mengira bangsa dan agama,"jelasnya lagi.
Menurut Akhil Hay, biarpun dia gembira menjayakan program ini, dia juga sebenarnya menghadapi sedikit tekanan dan takut untuk terus menerjah orang ramai.
"Tak dinafikan, ada juga beberapa perkara yang saya takuti untuk menjayakan program ini lebih-lebih lagi apabila memikirkan tentang orang yang akan kita terjah.
"Kita tidak tahu penerimaan mereka tentang program ini, dan kita tidak tahu golongan apa yang akan kita terjah, semuanya berlaku pada ketika itu tidak dirancang, jadi kami terpaksa menghadapi semuanya.
"Saya sahut cabaran untuk menjadi pengacara untuk program ini kerana saya rasa ia bersesuaian dengan hati saya, malah bagi saya, sebagai pendakwah kita bukan sahaja berdakwah di masjid-masjid, tetapi juga perlu turun padang untuk mendekati orang ramai,"luahnya lagi.

Hampir dua tahun mendirikan rumahtangga bersama penyanyi, Waheeda, Ustaz Akhil Hayy mengakui dia masih belum terlalu terdesak untuk memiliki anak dalam perkahwinan keduanya ini.

Gembira dengan keadaan keluarganya sekarang, jelas Akhil, yang penting dalam kehidupannya sekarang adalah kebahagiaan dia dan isteri dan mengharap perkahwinan itu terus kekal selama-lamanya.

"Setakat ini masih belum ada apa-apa petanda tentang anak, namun saya tetap bahagia dan bersyukur. Ada ataupun tidak saya tidaklah terlalu terdesak, janji kami bahagia.

"Sekarang saya mrnjaga dua orang anak saya, yang dia anggap seperti anaknya sendiri, jadi dia pun ok sahaja dan tidak ada sebarang tekanan untuk memiliki anak sendiri.

"Soal keluarga juga, kami tidak mempunyai sebarang masalah besar. Masalah-masalah biasa itu adalah, tapi semua rumahtangga mempunyai masalah yang sama, terpulang bagaimana kita mengatasinya,"jelas Akhil yang ditemani oleh isterinya, Waheeda sewaktu di majlis pelancaran program terbaru Oasis yang berjudul Cubaan.

Bercerita tentang program terbaru yang bakal dihoskan olehnya, jelas ustaz muda ini, dia sememangnya teruja untuk menjayakan dakwah sebegini.

"Program sebegini sememangnya baru dalam dunia saya dalam menyampaikan dakwah dan begitu juga dalam bidang pengacaraan. Ia berbeza dengan program-program lain dan ia bukan seperti mana-mana program terjahan yang ada sekarang ini.

"Ia di datangani dengan keadaan santai dan bukanlah berniat untuk memalukan mana-mana pihak tertentu tetapi ia sebenarnya untuk mencari makna dan menyampaikan dakwah secara terus kepada orang awam.

"Program ini 99 peratus realiti dan tidak dirancang dan segala yang dipaparkan adalah realiti dan keadaan sebenar masyarakat di negara ini, tanpa mengira bangsa dan agama,"jelasnya lagi.

Menurut Akhil Hay, biarpun dia gembira menjayakan program ini, dia juga sebenarnya menghadapi sedikit tekanan dan takut untuk terus menerjah orang ramai.

"Tak dinafikan, ada juga beberapa perkara yang saya takuti untuk menjayakan program ini lebih-lebih lagi apabila memikirkan tentang orang yang akan kita terjah.

"Kita tidak tahu penerimaan mereka tentang program ini, dan kita tidak tahu golongan apa yang akan kita terjah, semuanya berlaku pada ketika itu tidak dirancang, jadi kami terpaksa menghadapi semuanya.

"Saya sahut cabaran untuk menjadi pengacara untuk program ini kerana saya rasa ia bersesuaian dengan hati saya, malah bagi saya, sebagai pendakwah kita bukan sahaja berdakwah di masjid-masjid, tetapi juga perlu turun padang untuk mendekati orang ramai,"luahnya lagi.

Cubaan adalah satu program baru terbitan Astro Oasis yang bakal disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 7 malam bermula 16 Julai ini. Program ini menampilkan Akhil Hayy sebagai pengacara, dan akan merakamkan aksi di tempat terbuka untuk menguji orang ramai berhadapan dengan situasi-situasi yang luar biasa.

Jangan 'simpan' anak istimewa

Posted: 12 Jul 2011 06:53 PM PDT


Merangsang pergerakan dan minda kanak-kanak istimewa melalui sentuhan.


JIKA tidak kerana penerimaan positif si ibu, pasti Muhammad Alif Daniel Norzarimi, 6, masih belum mampu menunjukkan respons yang baik terhadap perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Muhammad Alif Daniel merupakan antara penghidap cerebral palsy (CP), penyakit yang menyebabkan perkembangan motornya agak lambat.

Penyakit yang dihidapi sejak berumur empat tahun itu menyebabkan petumbuhannya agak berbeza daripada kanak-kanak normal.

Yakin dengan hikmah dan menerima ketentuan Ilahi sepenuhnya, membuatkan ibunya, Haslina Suhaida Sirat, 35, tidak pernah kesal malah menerima seadanya apa yang telah ditentukan Allah SWT ke atas Muhammad Alif Daniel.

Sebagai ibu, apa yang boleh dilakukan ialah mencari rawatan terbaik untuk permata kesayangan.

Menurut Haslina Suhaida, anaknya perlu sentiasa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh kerana perkembangan motor yang agak lambat tidak seperti bayi normal lain.

"Ketika mengandungkan Muhammad Alif, semuanya berjalan lancar dan tiada masalah. Saya bersalin secara pembedahan. Menurut kata doktor, ketika proses kelahiran tersebutlah oksigen tidak sepenuhnya sampai ke otak bayi dan mengakibatkan kecederaan," jelas Haslina ketika ditemui di Pusat Dalam Komuniti (PDK) 4 Divisyen, Desa Tun Hussien Onn, Kuala Lumpur.

Pada mulanya Haslina Suhaida mengakui sukar menerima hakikat bahawa bayinya mengalami kecacatan otak.

Namun setelah diterangkan oleh doktor, dia terus mengubah persepsi tersebut dan mengambil langkah sewajarnya.

"Awalnya saya dan suami memang tidak boleh terima. Bagi kami tidak mungkin kami mempunyai anak yang cacat.

"Memang sebagai ibu bapa akan terbit perasaan penafian tersebut. Tapi kami suami isteri kemudian mengambil pendekatan berbincang demi kebaikan Muhammad Alif. Kami perlu berikhtiar terutama demi masa depannya.

"Dalam pada meneruskan rawatan hospital, kami mencari pusat terapi yang sesuai untuk kes Muhammad Alif dan pada masa yang sama melayan Muhammad Alif sebaiknya ketika di rumah.

"Kami tidak mahu anak ini terasa tersisih kerana dia juga berhak menerima yang terbaik daripada kami," ujarnya yang turut tidak melupakan ikhtiar cara tradisional untuk anak tersayang.

Tahun demi tahun, anaknya itu membesar dengan tumbesaran fizikal yang normal seperti kanak-kanak lain.

Karakter Muhammad Alif juga sama seperti kanak-kanak lain, adakalanya riang, marah dan yang pasti dia sangat manja.

Yang paling penting menurut Haslina Suhaida, ialah rangsangan supaya anaknya itu tahu fungsi kehadirannya ke dunia ini.

Haslina Suhaida juga sering dipesan oleh suami agar tidak menangis di depan Muhammad Alif.

Semuanya demi merangsang perkembangan positif anak mereka.

"Alhamdulillah, anak saya ini boleh bercakap macam orang lain. Setakat ini saya perhatikan cara dia berfikir pun tidak begitu lambat.

"Malah dia anak yang prihatin akan perasaan saya dan pandai hiburkan kami sekeluarga.

"Dia juga sudah boleh menghafal dan ingatannya juga kuat. Malah Alif boleh menghafal dialog dalam rancangan Maharaja Lawak (rancangan televisyen kegemarannya) dan mengulang aksi pelawak dalam rancangan tersebut di hadapan ahli keluarga yang lain," ujar Haslina Suhaida.

Dia tidak menafikan sokongan ahli keluarga amat penting pada diri dan anak yang menghidapi CP.

Namun jika tidak didedahkan dengan terapi bersesuaian agak sukar untuk memastikan penghidap CP boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Muhamad Alif telah menjadi pelatih di PDK 4 Divisyen sejak umurnya setahun.

Dalam kelas yang diadakan dari hari Isnin hingga Khamis itu, Muhammad Alif diajar cara menguruskan diri menggunakan pelbagai pendekatan.

Malah dia adalah pelatih yang bertuah kerana berpeluang menikmati terapi dalam sebuah bilik khas yang dinamakan Multi Sensory Room (MSR) atau bilik terapi pelbagai pancaindera.

Sejak mengikuti sesi seminggu sekali dalam bilik tersebut, Muhammad Alif menjadi lebih aktif dan merangsang mindanya menjadi semakin positif.

Haslina Suhaida yakin tindakannya menghantar Alif ke PDK dan sesi di MSR mempercepatkan proses anaknya menjadi lebih baik dari dahulu.

"Nasihat saya kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidapi penyakit berkaitan otak agar jangan 'menyimpan' anak tersebut di rumah.

"Ikhtiar dengan cara yang betul pasti akan memberikan kesan positif untuk anak tersebut, percayalah," ujarnya.

Zarrieff berguru di London

Posted: 12 Jul 2011 06:52 PM PDT


Zarrieff Nasir turut berbakat dalam rekaan kasut.


MELANGKAH masuk ke butik yang menggunakan nama pemiliknya, Zarrieff Nasir, bagaikan tidak percaya bahawa baju-baju indah yang digantung rapi itu sebenarnya rekaan seorang anak muda yang berusia 23 tahun.

Setiap rekaan unik, cukup untuk membuatkan setiap pengunjung ralit membeleknya.

Tambahan pula dengan dekorasi butik yang kemas dan eksklusif membuatkan produk yang dipamerkan daripada pakaian hingga kepada kasut dan aksesori bertambah cantik dipandang.

Biarpun bukan di bawah bumbung pusat membeli belah terkenal, ia tetap dikunjungi bukan sekadar oleh orang biasa bahkan golongan elit.

"Mungkin rekaan saya lain daripada yang lain menjadikan orang ramai menyukainya,'' ujar Zarrieff membuka kata.

Lulusan jurusan fesyen dari Middlesex University, London ini, menampilkan gabungan konsep Barat dan Timur dalam setiap rekaan hasil daripada pengalaman dan pengamatan yang diraih ketika berada di negara orang .

"Tiga tahun berada di London, banyak ilmu saya kutip dan sedikit sebanyak mempengaruhi dalam rekaan-rekaan saya,'' katanya.

Biarpun masih baru dalam dunia rekaan fesyen tanah air, keunikan pada setiap rekaan membuatkan nama beliau kian jadi sebutan.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini, sememangnya dilihat mampu bersaing dalam industri fesyen sekali gus berdiri sebaris pereka-pereka muda tanah air masa kini.

"Keunikan merupakan elemen penting bagi memastikan setiap rekaan itu 'hidup' dan sesuai kepada si pemakai.

"Malah setiap rekaan saya juga dipadankan dengan karakter si pemakai.

"Kalau si pemakai itu seorang yang agresif maka pilihan warna juga lebih kepada warna-warna yang terang,'' ujarnya serius.

Mengutamakan rekaan yang ringkas, praktikal dan anggun, Zarrieff, akan memastikan busana yang dihasilkan mengikut keperluan.

"Sebab itu dalam setiap rekaan, perlu ada komunikasi dengan pelanggan bagi memastikan rekaan yang di buat kelihatan menyerlah apabila dipadankan,'' ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, setiap rekaan yang dihasilkan Zarrieff pasti akan disulami dengan warna-warna kegemaran dan hiasan mutiara yang dijadikan identiti kepada label rekaannya.

Peringkat awal pembabitan dalam dunia rekaan fesyen, beliau hanya menumpu kepada pakaian wanita khususnya busana pengantin.

Namun hasil sokongan dan dorongan rakan-rakan, Zarrieff memperluaskan 'jajahan' rekaannya kepada persalinan untuk lelaki.

"Semuanya bermula apabila ramai yang menyukai pakaian yang saya kenakan hasil rekaan sendiri. Apabila ramai yang bertanya terfikir pula untuk mengkomersialkannya," katanya yang turut menghasilkan rekaan kasut.

Ditanya mengenai perancangan masa depan, Zarrieff memberitahu, beliau berhasrat untuk membuka sebuah pusat fesyen sehenti yang menghimpunkan semua rekaannya dan salon bagi memudahkan pelanggan.

"Sekarang ini saya sedang mencari tempat yang sesuai untuk merealisasikan impian tersebut,'' ujarnya yang sedang sibuk dengan persedian untuk Minggu Fesyen Latin yang akan diadakan di Washington, Amerika Syarikat, pada Oktober depan.

Apa pun Zarrieff bersyukur kerana kerjaya pilihannya mendapat restu daripada ibu bapanya.

"Mungkin kerana sering melihat saya menonton rancangan fesyen di televisyen membuatkan ibu memberi peluang kepada saya untuk lebih serius dalam bidang ini,'' ujar anak kepada pasangan Nasir Ismail dan Azlina Aziz ini.

Bagi mereka yang ingin mencuba rekaan pakaian hasil sentuhan Zarrieff, bolehlah mengunjungi butiknya atau melayari www.zarrieff.com.my.

Imam Abu Jaafar al-Madani

Posted: 12 Jul 2011 06:51 PM PDT


Ilmu al-Quran yang dikuasai Ibnu al-Jazari menjadikan beliau tumpuan umat Islam. - Gambar hiasan


IMAM Ibnu al-Jazari (meninggal dunia 833 hijrah) mengkaji dengan teliti perkembangan Qiraat pada zamannya dan mendapati Qiraat yang menjadi amalan harian ketika itu tujuh Qiraat iaitu Imam Nafei', Ibnu Kathir, Abu Amru, Ibnu 'Amir, Asim, Hamzah dan al-Kisai.

Dalam pengamatannya juga, ramai di kalangan umat Islam ketika itu berpandangan tujuh Qiraat tersebut sahajalah yang mutawatirah dan sah membacanya dalam sembahyang. Selain Tujuh Qiraat adalah tidak mutawatirah.

Kajian Ibnu al-Jazari terhadap Qiraat berdasar kepada tiga rukun iaitu sanad yang sahih, menepati mushaf Uthmani dan menepati bahasa Arab yang fasih. Rumusannya Tiga Qiraat iaitu Imam Abu Ja'far, Imam Ya'qub dan Imam Khalaf adalah sahih dan mutawatirah.

Imam Abu Ja'far adalah di kalangan Tabien. Beliau menerima pendidikan al-Quran daripada guru-guru di kalangan para sahabat ra. Guru-gurunya ialah; Abdullah Ibnu 'Ayyash Ibnu Abi Rabi'ah, Abdullah Ibnu Abbas, Abu Hurairah. Ada juga yang mengatakan beliau sempat membaca al-Quran kepada Zaid Ibnu Thabit ra. namun Imam al-Zahabi menafikan.

Di waktu kecilnya, Imam Abu Ja'far dibawa kepada Ummu Salamah iaitu Ummu al-Mukminin dan beliau menggosok kepalanya dengan mendoakan keberkatan. Abu Ja'far juga pernah bersolat di belakang Ibn Umar ra.

Ilmu al-Quran yang dikuasainya menjadikan beliau tumpuan umat Islam ketika itu untuk menimba ilmunya antara yang menjadi muridnya ialah Imam Nafei', Sulaiman Ibnu Muslim Ibn Jammaz, Isa Ibnu Wardan, Abu Amru, Abdul Rahman Ibnu Zaid Ibnu Aslam dan tiga anaknya iaitu Ismail, Ya'qub dan Maimunah.

Imam Malik menyatakan bahawa Abu Ja'far adalah lelaki yang soleh dan mengajar al-Quran kepada penduduk Madinah. Abu al-Zinad berkata, tidak ada seorang pun yang lebih alim tentang sunnah daripada Abu Ja'far.

Diriwayat daripada Ibnu Jammaz antara amalan Abu Ja'far ialah puasa bersilang hari sebagaimana puasa Nabi Daud as.

Imam Abu Ja'far meninggal dunia di Madinah pada tahun 130 hijrah.

Perawi pertama Imam Abu Ja'far ialah Isa Ibnu Wardan. Beliau mendalami ilmu al-Quran dengan beberapa guru antaranya ialah; Abu Ja'far, Syaibah dan juga Imam Nafei'. Beliau meninggal dunia pada tahun 160 hijrah.

Perawi kedua Imam Abu Ja'far ialah Sulaiman Ibnu Muslim Ibnu Jammaz. Beliau merupakan seorang Muqri, amat kuat ingatan dan terpuji. Antara gurunya ialah Abu Ja'far, Nafei', Ismail Ibnu Ja'far dan Qutaibah Ibnu Mihran.

Beliau mendalami Qiraat Abu Ja'far dan Qiraat Nafei. Menurut Ibnu al-Jazari, Ibnu Jammaz meninggal dunia sekitar tahun 170 hijrah.

Bahasa Melayu di Madinah

Posted: 12 Jul 2011 06:50 PM PDT


Pemandangan bazar di Madinah yang ada di kalangan juru jual boleh berbahasa Melayu.


LAUNGAN "25 Riyal! 25 Riyal!...Mari ibu, hajah-hajah, mari beli! Murah, murah" daripada peniaga, kedengaran di lorong-lorong di luar Masjid Nabawi menyambut jemaah yang baru selesai menunaikan solat mereka.

Yang menariknya bahasa yang sering digunakan peniaga-peniaga ini ialah Melayu.

Penulis yang berada di tanah suci Madinah baru-baru ini, mendapati penggunaan Bahasa Melayu semakin meluas dan lebih ramai menggunakannya terutama dalam kalangan peniaga.

Sememangnya, sekitar minggu terakhir bulan Mei sehingga pertengahan Jun, ramai pengunjung terdiri daripada warga Malaysia, berada di Madinah.

Sempena cuti sekolah, ramai yang turut membawa anak-anak mereka menziarah kota Madinah sebelum ke tanah suci Mekah melakukan ibadah umrah.

Peniaga-peniaga di Madinah kebanyakannya datang dari negara-negara yang berjiran dengan Arab Saudi termasuk Afrika.

Mereka menjual jubah berbunga dengan labuci dan perada emas atau perak, kain tudung, barang perhiasan diri yang diperbuat daripada plastik dan lain-lain, serta pakaian lelaki dan perempuan, untuk dibeli jemaah sebagai tanda mata dibawa pulang untuk rakan dan sanak saudara di tanah air masing-masing.

Kebanyakan peniaga bagaimanapun tidak mempunyai lesen dan mereka akan lari bertempiaran apabila melihat pegawai penguatkuasa datang. Kadang kala ini berlaku ketika pembeli dan peniaga sedang tawar menawar.

Apabila peniaga lari, ada yang meninggalkan saja barangan lelongan mereka.

Pembeli pula takut untuk berganjak dan menunggu penjual itu datang semula.

Adakalanya, peniaga hanya menarik kain alas yang digunakan untuk menghampar barang jualan di atasnya, diikat seperti satu bunjutan besar dan lari bersembunyi di balik tiang-tiang di seberang jalan atau di dalam kedai-kedai di tepi jalan utama, yang jaraknya hanya kira-kira 200 meter dari Masjid Nabawi.

"Saya suka berebut-rebut membeli barang-barang di lorong lelong ni selepas solat waktu, terutama waktu Isyak," kata Zaleha Abdul Aziz, 50, dari Selangor.

Zaleha yang tiba pada 31 Mei lepas bersama suami dan anak-anak untuk menunaikan Umrah di tanah suci Mekah, berkata, udara agak sejuk ketika itu.

Lorong-lorong di antara Hotel Al Anwar Movenpick, Hotel Intercontinental dan lain-lain, menjadi bazar sementara yang dibuka mengikut waktu tertentu terutama selepas waktu solat.

Jika pembeli tahu bahasa Arab dan membeli secara pukal, mereka boleh mudah menawar harga dan mendapat diskaun.

Rata-rata peniaga jalanan menjual barang-barang mereka pada harga yang serupa oleh itu pelanggan tidak ada pilihan lain.

"Harga di dalam kedai pun lebih kurang juga tetapi kerana cuaca pada musim panas ini cepat meletihkan, saya lebih minat membeli apa saja yang boleh didapati di dalam perjalanan balik ke hotel. Tak perlu keluar lagi, cuma perlu bawa wang yang mencukupi.

"Kita hanya perlu memeriksa jahitan jubah atau skaf untuk memastikan tiada yang koyak atau rosak," jelas Sharifah Zakiah Syed Alwi, yang membeli barang untuk diberikan kepada sahabat handai dan sanak saudara di kampung halaman.

Ramai yang bimbang mengeluarkan wang besar kerana peniaga sering mendakwa tiada wang tukar untuk dipulangkan.

Walaupun ada pengurup wang yang berdekatan, tetapi sering dikerumuni pengunjung yang baru tiba untuk menukar mata wang.

Jemaah yang menjejakkan kaki buat kali pertama di kota Madinah pasti tidak mahu ketinggalan melawat ladang tamar yang terletak tidak jauh dari kawasan 'Jabal' atau gunung-ganang yang mempunyai kepentingan di dalam sejarah Islam.

Antara tempat ziarah yang dikunjungi dan diatur ejen pelancongan untuk jemaah dari Malaysia, ialah Jabal Uhud dan Jabal Thour, kawasan 'Wadi' atau tanah subur yang menghijau, pasar tamar dan masjid termasuk Masjid Quba', Qiblatain dan Masjid Tujuh.

Kos hotel di Madinah agak tinggi terutama yang terletak berhampiran Masjid Nabawi, sekurang-kurangnya SR550 (atau RM440) satu malam, untuk bilik berkongsi dua, pada bulan Mei hingga Julai.

"Harga untuk bulan Ramadan belum ditentukan lagi," jelas seorang petugas kaunter di Hotel InterContinental. Harga bilik paling murah di hotel bertaraf lima bintang ini ialah SR650 (RM520) satu malam.

Hotel ini terletak hanya 50 meter dari Masjid Nabawi.

Hindarkan keegoan, bina kesatuan ummah

Posted: 12 Jul 2011 06:48 PM PDT


Sifat ego yang mendorong kepada marah bukan penyelesaian masalah terutama dalam hal berkaitan menyatupadukan umat.


KEADAAN umat Islam pada masa kini agak mencemaskan terutamanya sejak 100 tahun kebelakangan. Pelbagai bencana menimpa umat Islam. Yang paling menakutkan sekali ialah wujudnya jurang yang jauh antara hubungan umat Islam dengan Allah SWT.

Selain itu terdapat juga masalah-masalah lain yang melanda umat Islam, khususnya berkaitan masalah akhlak dan moral serta masalah ketandusan ilmu pengetahuan selain ketinggalan dari segi kemajuan sains dan teknologi.

Semua penyakit atau masalah tersebut bermula dari gejala sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

Masalah-masalah seperti kegelisahan, tidak bersemangat, putus asa, kecewa, tidak mempunyai matlamat dan juga hilang kepercayaan terhadap diri sendiri.

Selain itu, pengaruh kuat terhadap cara hidup seperti orang Barat turut menguasai pemikiran dan tingkah laku anak-anak muda dan juga sebahagian besar masyarakat. Sehingga umat Islam merasakan mereka adalah umat yang kerdil.

Untuk mengatasi masalah ini sewajarnya kita melakukan perubahan dalam diri kita.

Sebabnya, Allah SWT mengingatkan melalui firman-Nya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (al-Ra'du: 11)

Persoalan pasti timbul di fikiran kita apa dan bagaimanakah bentuk perubahan yang diinginkan?

Jawapan yang pasti adalah perubahan ke arah yang lebih baik.

Untuk mencapai perubahan ke arah yang lebih baik, tindakan yang perlu diambil ialah dengan menghayati kembali ajaran Islam yang suci dan murni seperti umat Islam terdahulu yang pernah mencapai kegemilangan kerana menghayati Islam.

Apabila sesuatu umat atau bangsa selain dari umat Islam menghadapi keadaan yang sama seperti umat Islam, sudah pasti umat atau bangsa tersebut akan lenyap, tetapi tidak bagi umat Islam.

Walaupun umat Islam menghadapi pelbagai masalah dan cabaran, namun Islam tetap wujud dan berkembang.

Mengapakah umat Islam sering dalam keadaan yang lemah dan tertekan?

Kita hendaklah merenungi apa yang telah difirmankan oleh Allah SWT: Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (Apa Yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya), dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang tertindas itu. (al-Qasas: 5-6)

Berdasarkan kisah tersebut, ternyata terdapat golongan yang lemah, tetapi yang sebenarnya Allah ingin meninggikan darjat orang-orang yang lemah itu.

Selain itu, diharap daripada ayat di atas dapat dijadikan pengajaran agar umat Islam dapat memperbaiki keadaan serta berusaha untuk mencapai kegemilangan dan menjadi umat yang terbaik sebagaimana yang pernah disebut oleh sejarah.

Perlu dijelaskan bahawa Islam pernah memerintah dunia selama lebih 1,300 tahun.

Dalam tempoh tersebut dunia berada dalam keadaan aman dan suasana kehidupan yang lebih baik dan makmur.

Oleh yang demikian, marilah kita bangkit dan bersatu membangunkan kembali peradaban umat Islam yang hebat dan cemerlang.

Untuk itu marilah mengubah keadaan dalam diri kita dan berharap dengan usaha atau tindakan tersebut Allah akan mengubah keadaan kita dan akan memberi pertolongan kepada diri umat Islam dan pernah kita membayangkan bahawa umat Islam akan bersatu kembali dan mempunyai kekuatan jiwa yang satu?

Untuk itu kita perlu melakukan perubahan dalam diri kita dan tidak lagi bersikap ego dan mementingkan diri sendiri semata-mata.

Ini kerana Islam merupakan agama yang menyatukan ummah yang berteraskan keesaan dan ketauhidan Allah SWT.

Bantuan baiki rumah beri sinar baru

Posted: 12 Jul 2011 06:46 PM PDT


Keluarga Rosilawati Zakaria gembira dengan rumah baru mereka hasil bantuan IRM dan Etiqa Takaful Berhad.


BAITI Jannati sudah merupakan satu bentuk ungkapan yang sering disebut-sebutkan. "Rumahku, syurgaku," begitulah terjemahannya yang membawa maksud bahawa rumah adalah tempat yang membawa kebahagiaan kepada penghuninya.

Hakikatnya, rumah merupakan salah satu di antara nikmat-nikmat Allah SWT, agar hamba-hamba-Nya dapat berlindung daripada cuaca yang tidak menentu serta untuk menyimpan barang-barang miliknya, juga untuk menutup diri dan menjaga keluarganya daripada pandangan manusia.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 80 yang bermaksud: Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal.

Di samping fungsi-fungsi tersebut di atas, masih banyak lagi manfaat-manfaat lain yang diperoleh daripada rumah. Memang sukar untuk dibayangkan seandainya hidup tanpa rumah.

Jika kita amati, mereka yang tidak mempunyai rumah, baik yang tinggal merempat di jalanan atau tinggal di bawah jambatan maka kita akan merasakan betapa besar nikmat sebuah rumah.

Rumah yang ideal dan bahagia adalah rumah yang dibangun di atas dasar ketakwaan kepada Allah SWT. Namun dalam era pembangunan yang semakin maju, masih ada segelintir golongan yang berada dalam kedaifan. Tidak semua insan dikurniakan rumah dan tempat tinggal yang sempurna.

Segelintir golongan yang dihimpit kemiskinan terpaksa akur dengan rumah yang sekadar mempunyai atap dan dinding, kerana bagi mereka apa yang lebih penting adalah mencari sesuap nasi.

Melihat kepada situasi ini, Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (IRM) dengan kerjasama Syarikat Etiqa Takaful Berhad telah tampil menghulurkan bantuan menerusi program komuniti iaitu 'Projek Pembaikan Rumah', baru-baru ini.

Ia dilaksanakan bagi membela nasib mereka yang dihimpit kemiskinan khasnya bagi memiliki rumah yang lebih sempurna. Kunjungan Pertubuhan IRM dan Syarikat Etiqa Takaful Berhad ke negeri Kelantan dan Kedah telah memberi satu sinar baru kepada golongan ini untuk merealisasikan impian memiliki rumah yang lebih sempurna.

Presiden IRM, Zawahir Abdullah berkata, meskipun pertubuhan ini masih baru, namun pihaknya akan sentiasa peka terhadap isu-isu kemanusiaan dan keperluan masyarakat setempat khususnya di Malaysia sendiri.

"Program pembaikan rumah merupakan antara program tempatan yang telah direncanakan oleh pihak IRM untuk tahun 2011 bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah yang sempurna.

"Yang pastinya, pihak kami akan terus giat untuk mengumpul dana bagi meningkatkan lagi bilangan penerima manfaat untuk program ini.

"Pihak kami juga amat berterima kasih kepada Syarikat Etiqa Takaful Berhad kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan projek ini," ujarnya dan berharap keprihatinan ini wajar dicontohi oleh syarikat korporat lain.

Ikutilah beberapa kisah kedaifan rumah insan-insan terpinggir yang dapat dibantu melalui kunjungan singkat ke dua buah negeri berkenaan...

Hidup menumpang

PEMBANTU kedai makan, Rosilawati Zakaria, 44 tahun dari Kampung Binjai Pulau juga turut melahirkan perasaan gembira apabila penantian untuk memiliki sebuah rumah akhirnya tercapai.

Bertahun lamanya mereka lima beranak menumpang di bilik kecil di belakang rumah ibu saudaranya. Di ruang kecil itulah dia dan suami serta tiga orang anaknya yang berumur di antara 12 tahun hingga 18 tahun terpaksa tinggal di dalam keadaan yang serba kekurangan.

Suaminya, Zainuddin Salleh, 51 tahun, yang hanya bekerja sebagai buruh dan menghidap penyakit lelah tidak mampu untuk memiliki dan mendirikan rumah mereka sendiri kerana pendapatan tidak menentu. Apa yang diperoleh hanya cukup untuk perbelanjaan makan dan persekolahan anak-anaknya. Lebih memilukan apabila keadaan mendesak, ada ketikanya terpaksa mendapatkan simpati saudara-mara untuk mendapatkan sesuap nasi.

"Dulu rumah kami sudahlah kecil, tandas pula tidak ada. Berbelas tahun kami hidup begini. Dengan rumah yang bakal siap tidak berapa lama lagi, saya berharap kami dapat hidup dengan lebih selesa dan anak-anak pun akan turut dapat belajar dan membesar dengan selesa," katanya.

Selain Rosilawati dan Ramli, Suriani Yusof, 40 tahun dari Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas turut menerima bantuan pembaikan rumah.

Hasrat baiki rumah tercapai

WALAUPUN mempunyai kepakaran untuk membuat rumah, ia tidak menjanjikan rumah yang didudukinya juga sempurna dan tersergam indah. Dengan kemahiran yang ada pada dirinya, telah banyak rumah banglo dan rumah besar didirikan. Oleh kerana dibelenggu kesempitan dan kemiskinan dia terpaksa reda dengan rumah yang didiaminya sekarang.

Mokhtar Ismail, 47, masih lagi tinggal di rumah berlubang dan bumbungnya bocor. Semuanya kerana pendapatan yang tidak menentu dan tanggungjawab yang besar terhadap keluarga.

IRM telah membantu dengan membelikan barangan serta peralatan untuk membaiki rumah termasuk simen, batu-bata, pasir dan sebagainya.

Akhirnya, hasrat Mokhtar untuk membaiki rumahnya yang sudah uzur dan semakin reput ini menjadi kenyataan.

"Dalam masa dua minggu sahaja bahagian dapur rumahnya beserta bilik air dapat disiapkan. Sebelum ini dapur rumah ini diperbuat daripada kayu. Bumbungnya pula sudah bocor di sana-sini. Keadaan lebih sukar apabila hujan.

"Kami tinggal tujuh beranak dan tiga daripadanya masih lagi bersekolah. Kami juga turut menjaga emak yang sudah nyanyuk. Kalau diharapkan pada pendapatan saya memang saya tidak berkemampuan, apatah lagi harga barang-barang pembinaan semakin meningkat."

Jariah cerewet demi kesempurnaan

Posted: 12 Jul 2011 06:45 PM PDT


Jariah memastikan setiap kerja bukan sahaja siap dilaksanakan tetapi yang penting dilakukan dengan sempurna.


MUNGKIN ia perlu ditulis sebagai catatan sejarah dan juga satu penghormatan buat golongan wanita apabila Datin Jariah Mohd. Said dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pelantikan itu meletakkan Jariah sebaris dengan golongan wanita pembuat dasar di negara ini yang mana ia merupakan pengiktirafan kepada mereka.

Bagi JPN sendiri, pelantikan itu merupakan sejarah tersendiri kerana Jariah merupakan wanita pertama menjadi ketua pengarah - selama ini jawatan berkenaan disandang oleh lelaki.

Namun, pelantikan itu datang bersama dengan komitmen, amanah dan tanggung jawab yang perlu digalas dengan penuh dedikasi.

Itu semua memang telah sedia terbekal dalam jiwa Jariah yang sangat komited dengan kerja-kerja yang diamanahkan kepadanya biarpun pelantikan tersebut bermula 22 Jun lalu.

"Itu semua tidak menjadi masalah kepada saya kerana dalam kehidupan, saya memang suka bekerja dan kuat bekerja. Bukan kerana pangkat tetapi kerana amanah yang telah diberikan.

''Saya akan melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan yang diamanahkan sesempurna mungkin dengan sedaya upaya," katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama media di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.

Jariah yang dilahirkan di Matang, Perak dan mempunyai tiga orang anak, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1977.

Sentiasa komited dengan setiap kerja yang dilakukan sehingga beliau banyak menerima anugerah dan sijil perkhidmatan cemerlang sepanjang bertugas di pelbagai jabatan termasuk Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Biarpun sebelum ini bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan KDN, akui beliau, kerjanya sekarang satu skop yang berbeza tetapi bukan bermakna ia sesuatu yang baru.

Ditanya bagaimana beliau boleh membahagikan kerjaya dengan keluarga, katanya, mungkin kerana pada peringkat ini tiada banyak kekangan sementelah anak-anak sudah dewasa.

Apa pun, kata Jariah, laluan kerjayanya pada peringkat awal bukanlah sesuatu yang mudah.

"Saya gembira dan bersyukur kerana keluarga saya dan anak-anak sentiasa memberi sokongan dan memahami kerjaya saya," katanya yang gemar beriadah bersama suami, Datuk Dzulkarnain Abdul Rahman, dengan berjalan tiga kilometer setiap hari dalam kawasan perumahannya sebagai salah satu aktiviti selain gemar beraerobik.

Menjadikan aktiviti memasak sebagai hobi pada waktu senggang, wanita ini gemar dengan masakan mi rebus yang resipinya diambil dari negeri Johor.

Sebagai insan yang memegang jawatan tinggi pasti ada individu lain yang menjadi idolanya selama ini.

Tetapi Jariah tidak mendedahkan siapa idolanya itu kerana padanya biarlah disimpan untuk diri sendiri sebagai pendorong kepada kemajuannya.

Dalam pada itu apabila ditanya mengenai dasar penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus golongan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat yang bertujuan meningkatkan bilangan wanita sebagai ahli lembaga pengarah yang telah diluluskan Parlimen, baru-baru ini, beliau menyifatkan dasar itu memang ditunggu-tunggu.

Pada masa sama, beliau juga meminta agar pelantikan itu dilakukan bukan setakat hanya untuk memenuhi kuota.

Tetapi apa yang penting individu yang dilantik itu mestilah dari kalangan mereka berjaya menunjukkan komitmen dan amanah terhadap kerja yang dilaksanakan.

Apabila ditanya mengenai persepsi bahawa wanita yang menjadi ketua dikatakan lebih cerewet, beliau menjelaskan sikap 'cerewet' perlu ada.

Namun, katanya, kecerewetan itu perlu kena pada tempatnya untuk kesempurnaan sesuatu kerja.

Tapi sikap seperti itu katanya, perlu berpada-pada dan jangan sampai keterlaluan.

''Bagi saya sendiri, saya mementingkan sesuatu kerja itu bukan sahaja siap dilaksanakan tetapi apa yang penting kerja itu dilakukan dengan sempurna," jelasnya.

Justeru, sebagai pemegang tonggak kepada satu jabatan yang penting, Jariah berjanji akan melakukan sebaik mungkin bagi memantapkan lagi JPN untuk kemudahan dan kebaikan rakyat di negara ini.

Antara lain, katanya, ialah menerusi meningkatkan tahap kualiti MyKad, memudahkan urusan pendaftaran kelahiran dengan sentiasa memastikan pihaknya turun padang biarpun ke kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Najjah kolaborasi dua sahabat

Posted: 12 Jul 2011 06:43 PM PDT


Farrah Adeeba (kanan) dan Awin bersama anak-anak mereka di majlis penutup pertunjukkan fesyen Najjah.


MENUTUP aurat bukanlah halangan untuk berfesyen kerana selagi ia mematuhi syariat yang telah ditentukan ia dibolehkan.

Pilihan fesyen muslimah di Najjah memang tepat bagi mereka yang gemar bergaya namun masih mengekalkan kesopanan dan kesusilaan dalam penampilan.

Terbaru, Butik Najjah yang dimiliki oleh dua sahabat, Awin dan Farrah Adeeba, telah menganjurkan satu pertunjukkan fesyen bertempat di The Royale Bintang, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Ia adalah pertunjukkan fesyen eksklusif untuk wanita dan dihadiri oleh rakan artis, selebriti, para penjual dan pelanggan setia butik Najjah sendiri.

Antara selebriti yang hadir adalah seperti Heliza, Maria Tunku Sabri, Azean Abdol Karim, Memey dan ramai lagi.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad yang juga merupakan pelanggan pertama butik Najjah.

Menceritakan tentang sejarah penubuhan butik tersebut, Awin yang sebelum ini berkhidmat sebagai jurusolek artis berkata, ia adalah satu idea yang datang secara tiba-tiba.

"Apabila menyolek artis, saya sering berhadapan dengan masalah fesyen yang tidak menepati dan dari situ saya tahu apa yang diperlukan dalam pasaran Muslimah.

"Saya terus menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Farrah Adeeba dan dia mengambil masa selama dua hari untuk membalasnya sebelum bersetuju dengan cadangan saya itu," jelas Awin ketika berucap sebelum majlis pertunjukkan fesyen bermula.

Sementara itu, Farrah Adeeba yang sememangnya menggemari fesyen sejak dari kecil mengakui idea Awin adalah sesuatu yang memang beliau nantikan.

"Namun untuk merealisasikan sesuatu itu perlu perancangan teliti, justeru pertemuan pertama dan juga perbincangan dilakukan di rumah Awin

Pertunjukkan fesyen tersebut bukan sahaja menampilkan koleksi terkini Najjah malah koleksi eksklusif sempena hari raya Aidilfitri tahun ini.

Koleksi yang ditampilkan praktikal, bergaya dan eksklusif. Ia terdapat dari saiz S hingga XXL.

Butik Najjah yang terletak di The Strand, Kota Damansara turut menemui pelanggannya di dalam talian menerusi laman web www.najjah. com.

Rawatan spa di rumah

Posted: 12 Jul 2011 06:42 PM PDT


Gel disapu pada bahagian muka sebelum diurut perlahan-lahan dengan menggunakan mesin Galvanic.


BILAKAH kali terakhir anda mengutamakan kesihatan diri, memanjakan diri, mencari ketenangan, mengikuti kemahuan dan kata hati serta melalui kehidupan seperti yang diimpikan.

Pastinya sukar untuk memberikan jawapan kerana kesibukan yang terlampau di pejabat mendorong seseorang untuk melupakan tanggungjawab memanjakan diri sendiri.

Namun usah risau dengan situasi sedemikian kerana produk penjagaan Nu Skin, Agelov Galvanic Spa, mampu memberikan jawapan kepada bagi mereka yang ingin kelihatan lebih muda, cantik serta anggun.

Pengurus pemasaran dan Komunikasi Nu Skin, Christina Ng memberitahu, tanpa perlu membuang masa di spa-spa kecantikan, wanita kini boleh mencuba rawatan sendiri di rumah.

"Hanya perlukan sedikit masa untuk diri sendiri supaya kelihatan cantik dan bergaya,'' ujarnya ketika menunjukkan cara yang betul menggunakan Agelov Galvanic Spa .

Menurutnya, berbanding produk penjagaan anti penuaan lain, Agelov Galvanic Spa dihasilkan melalui kajian selama bertahun-tahun yang menggunakan teknologi AgeLoc yang dibawa khas dari Amerika Syarikat.

Malah, penggunaan teknologi Ageloc itu bukan sahaja mampu mengembalikan kulit menjadi lebih tegang tetapi juga memberikan keserian kepada si pemakai.

"Setiap produk dalam rangkaian ini mempunyai manfaat tertentu yang telah terbukti secara klinikal dapat menentang kesan penuaan biologi dan persekitaran,'' ujarnya lagi.

Katanya lagi, kaedah pemakaiannya cukup mudah dimana pengguna hanya perlu menggosokkan mesin galvanic tersebut di permukaan muka dengan mencampurkan gel khas.

"Kaedah tersebut mampu mengeluarkan racun-racun dalam kulit serta membuka pori-pori supaya kulit segar kembali.

"Hasilnya, kulit nampak jauh lebih muda, anjal dan segar. Selain itu, ia mampu membuat kedutan dan garis-garis halus di wajah hilang dan berkurangan,'' ujarnya lagi.

Malah lebih menarik, tempoh penggunaan juga sangat singkat iaitu lebih kurang antara 20 hingga 25 minit.

Tambah Christina lagi, penggunaan mesin Galvanic ini terbahagi kepada dua peringkat, di mana pengguna akan mulakan dengan gel pra rawatan dan juga gel rawatan.

"Gel tersebut akan dilumurkan di bahagian muka sebelum di urut perlahan-lahan dengan menggunakan mesin Galvanic tersebut.

"Kaedah sama turut digunakan tetapi menggunakan ubat gel rawatan bagi mendapatkan hasil yang menarik,'' terangnya lagi.

Bagaimanapun, terang Christina lagi, mesin Galvanic itu bukan sahaja boleh digunakan untuk rawatan muka tetapi juga turut digunakan di bahagian kepala bagi membantu melebatkan lagi rambut dan juga merawat kulit kepala.

Selain itu, mesin ini juga boleh bertindak untuk menghancurkan lemak-lemak yang berlebihan di badan.

"Yang perlu hanyalah menukar kepala mesin Galvanic untuk tujuan lain seperti rawatan kepala dan juga menghancurkan lemak-lemak,''ujarnya.

google,tv3 online,tv3 live,tv3 streaming,tv3 news,tv3 schedule,tv3 live streaming,tv3 hani,tv3 asmaratv3 seribu kali cinta,tv3 999,tv3 website,tv3 watch online,tv3 wanita hari ini,tv3 wiki,tv3 watch,tv3 wanita,tv3 wwe,tv3 web,tv3 whi,tv3 email,tv3 emil emilda,tv3 editor,tv3 event guide,tv3 enterteimenttv3 epilog syurga cinta,tv3 xpose,tv3 remaja,tv3 register,tv3 rancangan,tv3 rate card,tv3 rancangan tv,tv3 raya ad,tv3 real player,tv3 rock the vote,tv3 resipies,tv3 russia,tv3 tonton,tv3 tiramisu,tv3 thank you,tv3 telenovela thank you,tv3 twitter,tv3 tv guide,tv3 telenovela,tv3 thai,tv3 tonton.com.my,tv3 theme song,tv3 ustaz amirul,,tv3 ulek mayang,tv3 um,tv3 ustaz,tv3 url,tv3 ulik mayang,tv3 ular emas,tv3 intisari rancangan,tv3 iklan raya,tv3 online ,tv3 online streaming,,tv3 online livetv3 online tiramisu,tv3 .com.my,tv3 online putera katak,tv3 online stream,tv3 online news,tv3 online hani,tv3 online drama,tv3 putera katak,tv3 portal,tv3 program,tv3 puteri kayangan,tv3 program guide,tv3 payudara,tv3 panggung sabtu,tv3 program schedule,tv3 asmara,tv3 ayoub,tv3 alisa,tv3 ajl,tv3 aduan rakyat,tv3 adamaya,tv3 ask 2010,tv3 adress,tv3 asmaradana,tv3 anugerah skrin,tv3 streaming,tv3 schedule,tv3 seribu kali cinta,tv3 suku,tv3 scholl attack,tv3 samarinda ayoub,tv3 streaming live,tv3 samarinda,tv3 sinetron alisa,tv3 schedule today,tv3 drama,,tv3 downloadtv3 dakwah muharram,tv3 drama korea,tv3 drama ayoub,tv3 dendam,tv3 drama melayu,tv3 drama hani,tv3 drama gemilang,tv3 dalil cinta,tv3 facebook,tv3 free streaming,tv3 frequency,tv3 free online,tv3 free,tv3 freemason,tv3 feedback,tv3 football,tv3 facebook malaysia,tv3 gemilang,tv3 guide,tv3 games,tv3 ghana,tv3 gadis semasa,tv3 guide malaysia,tv3 gua.com,tv3 glee,tv3 hani,tv3 home,tv3 highlight melodi,tv3 hr,tv3 host,tv3 hari raya ad,tv3 hari ini,tv3 hetaliatv3 highlight,tv3 hotline,tv3 jom heboh,tv3 jawatan kosong,tv3 jom relaks,tv3 juara lagu online,tv3 jalan-jalan cari makan,tv3 kids,tv3 kes,tv3 korean drama,tv3 keliwon,tv3 live,tv3 live streaming,tv3 live online,tv3 lestary hani,tv3 lagenda putera katak,tv3 login,tv3 live stream,tv3 live tv,tv3 live streaming tv,tv3 logo,tv3 career,tv3 com.my,tv3 chinta,tv3 catch up tv,tv3 channel,tv3 cerekarama,tv3 contact,tv3 cartoon,tv3 company,tv3 buletin utama,tv3 bersamamu,tv3 berita,tv3 berita terkini,tv3 berita utama,tv3 blogspot,tv3 broadcast,tv3 barbie,tv3 news,tv3 nona,tv3 news online,tv3 nur kasih,tv3 nightlinetv3 news today,tv3 naruto,tv3 naruto shippuden,tv3 malaysia,tv3 melodi,tv3 mentor 5,tv3 mentor,tv3 mhi,tv3 malaysia live,tv3 malaysia tv,tv3 merlintv3 movie,tv3 malaysia hari ini,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV 3 MALAYSIA ONLINE LIVE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved