ads

Sabtu, 16 Jun 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Doktor bukan Tuhan

Posted: 16 Jun 2012 08:10 PM PDT



TAN SRI DR. ROBAAYAH ZAMBAHARI tidak asing lagi dalam bidang rawatan jantung di negara ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara (IJN) itu merupakan salah seorang daripada kelompok terawal yang mempelopori penubuhan hospital jantung terkenal itu.

"Dahulu pesakit jantung tidak seramai sekarang. Kini ia menjadi pembunuh No. 1 di banyak negara maju, begitu juga Malaysia," imbas pakar kardiologi berusia 60 tahun itu.

Robaayah menganggap bahagian paling sukar dalam kerjayanya bukan di bilik pembedahan sebaliknya semasa proses perundingan bersama keluarga pesakit.

"Kes melibatkan jantung sentiasa berisiko dengan nyawa menjadi pertaruhan lebih-lebih lagi jika berlaku situasi cemas semasa pesakit dibedah.

"Walaupun saya telah mengendalikan pelbagai kes kritikal melibatkan jantung dan paru-paru, saat perundingan dengan keluarga pesakit adalah yang paling mencabar," beritahu beliau.

Tambah Robaayah, adalah menjadi tanggungjawab seorang pakar untuk menerangkan kepada keluarga pesakit mengenai risiko rawatan yang mungkin dihadapi.

"Mereka yang datang kepada kami membawa harapan yang sangat tinggi.

"Mereka berharap pesakit yang berjumpa kami akan sembuh, tetapi ada juga kes ahli keluarga yang tidak dapat mengawal perasaan apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada pesakit.

Gagal


DUA pegawai perubatan IJN membawa kotak berisi jantung segar. IJN telah melakukan 18 pembedahan pemindahan jantung setakat ini.


"Pada peringkat itu, ada sebilangan ahli keluarga yang pada mulanya bersedia menerima apa sahaja kemungkinan, berubah sikap selepas satu pembedahan yang gagal," ujar beliau sambil memberitahu, satu atau dua peratus pesakit meninggal dunia semasa pembedahan.

Robaayah berkata, doktor bukan Tuhan.

"Pakar kardiologi dan pembedahan jantung hanya melakukan apa yang terdaya untuk menyelamatkan nyawa pesakit tetapi mereka tidak boleh memberi jaminan pembedahan itu akan berjaya 100 peratus," ujarnya.

Robaayah berkata, kadangkala pesakit mengalami komplikasi lain seperti strok yang bebannya terpaksa ditanggung oleh keluarga mereka seumur hidup.

Beliau menegaskan, pesakit serangan jantung yang teruk mesti dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan secepat mungkin kerana jika terlambat ia akan menjejaskan organ lain.

Bagaimanapun, perkembangan teknologi perubatan jantung agak menakjubkan.

Beliau berkata, pesakit yang memiliki jantung yang terlalu lemah kini boleh menukarnya dengan jantung baharu dengan selamat asalkan ada penderma jantung. Kemudahan teknologi turut membolehkan masalah jantung dikesan dengan lebih pantas.

Setakat ini, lebih 18 orang telah menjalani pembedahan pemindahan jantung di IJN sejak tahun 1997 manakala tiga pemindahan paru-paru dilakukan sejak tahun 2005.

Antara kes yang mendapat perhatian rakyat Malaysia ialah pelajar sekolah dari Batu Pahat, Johor, Tee Hui Yee, 19, yang kini menjalani kehidupan normal selepas menerima jantung sebenar pada tahun 2006. Sebelum itu, Hui Yee memakai jantung mekanikal yang hanya boleh bertahan selama dua tahun.

Tersumbat

"Kami berjaya melakukan pembedahan pemindahan jantung pertama ke atas pesakit R. Sathrugnan pada tahun 1997.

"Manakala Muhammad Fikri Nor Azmi ialah rakyat negara ini yang pertama menerima jantung mekanikal sebelum menjalani pembedahan pemindahan jantung sebenar pada tahun 2005.

"Kini dia sihat dan menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam tempatan," katanya.

Awal bulan ini, Robaayah memandang serius kesihatan jantung wanita di negara ini kerana satu perempat populasi wanita berusia 56 tahun dan ke atas berisiko diserang penyakit berkaitan kardiovaskular berbanding kanser.


CHEN Winnie (kiri) bersama Tan Geek Koon antara pesakit yang menggunakan jantung mekanikal di IJN.


Di samping itu, wanita yang suka merokok turut berisiko tinggi berdepan sakit jantung.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun tahap kesedaran terhadap penyakit jantung adalah tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, beliau mengakui penyakit koronari jantung adalah yang paling membimbangkan. Ia berupaya menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

"Biasanya penyakit jenis itu dikaitkan dengan saluran darah tersumbat pada jantung akibat merokok, kegemukan, kurang bersenam, mengambil makanan tidak sihat dan berkolesterol tinggi, darah tinggi dan diabetes.

"Stres turut menjadi punca jantung tersumbat. Di negara lebih maju, mereka berjaya mengurangkan kesan penyakit jantung dengan menggunakan teknologi perubatan terkini.

"Kita juga memiliki kepakaran dan teknologi yang bagus, malangnya pada masa yang sama kes koronari jantung semakin merisaukan," katanya yang pakar melakukan drug elluting stent (DES) bagi merawat penyakit berkaitan saluran darah jantung tersumbat.

Menurut Robaayah, rawatan DES dilakukan menggunakan stent yang berupa tiub jaringan kecil seakan-akan spring dengan diameter antara 2.25 hingga 4 milimeter. Tiub itu dimasukkan ke dalam arteri jantung yang sempit untuk kembali melancarkan peredaran darah.

Nasihat Robaayah, bagi mengelak masalah ini jauhi makanan berkolesterol tinggi seperti susu penuh krim, minyak sapi dan makanan segera.

"Amalkan senaman setiap hari. Makan makanan seimbang dan berkhasiat adalah langkah terbaik menjaga jantung," katanya.

Sejarah IJN bermula sebagai Bahagian Kardiologi di Jabatan Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada tahun 1977. Pada tahun 1982, ia beroperasi sebagai Klinik Kardiologi dan Klinik Pembedahan Jantung HKL.

Pada tahun 1992 barulah IJN ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan dan memiliki bangunan sendiri di ibu negara. Selama 18 tahun penubuhannya, IJN telah merawat lebih dua juta pesakit tempatan dan antarabangsa.


ROBAAYAH menunjukkan klip Mitral yang digunakan untuk rawatan kebocoran injap jantung di IJN.


Statistik IJN menunjukkan sejumlah 3,183 kes pembedahan pintasan jantung (koronari) dilakukan di institut itu antara tahun 2009 hingga 2011. Ini diikuti pembedahan injap jantung melibatkan 1,330 kes manakala 2,556 kes pembedahan jantung berlubang.

Dalam tempoh yang sama sebanyak 7,785 pesakit mendapatkan rawatan saluran darah jantung tersumbat, masalah denyutan jantung (2,383) dan jantung berlubang (296).

Perkuburan angkasa lepas

Posted: 16 Jun 2012 08:09 PM PDT


SISI misteri angkasa lepas menyebabkan ramai yang ingin mengkajinya dengan lebih lanjut.


KATA-KATA daripada tanah manusia datang dan kepada tanah mereka kembali mungkin tidak lagi sesuai untuk segelintir individu yang inginkan cebisan jasad mereka yang berupa abu mayat, disemadikan di angkasa lepas.

Pada 22 Mei lalu, roket Falcon 9 milik syarikat swasta SpaceX menerbangkan abu mayat 300 individu untuk dibawa ke angkasa lepas. Abu itu disimpan dalam sebuah tabung penyimpanan khusus di seksyen kedua Falcon 9.

Menurut presiden syarikat itu, Gwynne Shotwell, seksyen tersebut dibuang sekitar 10 minit selepas kapal angkasa Dragon yang berisi muatan makanan seberat 454 kilogram (kg) dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Abu itu akan kekal di orbit selama kira-kira setahun sebelum jatuh semula ke Bumi.

Apa yang menarik, sebahagian abu tersebut merupakan milik ikon terkenal seperti bekas angkasawan AS, Gordon Cooper, jurutera Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Bob Shrake dan pelakon filem Star Trek, James Doohan.

Bisnes angkasa

Cooper merupakan salah seorang daripada tujuh angkasawan AS yang terlibat dalam misi meneroka planet Utarid tetapi projek yang dilancarkan pada 15 Mei 1963 itu gagal mencapai matlamatnya.

Shrake pula ialah seorang lelaki yang suka merendah diri dan sering menghabiskan waktu dengan mencipta roket pelancar untuk NASA.

Menurut anak perempuan Shrake, Robin Smith, ayahnya telah mati sejak tahun 2007 lalu tetapi dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk mengikut program itu memandangkan ayahnya terlalu obses dengan dunia astronomi.

Doohan pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Wataknya sebagai Scotty dalam Star Trek sangat berpengaruh di seluruh dunia. Dia meninggal dunia pada 20 Julai 2005.

Kos penghantaran abu mayat itu dianggarkan RM12,000 setiap satu.

Pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad, berpendapat kegilaan manusia untuk meneroka bidang angkasa lepas menyebabkan banyak firma swasta memperkenalkan pelbagai pakej menarik.

"Selain perkhidmatan menghantar abu mayat, terdapat syarikat yang menawarkan pakej melancong dan bermalam di angkasa lepas.

"Lagipun NASA kekurangan dana untuk melaksanakan semua misi angkasa berikutan kegawatan ekonomi yang melanda AS," katanya.

Shahrin berkata, perkhidmatan abu mayat itu tidak sesuai bagi mereka yang beragama Islam.

Tutur Shahrin lagi, kesedaran masyarakat negara ini terhadap bidang astronomi juga semakin berkembang. Ini dibuktikan dengan kewujudan hotel yang menawarkan perkhidmatan mencerap bintang seperti Klana Beach Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Agensi Angkasa Negara juga aktif mengadakan program dan seminar berkaitan astronomi yang menarik perhatian orang ramai khususnya kanak-kanak," jelasnya.

Beliau berharap Malaysia akan mengikut jejak langkah China yang secara senyap-senyap melancarkan roket pelancar angkasa serta stesen satelitnya sendiri.

"Daripada angan-angan, impian kita boleh tercapai. Hasrat kita menghantar angkasawan sudah terlaksana, kini kita perlu melangkah lebih jauh lagi," kata Shahrin.

Mikraj

Sebenarnya, umat Islam telah mula berbicara mengenai ilmu astronomi sejak lebih 1,400 tahun dahulu.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang disambut hari ini berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.

Tahun itu disebut sebagai tahun dukacita kerana pada tahun itu Rasulullah kehilangan bapa saudara, Abu Talib dan isteri, Khadijah.

Peristiwa Mikraj pula menyaksikan Rasulullah diangkat ke langit dari Baitulmuqaddis.

"Peristiwa itu boleh dikatakan sebagai permulaan manusia cuba meneroka angkasa lepas.

"Jika tidak manusia mungkin hanya akan mengkaji tentang Bumi," ujar Shahrin.

Kapal angkut kapal

Posted: 16 Jun 2012 08:08 PM PDT


KAPAL Blue Marlin menjadi penyelamat kepada usaha membawa pulang kapal perang USS Cole yang ditembak di Yemen.


KETIKA kapal perang Amerika Syarikat (AS), USS Cole diserang oleh tentera al-Qaeeda pada tahun 2000, pasukan tentera laut AS berdepan satu dilema. Mereka harus mencari jalan bagaimana untuk membawa pulang sebuah kapal sepanjang 150 meter (m) yang berlubang sebesar 12m pada sisinya dari Yemen ke Mississippi, AS dalam keadaan selamat.

Jawapannya adalah dengan mengangkut kapal perang yang boleh menembak tepat 100 sasaran dalam satu masa itu dengan sebuah kapal gergasi yang badannya separuh tenggelam.

Kapal bersaiz mega itu yang dikenali sebagai Blue Marlin begitu berguna bukan sahaja untuk mengangkut kapal lain, bahkan pelantar minyak.

Begitu juga jika mahu mengangkut 22 buah tongkang yang setiap satu seberat 3 juta kilogram (kg) untuk mengelilingi dunia dalam masa serentak.

Kapal tersebut merupakan antara kapal laut luar biasa yang pernah direka kerana ia boleh membawa muatan melebihi 75 juta kg dalam satu masa.

Setiausaha Korporat Dockwise (syarikat yang memiliki Blue Marlin), Fons van Lith menjelaskan, kapal itu tidak akan pernah berehat daripada mengangkut struktur mega.

Bahkan pihaknya yang mengamalkan ciri-ciri keselamatan antarabangsa memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha memunggah struktur-struktur itu ke seluruh dunia.

"Keselamatan membawa struktur lain adalah sebahagian daripada perniagaan kami. Jika sebuah syarikat petroleum boleh melabur AS$1.6 bilion (RM5 bilion) untuk sebuah peralatan yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, satu perkara penting yang harus diambil kira oleh mereka adalah bagaimana untuk membawa struktur tersebut ke satu bahagian lain di dunia," kata Lith.

Blue Marlin mempunyai bentuk yang istimewa. Kepalanya seakan-akan kapal biasa tetapi dek tengahnya direndahkan bagi memuatkan objek besar dan berat yang lain.

Ia berukuran 217m panjang dan 42m tinggi. Saiz deknya pula kira-kira seluas dua padang bola sepak. Biarpun mempunyai berat yang berganda, kapal yang dilengkapi enjin diesel dengan 17,000 kuasa kuda itu boleh bergerak sehingga 24 kilometer sejam (km/j).

Tenggelam

Bagaimanakah kapal sebegini boleh mengangkut tongkang atau objek lain yang begitu berat? Sebenarnya dek kapal tersebut boleh ditenggelamkan sehingga 13m ke dalam laut apabila tangkinya diisi dengan air.

Ketika keadaan separa tenggelam itulah usaha memuatkan tongkang atau pelantar minyak dilakukan. Apabila air dikeluarkan daripada badan kapal, ia akan timbul semula bersama-sama objek berat yang tidak mampu diangkat oleh kren biasa.

Ia seolah-olah sebuah kapal selam yang mengangkat struktur lain di atas badannya.

Antara binaan terberat yang pernah dibawa Blue Marlin ialah pelantar minyak Thunder Horese milik syarikat BP. Pelantar minyak itu dibawa sejauh 27,500km dari Korea ke Mexico tahun lepas.


BLUE MARLIN mampu memunggah empat buah feri penumpang dan 18 buah kapal dari sebuah pelabuhan di China secara serentak.


Pelantar yang bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM3.2 bilion) itu dikatakan sebagai struktur laut terbesar di dunia yang memiliki berat kira-kira 60 juta kg.

Pada tahun hadapan kapal mega itu bakal membawa sebuah pesawat udara milik Tentera Laut Australia dari Sepanyol ke Negara Kanggaru itu. Pesawat tersebut dikatakan bersaiz lebih besar berbanding dek kapal berkenaan.

Kapal Blue Marlin dilancarkan pada tahun 1999, menjadikannya sebagai kapal terbesar pernah dihasilkan. Bagaimanapun kehebatannya sedang ditandingi apabila beberapa buah kapal mega lain dalam pembinaan.

Apabila siap pada hujung tahun ini, kapal pengangkut yang sedang dihasilkan di Korea, Dockwise Vanguard dijangka boleh membawa muatan seberat 110 juta kg.

Kapal yang bernilai AS$377 juta (RM1.2 bilion) itu telah ditempah untuk melakukan kerja pertamanya iaitu membawa sebuah pelantar minyak dari Korea ke Laut Utara pada tahun hadapan.

Panda tetamu Taman Wetland

Posted: 16 Jun 2012 08:08 PM PDT


BULUH ialah makanan kegemaran panda.


TAMAN Wetland Putrajaya yang terletak di Presint 3, menambah reputasinya sebagai habitat flora dan fauna apabila sepasang beruang panda dari China akan ditempatkan di situ kira-kira setahun dari sekarang.

Di sebalik pembinaan bangunan-bangunan futuristik di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu, Taman Wetland masih menyimpan 32 spesies buah-buahan nadir, 32 spesies pokok hutan, 48 spesies tanaman hutan dan 45 jenis tanaman renek di kawasan seluas 197 hektar.

Taman buatan manusia itu turut mempunyai sembilan keluarga daripada 12 spesies mamalia, 10 keluarga herpetofauna daripada 11 spesies, 15 spesies serangga, 17 spesies ikan dan 39 keluarga daripada 108 spesies burung.

Menurut Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, jika bernasib baik pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai spesies burung penghijrah dari Kutub Utara atau Kutub Selatan selain burung dari Zoo Negara yang dikatakan sering berulang alik ke taman itu.

Khamis lalu, Samsudin membawa delegasi dari Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) termasuk Setiausaha Agungnya, Zang Chunlin melawat taman itu.

Beliau turut memberi penerangan mengenai jenis pokok buluh yang bakal menjadi makanan kepada beruang panda di situ nanti.

Akhbar baru-baru ini melaporkan China akan meminjamkan sepasang panda kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun bagi memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Panda gergasi yang hanya terdapat di China merupakan haiwan yang diancam kepupusan dan bilangannya ketika ini hanya sekitar 1,600 ekor.

Suhu

Dalam usaha melaksanakan program pemindahan panda gergasi tersebut, kerajaan Malaysia akan menyediakan eksibit khas di Taman Wetland yang lengkap dengan infrastruktur yang menyamai habitat asal pasangan panda gergasi termasuk penetapan suhu kurang daripada 24 darjah Celcius.

Di samping itu, aspek pemakanan dan diet panda gergasi tersebut akan diberikan tumpuan utama. Sebanyak lima spesies buluh telah dikenal pasti sebagai diet bagi pasangan panda tersebut dan usaha penanaman spesies buluh terpilih akan dilaksanakan secara berperingkat di taman itu.

Penerimaan pasangan panda ini juga dijangka memesatkan lagi sektor ekopelancongan negara ini. Berdasarkan pengalaman Thailand, pada tahun pertama apabila panda ditempatkan di negara itu, seramai 900,000 pelancong telah melawat penempatan panda itu di Thailand sekali gus melonjakkan sektor pelancongan negara itu.

Impak yang sama dijangka dapat dirasai oleh Malaysia.

Melalui usaha konservasi ini juga, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan ke atas panda gergasi selain meningkatkan kepakaran tempatan melalui pemindahan teknologi yang disalurkan oleh China terutamanya dalam pembiakan tiruan, kajian genetik dan kajian habitat panda gergasi.

Malaysia optimistik bahawa tumpuan untuk melaksanakan usaha konservasi khazanah biodiversiti negara seperti Harimau Malaya dan Orang Utan tidak akan terjejas dengan usaha konservasi panda di Malaysia. Melalui Pelan Tindakan Harimau Kebangsaan, kerajaan yakin bahawa sasaran menambah populasi harimau sehingga 1,000 ekor menjelang 2020 pasti tercapai.

Selain itu, kehadiran 'pasangan sensasi' itu akan meningkatkan lagi kesedaran orang awam mengenai usaha konservasi panda gergasi di samping menggalakkan mereka menghargai keunikan dan kepentingan konservasi hidupan liar dan biodiversiti di Malaysia.

Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, satu pertandingan peringkat nasional untuk menamakan panda gergasi tersebut akan diadakan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengenali haiwan unik itu.

Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperoleh dengan melayari www.nre.gov.my.

Botoks hilangkan bau ketiak

Posted: 16 Jun 2012 08:07 PM PDT


BOTOKS dan laser adalah kaedah terakhir untuk mengatasi masalah bau ketiak yang serius.


BAU busuk ketiak seringkali tidak menyenangkan pemiliknya begitu juga individu yang berada di sekeliling mereka. Masalah itu bukan sahaja dialami oleh orang biasa malah insan terkenal seperti aktor Matthew McConaughey.

Pelakon filem The Paperboy yang memiliki badan yang sasa itu memberitahu, dia bagaimanapun percaya dengan mengeluarkan peluh, segala kekotoran akan keluar daripada badan sekali gus mengelak tubuh termasuk ketiak daripada berbau.

Lelaki itu sememangnya diketahui tidak gemar memakai pewangi ketiak.

"Kalau kita tidak membersihkan liang-liang yang ada pada badan setiap hari, tubuh kita akan berbau. Mengeluarkan peluh juga merupakan satu bentuk meditasi yang baik untuk otak kita," katanya.

Malah, sebuah syarikat pewangi ketiak, Axe, pernah membekalkan penyembur ketiak selama setahun kepada McConaughey bagi memastikan isterinya, Camila Alves tidak meninggalkannya semasa pasangan itu berpacaran dahulu.

Selain McConaughey, pelakon Julia Roberts juga terang-terangan mengaku, dia tidak pernah menggunakan pewangi ketiak.

Bakteria

Bintang filem Pretty Women itu berkata, dia lebih gemar menggunakan sabun serta air untuk sentiasa bersih dan segar.

"Saya tidak suka berkongsi haruman dengan ramai orang," ujarnya.

Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata dan isteri kepada jurukamera filem, Daniel Moder itu terpaksa berusaha lebih supaya dia sentiasa berbau wangi.

"Kadangkala semasa bekerja pada waktu tengah hari, saya akan mandi," beritahu Roberts.

Hakikatnya semua orang punya bau badan akibat proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada cara tubuh bekerja supaya kekal sihat.

Menurut Pakar Perubatan dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr. Noraziah Abd. Kadir Jailani, terdapat dua jenis kelenjar yang menghasilkan peluh iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin.

Kelenjar ekrin bertanggungjawab menghasilkan air peluh kerana ia bersambung terus hingga ke permukaan kulit.

Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan kumuhan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Kelenjar apokrin pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak daripada peluh yang dirembeskan kelenjar ekrin.

"Kelenjar apokrin ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak dan kemaluan. Kelenjar itu mengandungi sebum iaitu rembesan berlemak yang mengawal dan melicinkan rambut, bulu, serta kulit," cerita Noraziah.

Katanya, bakteria mudah memecah masuk ke dalam protein yang terdapat pada kelenjar apokrin, menyebabkan ketiak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Noraziah memberitahu, individu yang gemar memakan daging, telur, ikan dan kekacang dalam kuantiti yang banyak selalunya mempunyai bau badan yang busuk.

Kesemua makanan itu mengandungi kolina yang tidak mudah dihadam melalui proses metabolisme.

"Minum kopi atau minuman berkafein serta mengambil makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih dengan kerap juga menjadi punca bau ketiak," katanya.

Botoks

Selain itu, punca bau badan itu disebabkan masalah ginjal, hati, hipoglisemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, diabetes dan tiroid.

Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak mempunyai masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang menjengkelkan.

Majoriti individu yang mengalami masalah ketiak berbau berumur 15 hingga 18 tahun.

"Ini disebabkan oleh gaya hidup mereka yang aktif tetapi jarang mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar.

"Bilangan individu yang menghadapi masalah ini juga kecil kerana terdapat rawatan bagi mengatasinya," ujarnya.

Noraziah berpendapat, cara merawat masalah bau ketiak ialah dengan menggunakan cecair pencuci yang mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur antipeluh.

"Jika masalah itu terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar apokrin pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botoks," ujarnya.

Katanya, ramai penghidap gemar memilih botoks.

"Berbanding laser, botoks lebih dipercayai pengguna kerana suntikan botoks boleh diambil setiap lima bulan sekali berbanding laser yang hanya dibuat sekali sahaja," terang Noraziah.

Ekstrak pokok jana kenderaan

Posted: 16 Jun 2012 08:06 PM PDT


MINYAK pelincir yang mengandungi ekstrak buah jarak didakwa lebih efisien untuk enjin kenderaan serta tidak mencemarkan alam.


BAYANGKAN satu hari nanti harga petrol RON95 naik daripada RM1.90 seliter kepada RM2.80. Pada masa yang sama pengguna dibebani harga barangan yang mahal selain kos sara hidup yang tinggi.

Bagaimanapun, mereka tiada pilihan kerana tenaga merupakan bidang kritikal dalam kehidupan seharian. Ia penting untuk menggerakkan kenderaan, menerangi kediaman serta memutar enjin industri.

Malangnya, penjana utamanya iaitu petroleum, gas asli dan arang batu akan kehabisan suatu hari nanti.

Mujurlah, saintis di seluruh dunia sedang giat membangunkan sumber tenaga alternatif daripada alam seperti air, angin, matahari, laut dan tumbuh-tumbuhan.

Hakikatnya emas hitam (petroleum) menjadi penyumbang terbesar industri tenaga dunia iaitu sebanyak 36 peratus, arang batu (23 peratus), gas asli (21 peratus), biomas (11 peratus), nuklear (7 peratus), hidroelektrik (2 peratus) serta geotermal dan solar (0.5 peratus).

Air jadi minyak

Petroleum juga digunakan secara meluas untuk mengisi minyak kereta manakala industri pula sebanyak 17 peratus.

Pada umumnya Malaysia tidak pernah ketandusan idea untuk menghasilkan sumber alternatif, contohnya biodiesel.

Seorang pakar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) misalnya, berjaya menghasilkan formula minyak bio daripada sisa kumbahan.

Penyelidikan menunjukkan rakyat negara ini menghasilkan 3 juta meter padu sisa kumbahan setahun dan dijangka meningkat kepada 7 juta meter padu menjelang tahun 2020.

Prof. Madya Dr. Rusnah Samsuddin memberitahu, beliau menggunakan sisa kumbahan terawat dari loji rawatan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

Sampel tersebut diuji untuk menghasilkan minyak bio melalui proses pirolisis.

"Suhu yang tinggi diperlukan untuk proses itu.

"Pirolisis merupakan kaedah yang paling sesuai untuk menyahkan sisa yang tidak diperlukan sebelum menukarnya kepada produk bermanfaat iaitu gas, cecair dan serbuk pepejal," cerita Rusnah.


BIODIESEL akan menjadi sumber utama minyak kenderaan pada masa hadapan kerana negara sedang berusaha untuk menggunakan bahan api yang lebih mesra alam.


Air sememangnya sumber utama kehidupan. Tetapi tiada siapa sangka ia mampu mengerakkan kenderaan. Terima kasih kepada penemuan seorang saintis tempatan, Dr. Halim Ali pada tahun 2006.

Halim telah menghasilkan teknologi hidrosen yang mampu mengurangkan sebanyak 50 peratus petrol dengan penggunaan air.

Secara logik, air tidak praktikal sebagai bahan bakar semula jadi.

"Namun, teknologi hidrosen berjaya mengurangkan penggunaan petrol sebanyak 50 peratus," katanya.

Sayangnya tiada perkembangan terkini teknologi yang dihasilkan oleh saintis itu.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pula pada tahun lepas berjaya menghasilkan biodiesel daripada bahan bukan berasaskan makanan seperti minyak jarak pagar, bintagor laut serta bahan buangan industri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod memberitahu, rancangan jangka pendek di peringkat FRIM ialah menggunakan biodiesel adunan B5 untuk kenderaan berenjin diesel.

"Dianggarkan sebanyak 120,000 liter adunan biodiesel B5 akan digunakan setahun di FRIM.

"Ini akan menyumbang penjimatan hampir 6,000 liter diesel fosil dan pengurangan kadar pembebasan karbon dioksida (CO2) sebanyak 4 peratus atau 16,000 tan CO2 setahun," katanya bangga.

Jangan khuatir kerana campuran biodiesel dan diesel petroleum telah terbukti sesuai digunakan oleh kereta-kereta moden tanpa memerlukan pengubahsuaian enjin.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata baru-baru ini, kerajaan bercadang untuk mewajibkan semua industri menggunakan biodiesel menjelang tahun 2014.

Pokok jarak

Jelas Dompok, langkah itu dapat mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau demi menjamin persekitaran mesra alam.

"Buat masa ini, kandungan biodiesel B5 ialah 5 peratus diesel berasaskan sawit dan 95 peratus diesel petroleum," ujarnya.

Selain pokok kelapa sawit, buah pokok jarak mampu menjana biodiesel.

Pokok jarak atau nama saintifiknya jatropha curcas, sejenis tumbuhan dari Afrika Selatan boleh dimanfaatkan sepenuhnya iaitu daripada batang, buah, daun, ranting dan kulitnya.

Bukan sahaja boleh dijadikan bahan kosmetik, lilin, farmaseutikal, sabun dan makanan haiwan, bijinya boleh digunakan sebagai minyak biodiesel pengangkutan berenjin.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BATC Development Berhad, Zurina Amnan, memberitahu, pokok jarak sudah dimanfaatkan secara meluas ketika Perang Dunia Kedua.

"Tentera Jepun menggunakannya sebagai sumber diesel atau bahan bakar untuk kenderaan pengangkut dan pesawat pejuang.

"Namun, mereka hanya mengarahkan penduduk kampung menanamnya tanpa memberitahu kegunaannya," cerita Zurina.

Walaupun pokok jarak beracun, ia digunakan secara meluas untuk perubatan tradisional seperti merawat kesan luka, melecur dan terbakar dengan meletakkan getah daripada batangnya di tempat yang sakit," cerita Zurina.

Selain itu, tumbuhan ini juga dijadikan pokok hiasan di rumah

Tuturnya, syarikatnya telah meneroka kelebihan pokok jarak sejak tahun 2007 lagi.

"Sebagai contoh, kami menghasilkan minyak biodiesel yang menjimatkan serta tidak mencemarkan alam iaitu B20 biopetrol.

"Kandungnya ialah 60 peratus minyak petrol, dan masing-masing 20 peratus air dan minyak pokok jarak," katanya.

Ujarnya lagi, air yang digunakan boleh diambil daripada pelbagai sumber kecuali air laut kerana kandungan alkalinya tinggi.

Minyak B20 biopetrol dihasilkan menggunakan teknologi nano emulsion polarazation dengan suhu tinggi.

Melihat mimik muka kru Jurnal yang seakan-akan tidak percaya dengan produk syarikatnya, Zurina membuat satu eksperimen.

Beliau mengambil sebuah bekas, tisu dan pemetik api sebelum membakar tisu tadi.


BIJI getah juga boleh digunakan sebagai sumber minyak kenderaan.


Selepas dibakar, ternyata minyak B20 menghasilkan api yang kurang asap. Malah, kadar pembakarannya lebih lama selain bekas yang digunakan bersih daripada kesan asap.

"Kami masih menggunakan minyak petrol sebagai medium utama untuk pembakaran cuma kandungannya dikurangkan.

"Air dan ekstrak buah jarak ibarat pelincir untuk menjadikannya lebih berfungsi," katanya.

Zurina berkata, syarikatnya juga menghasilkan bahan pelincir dan minyak untuk kapal terbang, kapal dan kegunaan industri.

"Setakat ini, kesedaran masyarakat negara ini untuk menggunakan minyak biodiesel buah jarak masih kurang.

"Tetapi di negara Barat terutamanya Amerika Syarikat, Britain dan Perancis mereka mula serius untuk memperkembangkannya," terang beliau.

Ego lelaki suri rumah

Posted: 16 Jun 2012 08:02 PM PDT


MEMBASUH dan menyidai pakaian antara rutin harian yang dilakukan oleh blogger terkenal ini.


RUTIN harian lelaki ini bermula dengan menunaikan solat Subuh. Selepas bersembahyang, dia tidak pernah lupa untuk berdoa agar perjalanan hidup serta rezeki yang diperoleh mendapat keredaan Allah SWT.

Selepas itu, blogger terkenal Ben Ashaari atau nama sebenarnya Salbani Ashaari, 36, memakai pakaian sukan untuk berjoging di sekitar kawasan perumahannya di Putrajaya.

"Lelaki yang menjadi suri rumah tangga pun perlu menjaga stamina dan kekal aktif walaupun kebanyakan masa dihabiskan di dalam rumah sahaja," kata lelaki berbadan sasa ini.

Sejak awal tahun ini, Ben mengambil keputusan berhenti kerja sebagai kakitangan kerajaan untuk menjadi blogger sepenuh masa. Tindakan itu juga bermakna dia perlu menjadi seorang suri rumah lelaki.

"Idea itu kedengaran agak ganjil. Isteri saya juga agak keberatan apabila saya meluahkan hasrat itu.

"Dia risau memikirkan pandangan jiran-jiran, keluarga dan masyarakat sekeliling kerana budaya di negara ini ialah lelaki mesti keluar bekerja dan bukan duduk menjaga anak di rumah," katanya sambil tangannya pantas menyediakan susu untuk anaknya, Qhaliff yang baru berusia dua bulan.

Gaji

Ben memberitahu, ramai rakan sekerja turut mempersoalkan tindakannya berhenti kerja itu.

"Pelbagai pendapat yang mereka berikan, seperti ramai orang lain di luar sana yang ingin menjadi kakitangan kerajaan tetapi tidak berpeluang.

"Saya pula selepas tujuh tahun bekerja sebagai penolong pegawai tadbir sebuah agensi kerajaan sebelum mengambil keputusan berhenti," katanya.

Bagaimanapun, Ben berterus terang mengatakan pendapatan yang diperolehnya kini lebih banyak daripada gajinya sebelum ini.

Dia memperoleh pendapatan daripada pengiklan yang membeli ruang iklan di laman blognya selain ulasan produk seperti kereta dan barangan rumah yang dibuat Ben.

"Saya tidak pernah mengambil kesempatan dengan gaji isteri. Segala perbelanjaan seperti sewa rumah, kereta dan perbelanjaan dapur saya yang membayarnya," katanya.

Ben memberitahu, di luar negara ramai blogger yang berhenti kerja kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bidang tersebut.

"Namun di Malaysia, perkara ini masih baharu dan belum mennyeluruh. Ada juga orang yang masih tidak tahu makna blogger," ujarnya.

Aktiviti Ben sebagai seorang suri rumah lelaki bermula sebaik sahaja dia habis berjoging. Dia akan memandikan Qhaliff, menyediakan susu serta memakaikan anaknya lampin dan pakaian.

Sebaik sahaja si kecil tidur, Ben menyambung kembali tugasan rumahnya seperti menyapu sampah, mengemas ruang tamu, dapur dan bilik tidur.

Kemudian, dia akan membasuh baju dan menyidai pakaian tersebut. Semua tugas itu akan diulangi setiap hari kecuali pada hujung minggu kerana tugas itu akan diambil alih oleh isterinya.

Ben jarang memasak kerana dia tidak berkira dengan makanan.

"Asalkan makan sudah mencukupi walapun sekadar nasi berlaukkan telur goreng. Ada masa tertentu sahaja saya akan makan di restoran untuk bertukar cita rasa," katanya.

Selepas hampir enam bulan menjadi blogger dan suri rumah lelaki, Ben bersyukur pandangan individu lain terhadapnya mula berubah.

"Mungkin mereka kurang yakin kerja menulis blog boleh menjana pendapatan tetapi saya telah membuktikannya.

"Selain itu, saya juga boleh menyelesaikan tugasan seharian dengan baik di samping dapat membantu isteri," ujarnya.

Jelasnya, keadaan itu lebih baik berbanding seorang suami yang bekerja daripada siang hingga lewat malam tetapi pulang ke rumah hanya untuk tidur dan berehat.

"Kadangkala kebajikan anak terabai. Lebih buruk lagi apabila mereka gemar keluar bersama rakan-rakan berbanding duduk di rumah khususnya pada hujung minggu.

"Saya sebaliknya dapat menghabiskan banyak masa berkualiti bersama isteri dan anak," katanya yang tidak berasa kemegahan dan ego seorang lelaki tercalar hanya disebabkan kesediaannya bergelar suri rumah.


WALAUPUN bergelar suri rumah, Ben hanya tidur selama tiga jam sehari.


Seronok

Tutur Ben, dia juga tidak perlu mengisi borang cuti, menunggu pengumuman pemberian bonus dan bekerja lebih masa.

"Saya boleh bercuti pada bila-bila masa. Walaupun pendapatan yang diperoleh tidak tetap namun cukup untuk menampung perbelanjaan seharian," katanya.

Kini, dia mampu berbangga kerana blognya, www.benashaari.com telah mempunyai lebih 20,000 pengikut selain dilayari oleh 4,000 orang sehari.

Blog Ben berkisar kehidupannya seharian, ulasan produk serta barangan rumah dan isu-isu semasa.

"Saya mula serius dengan dunia blog sejak tiga tahun lepas. Dahulu, saya akan mengemas kini blog hingga 10 kali dalam sehari tetapi kini enam kali sahaja.

"Saya sibuk dengan kerja selain menguruskan rumah tangga," katanya yang gemar pergi ke pasar raya untuk membeli barang keperluan anaknya.

Ben juga dapat pulang ke kampung isterinya di Kelantan secara lebih kerap, begitu juga rumah keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur.

"Saya seronok dapat memegang dan memangku anak setiap hari. Qhaliff lebih rapat dengan bapanya tetapi tidak sekali-kali peranan ibunya digantikan.

"Lelaki yang ingin menjadi suri rumah sebaik-baiknya mempunyai pendapatan sendiri selain bersedia dari segi mental serta fizikal," kata Ben yang asyik mengemas kini blognya menerusi telefon pintar HTC miliknya.

Perang siber Remy, Tiz

Posted: 16 Jun 2012 04:54 AM PDT


PERCINTAAN antara Remy Ishak dengan Tiz Zaqyah sentiasa dilanda badai.


DRAMA hubungan cinta aktor Remy Ishak dan aktres Tiz Zaqyah kembali lagi menjadi perhatian peminat.

Baru-baru ini, Remy yang kini hangat dengan filem Jiwa Taiko itu menulis di akaun Twitter mengenai kekecewaannya terhadap kekasihnya yang tidak datang melawatnya meskipun dia dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana paru-parunya dijangkiti virus.

Remy menulis: "Masuk hospital, demam panas. Call girlfriend tetapi dapat layanan macam sampah. Nasib badan."

Dalam akaun Twitter Remy juga, dia berharap agar mendapat perhatian dan kata-kata semangat tetapi tidak dilayan Tiz dengan alasan letih.

Katanya lagi, dia sudah lama bersabar dengan kerenah Tiz. Tulisan terakhir Remy tentang kekecewaannya itu, dia memberitahu, Tiz sedar tentang luahan perasaannya di Twitter dan kekasihnya itu mengucapkan selamat tinggal. Adakah hubungan cinta mereka sudah berakhir?

Tidak terhenti di situ sahaja, Tiz membuat kenyataan balas yang kini telah pun dipadamkan dalam akaun Facebook miliknya berbunyi: "Bagus, telan lagi ubat penenang banyak-banyak. Buat kerja bodoh, salahkan orang. Drama je hidup. Mintak simpati. Jangan. Aku simpan je."

Kosmo! yang menemui Tiz pada majlis sidang media drama terbaharunya, Dejavu di Kinabalu Khamis lalu turut bertanya mengenai kontroversi cinta terbaharu mereka.

Kosmo!: Tiz sedar Remy meluahkan perasaan mengenai hubungan kalian di Twitter?

TIZ: Ya, saya tahu dan saya enggan komen. Dia (Remy) yang sakit, biarlah.

Kenapa Tiz tidak melawatnya di hospital?

Saya sibuk dengan penggambaran, selepas ini saya kena segera bergegas ke Hulu Langat, Selangor untuk penggambaran drama Dejavu di Kinabalu yang belum tamat.

Sebelum ini kalian lebih suka berahsia mengenai hubungan cinta, tetapi apabila Remy menggunakan laman sosial Twitter sebagai medan membuka pekung hubungan kalian, komen Tiz?

Saya memang tidak suka bercakap kisah peribadi kerana apa sahaja yang saya kata, orang ramai masih akan bercakap tentang kami. Pesanan saya, jangan mudah menghakimi mana-mana pihak.

Tidak hanya Remy, Tiz juga membalas kenyataan itu dalam akaun Facebook. Mengapa berbuat demikian sedangkan Tiz sedar setiap tindak tanduk kalian diperhatikan peminat?

Saya tengah marah ketika menulis status dalam Facebook. Saya mengaku saya seorang yang panas baran. Walaupun saya seorang artis, saya tetap menjalani kehidupan seperti mana yang saya mahukan, jadi saya tidak kisah tentang pandangan orang lain terhadap saya.

Selepas kenyataan balas daripada Tiz, ramai yang menganggap hubungan kalian sedang dilanda masalah. Benarkah begitu?

Rasanya tidak perlu untuk saya beri pemahaman kepada semua orang, cukuplah sekadar saya berkongsi dengan teman baik sahaja. Perkara ini hanya secubit dalam kehidupan, semua orang mengalaminya.

Status sebenar hubungan kalian?

Tidak mahu komen dan tidak berminat untuk menjawab. Biarlah apa sebenarnya berlaku saya simpan sendiri, bukan semua perkara saya boleh kongsi dengan peminat. Saya berharap sangat semua orang memahami situasi saya.

Istimewaburger bakar

Posted: 16 Jun 2012 04:53 AM PDT

Sani Mohd Halim (kiri) menunjukkan burger bakar yang sedia untuk dihidangkan kepada pelanggan.

BURGER merupakan makanan segera yang cukup popular. Selain restoran makanan segera, di Malaysia konsep dan cita rasa burger jalanan merupakan satu perkara biasa.

Burger-burger tersebut lazimnya dihidangkan dengan lapisan sos cili dan juga mayonis. Manakala dagingnya dimasak dengan menggunakan dapur gas.

Boleh dikatakan kita semua pernah merasainya dan sudah mengetahui akan kelazatannya.

Tetapi pernahkah anda merasa burger bakar? Ia bukan sahaja merupakan satu hidangan sihat malah cara hidangannya juga agak sedikit berlainan daripada burger-burger yang sedia ada.

Menggunakan kombinasi daging tempatan dan luar negara, ternyata percaturan Sani Mohd Halim, 41, mengenengahkan cara masak yang baru untuk burger jalanan mendapat sambutan yang begitu baik di kalangan penggemar-penggemar burger.

Walaupun baru memulakan operasi awal Mac lalu, gerai KL Burger Bakar kepunyaan Sani sudah mampu menjual sehingga 200 biji semalam.

Bagi Sani, angka tersebut menunjukkan bahawa burger sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri dan untuk itu selain ingin memberikan satu lagi pilihan kepada penggemar burger, dia turut menyuntik kelainan kepada burger jualannya.

Jelas Sani, burger yang dijual di gerainya boleh dikategorikan menu sihat kerana daging-dagingnya dibakar dan bukannya di goreng.

"Secara tidak langsung ia bukan sahaja satu menu sihat untuk dinikmati semua masyarakat malah ia juga merupakan satu hidangan baru bagi menu burger," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di 17, Jalan UP 1/6 Ukay Perdana, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Ternyata cara penyediaan daging burger di KL Burger Bakar amat berlainan.

Selain ketebalan dagingnya mencecah sehingga 150 gram setiap keping, daging-daging tersebut turut diproses dengan resipi sendiri.

Bukan itu sahaja malah Sani turut menggunakan termometer untuk memastikan daging-daging yang dibakar masak sepenuhnya sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Tambah Sani, setiap daging yang dibakar akan masak sepenuhnya dalam tempoh 20 minit.

Mengulas lanjut mengenai perniagaan tersebut, menurut Sani, sebelum dia memulakan operasi dia terlebih dahulu membuat kajian mengenai menu tersebut.

Dia turut menguji rasa menu-menu yang disediakan terlebih dahulu agar ia dapat diterima 'tekak' rakyat tempatan.

Hari ini dengan dibantu empat orang pekerja, KL Burger Bakar menawarkan enam menu untuk pilihan pelanggan.

Menu-menu yang boleh didapati di KL Burger Bakar ialah smack down, sweet angle, summer slam, royale rumble, kl no mercy dan no way out.

Dalam pada itu, kesemua menu yang disediakan turut disajikan dengan pelbagai sos dan perisa seperti sos lada hitam, sos thousand island, keju, mayonis, sos barbeku, sos cili dan juga sos tomato.

Dibuka setiap hari bermula pukul 5 petang hingga 11 malam, kesemua menu di KL Burger Bakar boleh didapati pada harga RM7 hingga RM20.

Yang pasti, hari ini selain di Ukay Perdana, KL Burger Bakar juga boleh didapati di Taman Sri Gombak selain Rawang Burger Bakar di Seksyen 5, Wangsa Maju.

Sempena dengan Euro 2012, KL Burger Bakar menambah enam lagi menu untuk pilihan pelanggan.

Ramona rela ketinggalan

Posted: 16 Jun 2012 04:52 AM PDT

MANJA...Ramona menganggap ayahnya tegas tetapi 'sporting'.
MANJA...Ramona menganggap ayahnya tegas tetapi 'sporting'.

DEMI memenuhi harapan ibu bapanya yang mahu Ramona Zam Zam, 22, menjadi insan terpelajar, dia sanggup mengorbankan keinginannya sendiri. Dia banyak mendapat tawaran untuk melakonkan watak utama, tetapi dengan rela hati terpaksa menolaknya dan minta diberikan watak kecil saja kerana tidak mahu mengganggu jadual pengajiannya di Kolej Segi dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan pada peringkat diploma.

Menurut Ramona, dia tidak kesal jika perjalanannya dalam dunia lakonan agak perlahan jika dibandingkan dengan rakan seangkatannya seperti Anzalna, Neelofa ataupun Izara Aishah kerana dia ada tujuan lain dalam hidupnya selain berlakon.

  • Foto

  • Foto

Meskipun begitu, dia bersyukur kerana tawaran berlakon selalu ada dan peminat mula mengenalinya. Antara drama lakonannya, Nilapura, Begitukah Cinta, Nora Elena dan Kali Kedua.

Dramanya yang lain bakal disiarkan Tart Untuk Kakak, Tanah Kubur, Cikgu Kemisah Kirby, Chef Cinta dan Jangan Tak Pulang (drama raya). Filem sulung lakonannya pula Sepah The Movie.


"Saya rela ketinggalan daripada mereka kerana saya tak mahu pelajaran saya terjejas. Saya meminati dunia seni sejak kecil, tetapi saya juga perlu menghormati dan memenuhi harapan emak serta ayah. Ketika masih bersekolah, mereka tahu saya meminati bidang seni dan tidak pernah menghalang asalkan saya tidak mengabaikan pelajaran.


"Ketika belajar dalam tingkatan dua, saya berlakon dalam filem Castello terbitan Suhan Movies memegang watak bernama Juliet, tetapi selepas itu saya berhenti kerana emak dan ayah mahu saya memberi tumpuan kepada pelajaran terlebih dulu. Selepas habis peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), barulah saya kembali ke pentas lakonan.

"Bagaimanapun, selepas diterima masuk ke kolej, saya terpaksa memperlahankan rentak kerana tak mahu kesibukan berlakon mengganggu pengajian. Hanya ada satu semester saja lagi dan insya-Allah pengajian akan tamat pada September ini. Saya bercadang untuk menyambung pengajian pada peringkat seterusnya dan ada juga terfikir untuk menimba pengalaman belajar di luar negara.

"Apa yang saya lakukan ini adalah demi masa depan saya kerana sedalam mana pun rasa cinta saya terhadap dunia seni, pasti suatu hari nanti akan bernoktah jua. Dengan adanya pendidikan saya tidak perlu bimbang lagi kerana saya boleh menggunakan ilmu yang ada pada bila-bila masa saya," katanya.

Tambah Ramona, watak wanita baik sentiasa melekat dengan dirinya seperti wanita dianiaya dan ditipu suami.

"Ada yang kata, wajah saya ini nampak baik dan watak itu sesuai dengan saya. Sebenarnya saya lebih suka membawakan watak jahat kerana banyak aksi yang boleh saya pamerkan kerana kalau pegang watak baik, ia macam itu sajalah.

"Pun begitu saya pernah juga diberikan watak pelajar kolej, jadi ibu dan anak yang nakal. Kebanyakan watak sudah dicuba tetapi watak idaman saya ialah pembunuh psiko. Saya suka menonton filem seram dan drama penyiasatan Inggeris dan daripada situlah saya idaman watak sebagai sebegitu.

"Saya dapat rasakan mesti menarik kalau pelakon wanita yang membawakan watak itu. Kepada pengarah di luar sana, saya sedia mencuba apa saja watak," katanya.

Walaupun Ramona atau pemilik nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, dibenarkan orang tuanya menjadi anak seni tetapi mereka tidak melepaskannya begitu saja, bebas melakukan apa sapa sesuka hatinya.

"Saya sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh emak dan ayah. Walaupun ayah seorang yang tegas tetapi pada masa sama dia juga 'sporting' dan tidak pernah menghalang minat saya malah sentiasa memberikan sokongan.

"Sebelum saya bergelar artis, emak yang berkhidmat sebagai guru di Ipoh, Perak. Selepas saya berlakon, ayah minta emak bertukar mengajar di Kuala Lumpur (KL) kerana ayah tidak mahu saya tinggal seorang diri di KL, bimbang orang akan mudah menabur fitnah terhadap saya dan dia juga mahu keselamatan saya terjamin.

"Sampai ke tahap itu emak dan ayah sanggup berkorban kerana saya. Jadi sebagai balasan saya kena menjaga diri dan nama baik mereka. Itu jugalah yang diminta
oleh ayah agar tidak menconteng arang ke muka orang tua. Apabila tinggal dengan emak saya pun rasa selamat.

"Ayah yang sekarang bertugas sebagai Pengurus Kem PLKN Sentosa, Tapah, Perak terpaksalah berjauhan dengan emak seketika. Ayah akan balik ke KL dalam dua tiga hari sekali, " kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Sempena sambutan Hari Bapa esok, Ramona bercadang untuk membawa keluarganya keluar makan malam. Dia juga mendoakan agar bapanya sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan usia, dilapangkan rezeki, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat serta diberkati Allah selalu.

"Tiada orang lain sebaik dan semulia hati ayah. Dia sanggup berkorban untuk melihat anaknya bahagia," katanya.

Seperkara lagi yang menarik mengenai pelakon jelita ini, selain bahasa Inggeris dia juga fasih berbahasa Mandarin dan Hokkien kerana belajar di sekolah Cina sejak tadika lagi.

"Saya juga boleh menulis dalam bahasa Cina dan ketika belajar di Sekolah Menengah Teknik, Manjong, Perak saya menduduki peperiksaan SPM untuk kertas bahasa Cina," katanya yang melaram dengan baju dari butik O'oi Couture.


Harapan bapa

SEJAK kecil lagi bapa Ramona, Mohd Zam Zam Mohd Ashraf, 64, menyedari minat anaknya dalam bidang seni dan dia tidak sampai hati untuk menghalangnya. Namun sebagai bapa, dia selalu mengingatkan anak kesayangannya itu supaya berhati-hati.

"Saya tidak menghalangnya berlakon tetapi jangan lupakan pelajaran kerana itu aset penting dalam hidup kita. Saya mahu dia jadi insan terpelajar. Dalam bidang seni pula saya harap dia dapat mengikut jejak langkah Datuk Siti Nurhaliza yang bijak menjaga imej dan penampilan. Seorang lagi artis yang menjadi kebanggaan saya ialah Rosyam Nor. Mereka adalah dua anak seni yang berjaya dalam kerjaya dan juga kehidupan," katanya.

Menurut Zam Zam, sejak kecil Ramona juga suka membaca terutama novel Inggeris dan mengikut minat ibunya (Rusmawati Mohd Yusof, 52) suka melukis.

"Kalau kita bawa dia ke pusat beli belah, senang kerana kalau dia terjumpa kedai buku, dia akan ambil buku dan duduk di satu sudut membacanya sehingga habis. Apabila saya dan ibunya selesai membeli barang, kami akan mencarinya di situ. Oleh kerana dia terlalu suka membaca, setiap hari diminta belikan buku.

"Sampai sekarang dia tidak boleh tinggalkan hobinya membaca. Sebagai bapa, saya selalu mendoakan kesejahteraan, kejayaan dan kebahagiaannya serta dikurniakan jodoh yang baik," katanya yang pandai bermain silap mata.

Ebby Yus Enggan Tegur Sikap Biadap Pelawak Muda

Posted: 16 Jun 2012 04:49 AM PDT

Ebby Yus

KUALA LUMPUR: Pelawak Ebby Yus mengambil pendekatan untuk tidak menegur sikap biadap segelintir pelawak baru terhadap artis lama walaupun dia berasa terkilan dengan keadaan itu.

Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, berkata dia tidak mahu menegur sikap negatif tersebut kerana golongan itu sudah dewasa dan boleh berfikir sendiri mengenai tindak-tanduk mereka.

"Saya perhatikan ada segelintir pelawak muda yang bersikap biadap dan memandang remeh pada golongan artis lama kerana beranggapan mereka sudah hebat dan popular. Bagi saya, aspek adab dan tatasusila patut ada pada setiap individu.

"Ketika saya atau artis-artis senior lain baru mula bertapak dalam bidang seni dulu, kami sangat menghormati artis yang lebih senior daripada kami. Sayangnya, perkara itu tidak dimiliki segelintir artis muda.

"Tidak perlulah saya tegur mereka apabila bersikap begitu di depan orang lain kerana masing-masing sudah besar dan boleh berfikir sendiri," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Ditanya adakah sikap negatif artis pelapis itu berpunca daripada layanan dan keutamaan stesen televisyen dan penerbit yang 'memanjakan' mereka, Ebby Yus berkata dia menyedari perkara tersebut tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menyesuaikan diri dengan keadaan.

Aksi Ebby Yus ketika rakaman program Karoot Komedia X di Kompleks Studio Merdeka Finas dekat sini, baru-baru ini.

"Sikap dwistandard antara artis lama dan baru oleh stesen televisyen dan penerbit adalah lumrah dalam budaya dunia hiburan tanah air. Soal artis baru menjadi besar kepala kerana dimuakan bergantung kepada individu itu sendiri tetapi tidak semua bersikap begitu.

"Sebagai pelakon yang masih mencari rezeki dalam bidang ini, saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan, menjaga prestasi kerja dan bersaing secara sihat agar terus relevan dengan perkembangan dunia hiburan pada hari ini," luahnya yang menceburi bidang seni sejak 1983.

Terbaru, Ebby Yus yang sedang terlibat dalam sesi rakaman Karoot Komedia X untuk Astro Warna berkata, pembabitan dalam program komedi muzikal itu tidak sukar kerana ia tidak banyak berbeza daripada Karoot Komedia yang disertainya sebelum ini.

"Komitmen dalam Karoot Komedia X tidak banyak berbeza daripada Karoot Komedia sebelum ini. Formatnya masih sama, cuma pada kali ini ia berskala lebih besar. Kami menggunakan skrip diberikan sebagai panduan kerana kebanyakan jenaka dilakukan secara spontan," kongsinya.

Karoot Komedia X yang disiarkan sebanyak 12 episod itu turut menampilkan Johan (Raja Lawak), Jep (Sepahtu) dan Yus (Raja Lawak) sebagai pelakon utama.

Barisan artis jemputan pada setiap episod pula antaranya AR Badul, Didie Alias, Fouziah Gous, Nabil Ahmad, Tasha Shilla, Anzalna, Neelofa dan Marsha.

Ia ditayangkan bermula 8 Jun lalu pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Ibu siram air panas

Posted: 16 Jun 2012 04:47 AM PDT

SAKIT...mangsa terlantar di Hospital Miri selepas disimbah air panas.
SAKIT...mangsa terlantar di Hospital Miri selepas disimbah air panas.

MIRI: Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.

Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja.

Geng samseng gempur sekolah

Posted: 16 Jun 2012 04:46 AM PDT

SIASAT...pegawai dan anggota polis menjalankan siasatan di sekolah berkenaan.
SIASAT...pegawai dan anggota polis menjalankan siasatan di sekolah berkenaan.

KAJANG: Sekumpulan lebih 40 remaja bersenjatakan kayu, batang besi, cota dan topi keledar bertindak samseng ketika menyerang 30 pelajar sebuah sekolah menengah di sini, yang keluar melalui pintu pagar selepas selesai waktu persekolahan, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, lebih 10 pelajar cedera manakala seorang guru kanan sekolah itu luka teruk di kepala akibat dibaling dengan topi keledar ketika cuba meleraikan pergaduhan terbabit selain dua motosikal rosak teruk.


Kejadian dipercayai berlaku akibat salah faham antara kumpulan remaja samseng terdiri daripada bekas pelajar sekolah berkenaan yang dibuang sekolah bersama kumpulan rakan dewasa mereka dengan beberapa pelajar sekolah itu.

  • Foto

    TENGGELAM...topi keledar dipercayai digunakan dalam serangan terbabit.

  • Foto

    HANCUR...serpihan motosikal dipercayai milik kumpulan terbabit yang rosak.

Saksi kejadian yang juga pekerja sekolah berkenaan berkata, pergaduhan itu berlaku sebaik sesi pagi persekolahan tamat dan pelajar keluar dari perkarangan sekolah sebelum diserang kumpulan remaja samseng yang menunggu mereka di luar pagar.


"Sebaik beberapa pelajar yang dipercayai menjadi sasaran kumpulan terbabit keluar dari pintu pagar, semua remaja yang berkumpul di luar itu menyerang mereka menggunakan senjata.


"Keadaan semakin kecoh dan ganas apabila puluhan pelajar lain yang berada di kawasan sekolah keluar membantu rakan mereka yang diserang," katanya yang ditemui di tempat kejadian, semalam.

Katanya, kejadian itu dimaklumkan kepada seorang guru kanan sekolah yang kemudian cuba meleraikan pergaduhan dengan menarik pelajar masuk semula ke kawasan sekolah.


"Guru itu cuba meleraikan pergaduhan dan menarik beberapa pelajar yang membelasah seorang daripada kumpulan terbabit.

"Ketika dia (guru) ingin membantu seorang remaja samseng yang terbaring atas jalan akibat dibelasah teruk, tiba-tiba seorang daripada kumpulan yang bergaduh itu membaling topi keledar dengan kuat ke arah guru berkenaan hingga terkena kepalanya," katanya.


Menurutnya, kumpulan remaja yang melakukan serangan itu bertempiaran lari selepas beberapa anggota polis bermotosikal menuju tempat kejadian dan guru serta beberapa pelajar yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.

Mudahkan pengguna

Posted: 16 Jun 2012 04:45 AM PDT

CANGGIH...Hew menunjukkan komputer yang dipamerkan di kedai konsep Toshiba.
CANGGIH...Hew menunjukkan komputer yang dipamerkan di kedai konsep Toshiba.

TELE Dynamics Sdn Bhd (TDSB), pengedar tunggal produk Toshiba di negara ini merancang membuka kedai konsep Toshiba di setiap negeri bagi menawarkan produk lengkap kepada pengguna pada masa depan.

Ketika ini, kedai konsep pertama dibuka di Plaza Low Yat, Bukit Bintang dengan kerjasama Toshiba Singapore Digital Products & Service Group (DS) membabitkan pelaburan kira-kira RM200,000.


Pengurus Besar Bahagian Komputer Peribadi TDSB, Roy C K Hew berkata, kedai konsep itu menjual rangkaian lengkap komputer peribadi (PC), komputer riba dan aksesori berkaitan seperti projektor, pemacu keras mudah alih, perakam Camileo, tetikus dan papan kekunci.

Katanya, pada masa sama, pihaknya melancarkan pusat servis lengkap di tingkat empat pusat beli-belah itu bagi kemudahan pelanggan membaiki komputer yang rosak membabitkan pelbagai model notebook termasuk model premium seperti rangkaian komputer Ultrabooks, Qosmio dan Portege.


"Ketika ini, kami mempunyai dua kedai konsep di Johor dan kami akan berbincang dengan pemilik kedai berkenaan untuk tujuan pengubahsuaian mengikut standard kedai konsep dipraktikkan di negara Asia lain.


"Walaupun tidak mahu menetapkan sasaran jualan, kami mahu terus mempertahankan kedudukan di tempat ketiga dari segi jualan tahun ini," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian kedai konsep Toshiba di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Penolong Pengurus Bahagian Pengedaran Asia Tenggara dan Selatan, Toshiba Singapore Pte Ltd, Evelyn Lim berkata, pihaknya sudah membuka beberapa kedai konsep Toshiba di beberapa negara Asean seperti Thailand, Singapura, Filipina dan Kemboja.


Katanya, pemilihan kedai konsep itu dilakukan dengan kerjasama pengedar atau pemilik kedai berkenaan dalam usaha meningkatkan jualan dan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Nilai tidak akan jatuh

Posted: 16 Jun 2012 04:42 AM PDT

MENARIK...rekaan busana songket kontemporari  dengan gabungan pelbagai aksesori menarik.
MENARIK...rekaan busana songket kontemporari dengan gabungan pelbagai aksesori menarik.

INGIN memartabatkan budaya busana tradisional masyarakat Melayu, penggunaan songket dan batik sebagai fabrik utama dalam setiap rekaan nyata satu usaha yang patut dibanggakan.

Walaupun masih menggunakan rekaan busana tradisional seperti kebaya, ia diubah suai dengan memberikan sentuhan moden agar lebih menepati perkembangan fesyen terkini.

  • Foto

    INDAH...penggunaan benang kain yang berlainan memberikan kombinasi menyerlah pada busana songket.

  • Foto

    CIRI TRADISI...masih mengekalkan ciri busana tradisi walaupun diberikan sentuhan moden.

  • Foto

    CANTIK...kombinasi putih dan hitam menyerlah gaya serta seri pengantin.

Itulah antara kelebihan yang diketengahkan butik pengantin Seri Jemari Songket (SJS) kepada bakal raja sehari yang ingin tampil anggun menggayakan busana tradisional Melayu pada hari bersejarah mereka.

Pemilik butik berkenaan, Joosaidy Johari, berkata sungguhpun memberikan pilihan tradisional untuk digayakan pasangan bakal raja sehari, bentuk dan rekaan gayanya perlu mengikut perkembangan fesyen terkini.


"Saya ingin kembali menjadikan songket sebagai pilihan busana terbaik kepada pasangan raja sehari serta semua penggemar fesyen tempatan kerana kualiti yang tinggi dalam setiap penghasilan songket.


"Ia satu bahan yang boleh disimpan untuk satu jangka masa lama walaupun tidak digunakan lagi. Malah nilainya juga tidak akan jatuh seperti barangan sedia ada di pasaran," katanya yang sentiasa mencari idea baru yang lebih praktikal bagi menghasilkan rekaan busana berasaskan songket bermutu agar ia kembali diminati penggemar fesyen tempatan.

Masih lagi menggunakan rekaan bunga tabur dan bunga penuh untuk corak pada songket, bentuk terbabit mula dipelbagaikan bagi membolehkannya bersaing dengan rekaan terkini.

Tidak dinafikan harga bagi sepersalinan songket agak mahal tetapi keanggunan yang dibawa apabila mengenakan busana berkenaan memberikan kepuasan tidak terhingga kepada penggemarnya.

"Adakalanya penggunaan motif tradisi terbabit tidak disesuaikan dengan individu yang menggunakannya hingga menenggelamkan gaya dan menampakkan pemakaian songket seperti tidak bersesuaian.

"Ini disebabkan saiz badan setiap individu tidak sama oleh itu, bentuk bunga penuh sesuai digayakan mereka yang memiliki tubuh langsing dan kurus. Pilihan motif bunga tabur pula sesuai untuk mereka yang berbadan agak berisi kerana ia boleh menghasilkan 'bayangan' bentuk badan yang lebih kecil," katanya ketika ditemui di butiknya di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Butik berkenaan turut menyediakan pilihan menarik batik untuk disesuaikan dengan bentuk rekaan busana bagi memberikan kelebihan kepada penggemarnya.
Antara kelainan yang ingin diketengahkan adalah penggunaan batik kapas dan batik opel yang boleh dipelbagaikan bentuknya.

"Saya memilih gabungan kain sebegini kerana ia lebih memberikan keselesaan kepada pengguna terutama bagi memberikan rasa lebih sejuk dalam keadaan persekitaran yang panas.

"Ada individu tidak menggemari penggunaan batik kerana kainnya yang mudah renyuk tetapi ia berbeza jika koleksi batik kapas dan batik opel menggunakan kain berkualiti tinggi," katanya.

Dia yang turut terbabit dalam persiapan pakaian kakitangan dan pegawai istana dalam istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, baru-baru ini, berkata banyak menggunakan songket tenunan tangan dari Terengganu untuk tengkolok, bengkung dan sampin yang dipakai ketika pertabalan itu berlangsung.

"Songket yang dihasilkan dengan tenunan tangan adalah koleksi terbaik yang boleh dimiliki kerana setiap bentuk dan corak terhasil lebih bermutu dan kualitinya terjaga.

"Bukan bermakna pembuatan menggunakan mesin tidak bermutu tetapi kehalusan dan ketelitian tenunan tangan lebih memberikan kepuasan terutama kepada penggemar busana berasaskan songket," katanya.

Harga diri Zhang Ziyi

Posted: 16 Jun 2012 04:41 AM PDT

  • Foto

  • Foto

Ikrar tuntut keadilan isu skandal seks

"TIDAK kira apa juga harganya, saya akan menuntut keadilan dan meneruskan perjuangan ini hingga ke garis akhir."
Itu antara janji yang diikrar Zhang Ziyi ketika isu skandal seks mengaitkan dirinya dengan beberapa pemimpin berpengaruh dan ahli perniagaan China hangat diperkatakan akhir Mei lalu.
Sudah bertahun saya berada dalam industri dan ramai yang menjadi saksi pencapaian saya. Saya begitu menyintai karier lakonan, malah menghargai setiap detik yang saya lalui. - Zhang Ziyi
Enggan berdiam diri atas fitnah yang mencemar maruah dan nama baiknya, Isnin lalu, Ziyi memfailkan saman terhadap akhbar utama Hong Kong, Apple Daily dan terbitan mingguannya, Next Magazine yang menyiapkan laporan dia menjual diri kepada pegawai atasan China, seorang daripadanya ialah bekas ahli politik berpengaruh, Bio Xilai.

Dalam tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Hong Kong menyatakan Ziyi, 33, berdepan kesedihan dan tekanan hebat ekoran penyiaran berita berbentuk fitnah itu, lantas memaksanya menuntut ganti rugi atas kesulitan yang dialami.

Saman itu menamakan Apple Daily Ltd, Next Magazine Publishing Ltd dan pengarangnya sebagai pihak bertanggungjawab terhadap penyiaran berita yang mendakwa aktres kelahiran Beijing, China itu menerima bayaran mencecah RM347 juta sepanjang lebih 10 tahun mereka menidurinya.

Apple Daily dalam satu artikel yang diterbitkan pada 29 Mei lalu melaporkan Ziyi sebagai 'pelacur' dengan menjual diri kepada Bo dan rakannya, Xu Ming untuk mendapatkan wang.
Tuntutan saman itu juga menafikan dakwaan pelakon Crouching Tiger Hidden Dragon dan Memoir of A Geisha pernah dipanggil untuk soal siasat berkaitan dakwaan rasuah terhadap Bo, malah menegaskan Ziyi tidak pernah dihalang meninggalkan China.

Ziyi juga memohon injunksi untuk menghentikan penerbitan semula berita itu daripada dua akhbar yang dimiliki Next Media Ltd, selain memfailkan satu lagi saman berasingan terhadap sebuah laman berita yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

"Saya tidak akan berdiam diri, malah berusaha untuk membersihkan nama tidak kira apa juga harganya. Saya mahu keadilan ditegakkan menerusi saluran perundangan.

"Saya mahu mereka yang tidak bertanggungjawab menerima padahnya," kata Ziyi dipetik sebagai berkata ketika ditemui wartawan pada sidang media, Anugerah Media Filem China Ke-12 di Haikou, China.

Pendedahan itu mendapat perhatian dunia, memaksa Ziyi yang menembusi dunia lakonan menerusi filem, The Road Home pada 1999 segera menafikan fitnah dia ditiduri Bo lebih 10 kali antara 2007 dan 2011 dengan menerima RM3.18 juta setiap kali bersama.

Pendedahan itu bagaimanapun diragui ramai kerana status Ziyi sebagai aktres kelas A, selain pernah beraksi dalam himpunan filem pecah panggung di China dan antarabangsa tidak memerlukannya menjual tubuh untuk mendapatkan wang.

Filem terbarunya, Dangerous Liaisons diberi penghormatan untuk ditayangkan di acara berprestij, Festival Filem Cannes namun Ziyi gagal hadir, menimbulkan spekulasi dia tidak dapat keluar dari China kerana sedang disiasat.

Ziyi bagaimanapun menafikan dakwaan itu, sebaliknya menegaskan ketika dia terikat dengan penggambaran filem terbarunya membuatkan dia terpaksa menolak tawaran ke Cannes.

"Sudah bertahun saya berada dalam industri dan ramai yang menjadi saksi pencapaian saya. Saya begitu menyintai karier lakonan, malah menghargai setiap detik yang saya lalui.

"Terlalu banyak dugaan yang datang untuk menggugat saya, namun saya masih teguh berdiri. Saya percaya perkara ini akan menemui titik penyelesaiannya nanti.

"Saya akan memaklumkan setiap perkembangan isu ini nanti. Cuma tunggu dan lihat. Saya percaya, keputusannya nanti akan memberikan kepuasan kepada diri saya," katanya.

Segelintir pihak melihat Ziyi sebagai mangsa terbaru dalam kempen yang dilakukan Parti Komunis untuk memusnahkan pengaruh Bo yang disingkirkan sebagai ketua parti Chongging pada Mac lalu, seterusnya digugurkan dari Politburo sebulan selepas itu.

Isteri Bo, Gu Kailai dilaporkan disyaki sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap satu kes pembunuhan ahli perniagaan British pada November lalu.

"Tuntutan saman ini menjadi titik permulaan perjuangan kami untuk mempertahankan haknya dari segi undang-undang. Keadilan pasti ditegakkan nanti," kata jurucakap aktres berkenaan.

Bagaimanapun, sumber dalaman dari industri perfileman berkata, sikap sebahagian besar aktres yang menyinggung perasaan masyarakat menyebabkan timbul pelbagai gosip kurang enak mengenai mereka.

Sama ada benar atau sebaliknya, kebanyakan peminat mempercayai sebahagian besar mereka yang menempa nama dalam industri hiburan bersedia melakukan apa saja untuk berjaya.

Biarpun dinasihati mereka yang rapat dengannya supaya berdiam diri dan tidak memberi kenyataan balas, Ziyi tetap bersuara mempertahankan dirinya.

"Sekiranya penipuan dibiarkan berleluasa, apa juga tuduhan palsu akan nanti dilihat sebagai satu kebenaran," katanya dalam surat terbuka yang dimuat naik dalam blog rasminya.

Ziyi yang pernah menjalin pertunangan dengan lelaki berdarah Amerika-Israel, Vivi Nevo pada 2008 sebelum berpisah pada 2010, percaya fitnah itu disebarkan oleh pihak yang kurang senang dengan kejayaannya.

"Ia bukan fitnah pertama yang dilemparkan kepadanya oleh media hanya untuk memenuhi keinginan orang lain mencapai kejayaan sepertinya," kata satu sumber.

Yadim ceriakan Muslim Kemboja

Posted: 16 Jun 2012 04:39 AM PDT

Kanak-kanak Islam Kampung Rakapram, Wilayah Kampung Cham, Kemboja bergambar dengan Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan NGO Malaysia selepas menerima bantuan kewangan daripada rakyat Malaysia, baru-baru ini.

MEMBERI kepada yang memerlukan adalah nikmat yang cukup besar kepada penerima dan juga penderma.

Begitulah sepatutnya persaudaraan sesama Islam. Yang berada memberi kepada yang kurang bernasib baik sebagaimana yang ditunjukkan oleh kaum Ansar dan Muhajirin pada peristiwa Hijrah bersama Nabi Muhammad SAW.

Kaum Ansar bukan sahaja menawarkan sebahagian harta mereka kepada saudara Muslim dari Mekah, malah turut sanggup menyerahkan salah seorang isteri mereka.

Inilah indahnya persaudaraan kental sesama Islam sebagai mana yang dijelaskan menerusi hadis Nabi SAW yang antara lain bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah melebihkan rezeki sebahagian daripada kita bukan untuk bermegah-megah atau bakhil, sebaliknya ia untuk dikongsi bersama dengan orang lain.

Ia sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah? (an-Nahl: 71)

Kepada penderma bukan kata-kata pujian dan sanjungan yang diharap sebaliknya senyuman dan wajah ceria penerima itulah yang memberi kepuasan.

Demikianlah gambaran suasana di Kampung Rakapram Daerah Kampung Cham, Kemboja akhir Mei lalu.

Keceriaan dan kegembiraan itu berikutan penyampaian sumbangan pelbagai barang keperluan terutamanya kelengkapan solat untuk penduduk di situ.

Ia hasil inisiatif Sukarelawan Al-Falah (SAF), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

Sesungguhnya penat lelah mengumpul pelbagai sumbangan serta menempuh perjalanan darat selama kira-kira empat jam dari Phnom Penh ke Kampung Rakapram terbalas dengan sambutan hangat penduduk di situ.

Misi kemanusiaan kali ini juga mendapat sokongan Kementerian Pertahanan yang membantu menerbangkan pelbagai sumbangan yang dianggarkan mencecah dua tan melalui pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Lebih bermakna, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut serta dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk terlibat.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Datuk Taib Ali yang mengetuai delegasi Sukarelawan Al-Falah (SAF) berkata, misi kali ini adalah salah satu cara Yadim menyebar luas konsep dakwah bil hal.

Ia juga bertujuan merapatkan jurang di antara golongan miskin dan berada serta menyerap konsep taawun (bantu membantu) tanpa mengira bangsa, kaum dan negara.

"Kampung Rakapram menjadi pilihan kerana masyarakatnya perlu diberi input melalui pendidikan memandangkan kebanyakan anak-anak generasi di sini ingin belajar dan mengubah nasib masyarakat mereka agar lebih baik pada masa hadapan.

"Ia sesuai dengan fokus misi ini kepada pendidikan mengubah masa depan," katanya dalam ucapan pada majlis penyerahan bantuan tersebut.

Mastar teruja jamu juara

Posted: 16 Jun 2012 04:38 AM PDT

Pasukan Mastar Catering yang menjadi tulang belakang kejayaan majlis persandingan juara Peraduan Gerbang Cinta Musim Ke-3.

Sejak peringkat awal perbincangan lagi telah dipersetujui bahawa tanggungjawab menguruskan jamuan kenduri kahwin bagi juara Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-3, akan digalas oleh penaja jamuan, Mastar Catering.

Keputusan itu mencetuskan rasa teruja kepada pemilik syarikat katering yang semakin dikenali itu, pasangan suami isteri, Mastar Muni, 47, dan Jamilah Shahir, 43. Dua musim sebelum ini mereka hanya berpeluang mengendali majlis pemenang kedua dan ketiga.

Darjah keterujaan semakin meningkat apabila tarikh 'kenduri' semakin dekat. Namun pada masa sama berbaur rasa gementar dan berdebar bukan saja kerana ia majlis untuk juara malah mengenang lokasi di Kampung Parit Kemang Tengah, Senggarang, Batu Pahat, Johor.

"Semua orang tahu daerah Batu Pahat memang tempat tukang masak-tukang masa majlis kahwin terhebat. Malah 'guru' masak pertama saya juga orang Batu Pahat. Saya anggap tugas ini satu penghormatan dan cabaran.

"Pada masa sama saya juga perlu fikirkan kelainan memandangkan ini majlis untuk juara dan sudah tentunya tetamu mahu melihat sesuatu yang hebat," kata Mastar atau lebih mesra dengan panggilan Wak Mastar jujur.

Begitupun melihat hasil kerja Mastar Catering sebelum ini, penganjur peraduan dan penaja-penaja lain tidak gusar dengan keupayaan Wak Mastar, lebih-lebih lagi beliau memang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.

Justeru pada Ahad lalu (10 Jun), menyaksikan Wak Mastar mengotakan janji melaksanakan misinya menjadikan majlis persandingan juara GC Ke-3, Mohd. Firdaus Mohd. Fauzi, 27, dan Nur Syafiqah Mohamed, 25, penuh gilang-gemilang.

Begitupun kerja-kerja Wak Mastar dan isterinya, Jamilah, serta 15 pembantunya termasuk anak-anaknya, bermula seawal petang Jumaat lagi.

Petang itu beliau bagai memindahkan dapur utama Mastar Catering yang biasanya beroperasi di Taman Impian Ehsan, Serdang, Selangor, ke lokasi kenduri.

Selain bahan-bahan mentah untuk masakan, segala kelengkapan dapur daripada tungku, tong gas, kawah, pinggang mangkuk hinggalah kira-kira 10 biji periuk besar dipunggah keluar.

"Memang amalan biasa kalau buat katering di luar daerah, tapi kali ini sekala lebih besar dan paling jauh. Boleh dikatakan dapur kami di Serdang kosong," katanya dengan nada gurau.

Semangat dan kesungguhan pasangan suami isteri itu untuk menjadikan majlis sang juara gilang-gemilang dan lain daripada lain sememangnya begitu ketara.

Khusus untuk majlis itu sahaja, mereka mengeluarkan 'duit poket' sendiri membeli lapan khemah atau kanopi baru serba putih berbumbungkan ala-Arab dengan dihiasi skalop dan lampu-lampu candelier.

Kata Wak Mastar, pilihan warna dan hiasan khemah mengikut warna tema majlis persandingan iaitu putih gading.

Selain itu, mereka juga menyediakan lapan unit penghawa dingin mudah alih yang diletakkan di khemah agar pengunjung dapat menikmati jamuan dengan selesa.

"Selaku pemenang pertama mereka layak diraikan dalam suasana meriah. Ia juga sebagai penghargaan kepada Mastar Catering kerana diberi kepercayaan menyediakan hidangan untuk pemenang pertama.

"Orang di sini sudah biasa dengan masakan-masakan sedap ketika majlis kahwin. Ini juga cabaran untuk saya dalam memastikan makanan yang disediakan nanti menepati selera dan cita rasa mereka.

"Keadaan itu tidak menjadi halangan atau melemahkan semangat kami, malah persediaan rapi telah dilakukan sebulan lebih awal dari tarikh majlis berlangsung," kata Wak Mastar.

Menurutnya lagi, dengan lebih 1,500 tetamu yang diundang oleh tuan rumah, pada hari itu, beliau memperuntukkan 130 kilogram beras basmathi Mongul yang berkualiti selain 200 ekor ayam dan lebih 130 kilogram daging sebagai bahan utama.

"Jika jumlah jemputan yang datang melebihi yang ditetapkan, kami juga sudah bersedia seperti barangan mentah yang hendak dimasak mencukupi," katanya.

Tambah beliau, seperti biasa masakan istimewa untuk hidangan pada majlis tersebut iaitu nasi minyak kukus dinikmati bersama ayam goreng berempah, rendang Palembang, sambal sotong istimewa Mastar, dalca dan acar buah.

Tidak ketinggalan beliau turut menyediakan sudut sajian pencuci mulut yang terdiri daripada pelbagai jenis kuih Melayu, bubur kacang perasa durian, buah-buahan dan teh tarik.

Apa pun yang menjadi perhatian sudah tentunya nasi minyak kukus yang sememangnya menjadi kepakaran Mastar Catering.

"Nasi dihidang dalam tong kayu dan diletak atas air kukusan supaya kekal panas sepanjang masa. Itu antara keistimewaan kami," katanya.

Kata Wak Mastar lagi, nasi peroi dalam keadaan panas sebenarnya amat penting supaya setiap tetamu puas hati untuk menikmatinya bersama dengan lauk-pauk.

Beliau juga amat menitik beratkan soal kualiti daripada peringkat memasak hinggalah kepada cara hidangan.

Untuk itu beliau bersama isteri mengetuai sendiri kerja-kerja memasak yang bermula tengah malam hinggalah membawa ke awal pagi pada hari persandingan.

Ini katanya, bagi memastikan lauk-pauk segar, bersih, tidak tercemar serta dijamin selamat untuk dimakan.

"Teknik penyediaan dari mula memilih bahan mentah hingga kepada memasak yang kami amalkan menjadikan lauk-pauk yang disediakan boleh tahan lama dan segar.

"Selain nasi yang dikukus, rendang Palembang juga dimasak mengikut masa yang tepat manakala ayam goreng berempah digoreng sepanjang majlis berlangsung supaya dapat dihidangkan panas-panns," katanya.

Katanya, Mastar Catering yang ditubuhkan sejak tahun 1983 sedia menerima tempahan untuk sebarang dengan menghubungi beliau menerusi talian 016-6725543 atau Mastar Care Line 1700805543 atau layari www.mastarcatering.com.

Latah bagai nak tercabut nyawa

Posted: 16 Jun 2012 04:37 AM PDT

Jurumiah mudah melatah apabila diusik.

UDAH-udahlah... jangan diusik lagi," rayu Jurumiah Ngah Mat Don, 76, yang sering menjadi mangsa usikan rakan-rakan dan sanak saudara serta keluarga yang mengetahui tabiat melatahnya.

Kata warga emas ini, tabiat melatah itu menjadikan dia penat sekiranya berterusan diusik.

Tinggal bersama anaknya di sebuah rumah di Kampung Enggor, Kuala Kangsar, Perak, Jurumiah yang mengambil upah membuat bantal dan tilam kekabu daripada penduduk setempat mengakui tidak menyukai sekiranya ada individu yang mengusiknya.

"Mak cik mudah, kalau tidak ada orang usik, tak adalah melatah, tapi ramai benar yang suka mengusik.

"Mak cik tak boleh terkejut langsung. Kalau terkejut, latahlah mak cik biarpun sekejap," katanya dalam loghat Perak yang tebal.

Jurumiah memberitahu, dia mula kuat melatah sejak tujuh atau lapan tahun lepas selepas sering diusik oleh anak sulungnya.

Bermula dari situ, dia mula melatah dan tabiatnya semakin menjadi-jadi terutama setelah kematian suaminya beberapa tahun lalu.

Apabila ditanya apa yang terjadi sewaktu dia melatah, Jurumiah berkata, pada waktu itu dia tidak ingat apa-apa, sedar-sedar dia ditenangkan oleh seseorang barulah dia dapat berfikir kembali.

"Mungkin orang kata melatah buat orang lagi ketawa bila tengok kita tapi tiada siapa yang suka melatah. Mak cik pun tidak mahu," katanya yang tidak tahu apa yang telah disebut atau di lakukannya ketika sedang melatah.

Tambahnya, dia sering menjadi mangsa usikan ketika berkumpul bersama keluarga mahupun jiran tetangga yang bertandang ke rumah atau ketika majlis seperti kenduri dan sebagainya.

Sementara itu adik kepada Jurumiah, Ahamed Soffian Mohd. Don, 71, memberitahu, dahulu kakaknya tidak sekuat melatah seperti sekarang.

"Sekarang pantang ada benda jatuh atau meletup berhampirannya dia akan melatah.

"Kucing melompat pun dia melatah apatah lagi jika diusik orang," katanya yang tinggal berhampiran dengan rumah kakaknya itu.

Ahamed Soffian atau lebih dikenali dengan nama Pak Yan berkata, kakaknya itu sering menjadi mangsa usikan sekiranya ada yang tahu mengenai sikap latahnya itu.

Keadaan itu membuat kakaknya mengelak daripada menghadiri majlis keraian di kampung kerana tidak mahu orang lain mengambil kesempatan atas tabiatnya itu, selain mengalami sedikit masalah kesihatan.

"Kakak saya ni bila dia begitu (melatah) kita tengok terhibur juga. Jangan bagi dia terkejut. Kalau orang tidak usik pun dia akan melatah juga sekiranya ada benda-benda yang membuatnya terkejut," katanya.

Apabila ditanya berapa lama apabila mak cik Jurumiah sesekali melatah, Pak Yan memberitahu, ada sekejap, ada yang lama dan paling lama sampai 20 minit, itupun kerana dia diusik berterusan.

Katanya, apabila kakaknya melatah dia tidak akan sedar langsung apa yang dibuat dan disebutnya.

"Tapi saya tidak suka mengusik dia. Saya tidak pernah membuat dia melatah. Saya juga nasihatkan anak-anak saya dan keluarganya agar jangan selalu buat dia melatah. Tidak baik. Dia tentunya tidak suka biarpun kita ketawa melihatnya.

"Saya sebenarnya kasihan melihat dia dalam keadaan dirinya yang tua dan kesihatannya yang tidak menentu apabila diusik dan melatah.

"Selalunya saya yang akan mengawal keadaan agar dia tidak melatah kerana bila sudah mula melatah susah nak berhenti," katanya.

Apabila diajukan Pak Yan pertanyaan mengenai tidak ramai individu yang dilihat melatah sekarang, dia berkata, tidak seperti dahulu orang melatah sering dijumpai di majlis-majlis keraian dan perkahwinan berbanding sekarang semakin berkurangan.

"Apa yang tinggal sekarang mungkin hanya generasi tua yang melatah. Di kampung ini pun setahu saya kakak saya saja yang paling kuat melatah, tiada lagi orang lain yang melatah di sini.

"Setakat bercakap sikit-sikit, opocot itu ini... itu bukan latah. Itu buat-buat latah. Kalau nak tengok latah yang sebenar... tengoklah tingkah laku kakak saya ketika dia melatah," katanya mengakhiri perbualan.

Rahim menduda demi Arash

Posted: 16 Jun 2012 04:36 AM PDT

Abdul Rahim tidak kekok menyediakan sarapan sebelum anaknya pergi ke sekolah.

Sebagaimana bapa-bapa lain, Abdul Rahim Sirat, 44, amat menantikan tibanya Hari Bapa yang disambut pada setiap Ahad minggu kedua bulan Jun.

Baginya hari berkenaan amat istimewa apabila pada masa itu anaknya, Mohamad Arash (Arash), 13, akan menghadiahkan ciuman buatnya sebelum memberikan sekeping kad buatan sendiri dengan ucapan selamat untuknya.

"Seterusnya kami akan ke kedai dan makan bersama untuk meraikan hari itu," katanya sambil memandang anaknya dengan penuh rasa sayang.

Bagi Abdul Rahim semenjak kematian isterinya, Kartina Wadi, 14 tahun lepas, dia mengambil-alih rutin isterinya itu seperti memasak, mengemas rumah serta memastikan Arash terjaga kebajikannya.

Dia yang ditemui di rumahnya di Beranang, Selangor, baru-baru ini, bercerita bagaimana dia dan isteri dipertemukan oleh keluarga dan kemudian dinikahkan pada tahun 1998.

"Pendek kata saya dan arwah isteri mula bercinta selepas kami berkahwin. malangnya dia yang berusia sepuluh tahun lebih tua dari dijemput Ilahi akibat sakit jantung. Ketika itu usia Arash baru mencecah dua tahun," katanya.

Abdul Rahim berkata, memandangkan anaknya masih kecil dan memikirkan perlunya perhatian seorang ibu, dia mengambil keputusan untuk berkahwin semula ketika Arash berusia lima tahun.

Sebelum itu, dia banyak dibantu oleh ibunya yang tinggal di Beranang, Selangor untuk menjaga Arash sepeninggalannya ke tempat kerja.

"Namun perkahwinan kali kedua itu hanya bertahan lima bulan kerana bekas isteri saya itu tidak boleh menerima Arash dalam hidupnya.

"Dia suka memukul Arash menyebabkan saya mengambil keputusan untuk bercerai dan menjaga Arash sendiri tanpa mengharapkan sesiapa," katanya yang bertugas di bahagian landskap di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor.

Apabila ditanya adakah Arash tidak pernah menyebut untuk mempunyai ibu sebagaimana rakan-rakan lain, Abdul Rahim menjelaskan mungkin anaknya itu fobia dengan pengalaman beribu tiri menyebabkan dia tidak pernah mengharapkan ayahnya berkahwin lagi.

Bagi Abdul Rahim, dia juga mengakui hatinya agak tertutup untuk berkahwin lagi buat masa ini kerana mahu menumpukan perhatian terhadap anaknya.

"Tidak tahulah pada masa akan datang apabila Arash sudah besar dan sudah pandai menjaga diri sendiri. Buat masa ini biarlah saya menjaganya kerana apa-apa yang berlaku dia di bawah pengawasan saya," katanya.

Dalam pada itu apabila ditanya tidakkah hatinya berasa sunyi kerana tidak diisi dengan kasih sayang seorang isteri sejak sekian lama, dia berkata, kadangkala ada juga, namun semua itu dipendam dalam lubuk hatinya.

Jika ada masa terluang, Abdul Rahim akan keluar berjalan-jalan dengan rakan-rakan untuk memastikan masanya terisi.

Waima apa pun yang dilakukan, pada setiap cuti sekolah Abdul Rahim akan membawa anak tunggalnya itu bersama-sama melakukan aktiviti.

"Kami sebenarnya tidak pernah berenggang. Anak saya minat sukan malah seorang pemain futsal di sekolah manakala saya minat bidang seni. Sekiranya ada latihan futsal saya akan menemani anak saya dan sekiranya saya ada jemputan melihat teater atau konsert, saya akan bawa dia bersama," katanya.

Apabila ditanya mengenai rutin hariannya, Abdul Rahim berkata, setiap pagi dia akan bangun lebih awal untuk menyiapkan sarapan sebelum menghantar Arash ke Sekolah Integrasi Beranang dan terus ke tempat kerja.

"Jam 5 petang Arash akan balik ke rumah ibu saya di Beranang dan pada pukul 5.30 petang saya akan mengambilnya balik ke rumah selepas habis kerja.

"Sampai di rumah saya akan masak makan malam, mengemas rumah, membasuh baju, mengemop lantai sehingga selesai semua urusan sebelum menemani Arash membuat kerja rumah kemudian tidur," jelasnya.

Istimewa buat ayah

Posted: 16 Jun 2012 04:35 AM PDT

Kandungan produk hamper yang berkualiti dan terpilih.

ALAMAK nak bagi apa ye dekat papa sempena Hari Bapa ni? Apa hadiah yang sesuai untuk diberikan kepadanya. Lagipun aku bukannya arif sangat mengenai barangan lelaki."

Ini adalah antara situasi yang sering terjadi kepada mana-mana individu yang bingung memikirkan pemberian istimewa untuk dihadiahkan kepada bapa atau suami apabila tibanya hari-hari memperingati seperti hari ulang tahun kelahiran, hari ulang tahun perkahwinan ataupun Hari Bapa.

Sekiranya anda mengalami masalah seperti ini, apa kata serahkan segalanya kepada pakar kerana mereka lebih arif mengenainya.

Apa yang perlu anda lakukan cuma sediakan bajet dan segala-galanya akan diuruskan daripada A hingga Z.

Untuk itu, Floratika Gift & Hamper, turut menyediakan perkhidmatan hamper untuk diberikan kepada yang tersayang.

Mengetengahkan kreativiti melalui rekaan, yang pasti setiap hamper yang dikeluarkan Floratika Gift & Hamper mampu menggembirakan sesiapa sahaja yang menerimanya.

Justeru itu, sempena Hari Bapa yang akan disambut Ahad ini (17 Jun), Floratika gift & hamper ada menyediakan pelbagai jenis hamper untuk dijadikan pemberian kepada suami atau bapa tersayang.

Menurut pemiliknya, Sukma Mohd. Suki, 42, Hari Bapa tidak kurang pentingnya malah ia juga antara hari istimewa yang mencatat sejarah sebagai hari mengenang jasa bapa.

Tambahnya lagi, pada hari itu, sekiranya tiada hadiah mahal memadailah dengan pemberian seadanya bagi mengingati pengorbanan mereka.

Untuk itu, katanya lagi, pihaknya ada menyediakan pelbagai jenis hamper dengan harga yang berpatutan untuk dijadikan hadiah.

"Masyarakat hari ini terutama sekali anak-anak sudah semakin mengambil berat akan hari-hari memperingati seperti hari ibu dan juga hari bapa.

"Jadi, kami di Floratika Gift & Hamper akan memudahkan lagi mereka ini dalam pemilihan hadiah.

"Secara tidak langsung kerja-kerja pembelian, pemilihan, pembungkusan serta penghantaran dapat diselesaikan serentak," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaanya yang terletak di Ukay Perdana 3, Ampang, Selangor.

Berbicara lanjut mengenai perniagaannya itu, ulas Sukma, ia telah diusahakan sejak 2004.

Malah syarikatnya tidak hanya terhad mengeluarkan hamper sempena musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Krismas. hari-hari memperingati yang lain turut disediakan hamper termasuklah majlis-majlis keraian seperti majlis cukur jambul, sambutan hari jadi dan sebagainya.

Sememangnya dikurniakan dengan daya pemikiran yang kreatif, apa yang dilakukan Sukma adalah berdasarkan minat.

Maka tidak hairanlah sekiranya Sukma mampu mengekspresikan segala kreativitinya melalui gubahan hamper yang dihasilkan.

Yang jelas setiap hamper yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri.

Ini diakui sendiri Sukma kerana setiap hamper yang dihasilkan adalah mengikut cita rasa serta permintaan para pelanggannya.

"Insya-Allah setiap hamper yang dihasilkan tidak meniru mana-mana gubahan lain dan ia sememangnya dihasilkan daripada idea sendiri," katanya lagi.

Boleh diperoleh pada harga serendah RM80 hingga RM2,500, setiap hamper yang dihasilkan juga diperbuat dan dipenuhi dengan barangan yang berkualiti.

Cukup menjaga kualiti produk keluarannya, Sukma memberitahu kebanyakan isi dalaman (hadiah) untuk pembuatan hampernya merupakan barangan tempatan tetapi bermutu tinggi.

Manakala bakul, kotak, raga ataupun tempat untuk meletakkan barangan hamper kebanyakan diperoleh dari negara luar seperti Vietnam, China dan Bali.

Kuala Kangsar, Perak, Melaka dan Terengganu pula adalah antara destinasi pilihan dalam negara untuk Sukma mendapatkan barangan tradisional seperti bakul mengkuang, kotak kayu dan sebagainya.

Membicarakan pula cara penghantaran, Sukma menjelaskan pihaknya turut menyediakan perkhidmatan tersebut ke seluruh Malaysia.

Jadi bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari blog hadiahshoppe.blogspot.com ataupun Facebook floratika.hamper. Ia juga boleh dihubungi di talian 019-7916177.

Kumpul mainan untuk amal

Posted: 16 Jun 2012 04:34 AM PDT

Program mengumpul mainan untuk didermakan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan mendapat sambutan menggalakkan.

LEBIH 300 mainan berjaya dikumpul dari tadika-tadika seluruh negara untuk rumah amal semasa kempen kutipan mainan bertemakan Jake and the Never Land Pirates, baru-baru ini.

Selain dilihat membuat amal jariah, kanak-kanak tadika ini turut mempelajari sifat-sifat pemurah semasa Jake's Treasure Chest Toy Drive iaitu acara sosial yang ditujukan kepada Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).

Sepanjang April lalu, kanak-kanak dari beberapa tadika telah menjalankan kutipan mainan lama yang masih berkeadaan baik untuk didermakan kepada Jake's Treasure Chest.

Selama tempoh tersebut, mainan yang berjaya dikumpulkan akan diberikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik atau dijual di kedai amal RACTAR untuk menjana dana bagi menampung pembelanjaan sekolah, makanan, pakaian dan barangan harian kanak-kanak tersebut.

Jake's Treasure Chest Toy Drive merupakan sebahagian daripada kempen Disney Junior yang berterusan untuk menarik perhatian peminat rancangan Jake and the Never Land Pirates dengan membawa pengembaraan Jake dan krew lanunnya ke 250 buah tadika seluruh negara.

Semasa kempen tersebut berlangsung pelbagai aktiviti dan permainan diadakan seperti nyanyian dan tarian lagu lanun serta sesi bercerita yang interaktif dan mengasyikkan.

Ia mengajar mereka tentang kerja berpasukan dan cara menyelesaikan masalah seperti yang dilakukan oleh Jake dan kawan-kawannya.

Untuk pengetahuan bersama Jake and the Never Land Pirates ialah kartun yang mengisahkan pencarian harta karun interaktif sambil dipenuhi muzik yang diketuai Jake dan rakannya Izzy dan Cubby.

Setiap episod menjejaki pengembaraan Never Land mereka di mana mereka berusaha untuk mengatasi dua watak jahat, Captain Hook dan Smee dari siri klasik Disney, Peter Pan.

Ikuti pasukan ini dalam pelayaran mereka yang hebat dalam kapal Bucky, meninggalkan tempat persembunyian mereka di Pirate Island untuk mencari harta karun.

Mesej yang dibawa adalah kerja berpasukan, cara menyelesaikan masalah dan pelbagai aktiviti fizikal ketika Jake dan kawan-kawannya berusaha untuk memenangi semula harta mereka.

Seni grafiti di sekolah

Posted: 16 Jun 2012 04:32 AM PDT

Pelukis grafiti perlu fokus dan pandai menonjolkan karya agar bakat mereka dilihat dan diterima.

MENGHASILKAN sebuah karya lukisan di dinding sekolah untuk ditinggalkan kepada guru dan generasi pelajar seterusnya pasti mengundang rasa bangga kepada si pelukis.

Lebih manis lagi apabila segala idea, kreativiti yang dicurahkan untuk menghasilkan lukisan itu mendapat pengiktirafan.

Bagi sepuluh pelajar perempuan tingkatan lima, Sekolah Menengah Perempuan Asunta, Petaling Jaya, Selangor, lukisan grafiti yang dihasilkan di dinding bangunan galeri seni di sekolah adalah kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Ia juga bukti kecintaan mereka kepada sekolah yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.

Persekitaran positif

Usaha kali pertama menghasilkan lukisan grafiti itu melayakkan Sekolah Menengah (P) Asunta memenangi pertandingan seni grafiti, Gempaknya My School anjuran Bumblebee Consultancy bersama Sony Malaysia baru-baru ini.

Merupakan satu-satunya sekolah perempuan yang menyertainya, lukisan grafiti yang bertajuk Sony Memuaskan Citarasa Semua, berjaya menewaskan tujuh buah sekolah lain di Lembah Klang antaranya, Sekolah Menegah Kebangsaan Taman Desa, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Buloh.

Pengarah Projek Gempaknya My School, Christine Ngh, berkata pertandingan melukis grafiti itu bertujuan mendedahkan pelajar mengenai seni grafiti secara positif untuk lebih mengenalinya selain meningkatkan hubungan baik antara pihak sekolah dan pelajar.

"Ia juga bagi membina keyakinan diri pelajar, kepimpinan dan komunikasi serta bekerja dalam satu pasukan selain berpeluang untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka yang terlibat secara profesional dalam bidang itu," katanya.

Kaji selidik yang dilakukan di lapan buah sekolah yang menyertai pertandingan kali pertama ini mendapati, 68 peratus menyatakan seni grafiti telah membuatkan persekitaran sekolah mereka menjadi lebih positif dan ceria.

"Sebanyak 71 peratus pula bersetuju agar program seumpama dijalankan lebih kerap lagi," katanya yang berharap program berkenaan akan menjadi titik permulaan mengembangkan kreativiti pelajar dalam bidang seni.

Kali pertama berpeluang bermain dengan semburan cat menghasilkan lukisan grafiti telah membuatkan Nor Fatin Nabila Rosli, 17, jatuh cinta.

Tidak pernah mengenali seni grafiti sebelum ini, ia adalah pengalaman baru yang sangat mengujakan, tambahan berpeluang bekerjasama dengan pelukis grafiti terkenal tanah air, Bone Alfie.

"Sangat menarik..., ia satu pengalaman baru yang cukup manis bersama kawan-kawan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Ini juga sebagai tanda kenangan kami sebelum meninggalkan sekolah," katanya.

Walaupun sangat mencabar kerana tidak biasa menggunakan semburan cat yang memerlukan penelitian rapi, namun segalanya berjaya diatasi hasil kerjasama rakan yang lain.

Sokongan sekolah

Bermula sebagai ekspresi meluahkan perasaan melalui tulisan dan lukisan di dinding, pagar mahupun di tembok-tembok, seni grafiti yang pernah dikaitkan sebagai aktiviti vandalisme dalam kalangan anak muda, kini mula berubah wajah.

Perkembangannya yang bermula pada akhir 1990-an, kini melalui fasa baru apabila ia diiktiraf menjadi sebahagian daripada cabang seni kreatif yang mempunyai nilai estetik yang tinggi.

Menurut Bone Alfie yang terlibat dalam seni grafiti lebih enam tahun lepas, pendedahan kepada pelajar sekolah boleh membawa mesej positif tentang seni itu agar ia tidak disalah ertikan.

Sebagai seorang yang bekerja dan berkarya sepenuh masa dalam seni grafiti, beliau berkongsi pengalaman yang ada dengan pelajar sekolah yang terlibat dalam pertandingan Gempaknya My School.

"Saya antara pelajar yang lebih menjurus dalam bidang kreatif berbanding akademik. Minat telah ada sejak sekolah, cuma kurang mendapat pendedahan ketika itu.

"Bermula dengan lukisan mural, kemudian mencari dan mendalami bidang grafiti sendiri hanya melalui Internet dan pembacaan. Mencuba aplikasikannya, berkongsi dengan kawan-kawan dan akhirnya, ia menjadi satu kerjaya saya sekarang," kata Bone.

Semua kisah dan pengalaman itu serba sedikit dikongsi dengan para pelajar, agar mereka lebih memahami seni grafiti dan tidak menyahlahgunakan teknik seni jalanan dengan melakukan aktiviti kemusnahan atau vandalisme.

Penerimaan positif pihak sekolah yang menyokong usaha memartabatkan seni grafiti mampu mencungkil bakat baru.

"Ada pelajar yang memang sangat berbakat. Sekali ajar sahaja mereka sudah faham teknik dan boleh buat. Ditambah pula dengan sokongan guru di sekolah.

"Saya yakin jika terus diberi peluang, lebih ramai lagi bakat muda dalam seni grafiti akan dihasilkan dan penerimaan masyarakat juga akan menjadi lebih terbuka," katanya.

Seni grafiti sebagai kerjaya

Sehingga kini terdapat kira-kira 100 individu dan berkumpulan yang terlibat aktif dalam seni grafiti di Malaysia dan ia dijangka terus berkembang hasil sokongan pelbagai pihak termasuk kerajaan mahupun pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ruang di tebing Sungai Klang berdekatan Stesen LRT Pasar Seni antara kawasan yang dikhaskan untuk pelukis grafiti berkarya. Selain itu pelbagai platform seperti pameran, pertandingan seni grafiti diadakan bagi mencungkil dan mengembangkan bakat baru.

"Karya grafiti dipamer secara terbuka di dinding-dinding kepada orang ramai bagi mengetengahkan hasil karya masing-masing. Ia juga antara usaha bagi meletak dan memperkenalkan Malaysia dalam kalangan pelukis grafiti di luar negara yang kini telah mengiktiraf karya rakyat tempatan," katanya.

Mengulas mengenai masa depan seorang pelukis grafiti, Bone berkata, penerimaan masyarakat terutama, institusi pendidikan dan syarikat-syarikat korporat telah meletakkan seni grafiti setara dengan cabang seni lain.

"Selain mempamerkan karya, banyak syarikat korporat telah menggunakan khidmat pelukis grafiti untuk penjenamaan, iklan, program dan sebagainya yang membolehkan kami mencari makan dalam bidang ini," ujarnya yang menyatakan pendapatan seorang pelukis grafiti agak lumayan sekiranya dilakukan secara serius.

Seorang pelukis grafiti perlu fokus dan pandai menonjolkan karya agar bakat mereka dilihat dan diterima. Bukan itu sahaja, mereka juga harus mempelbagaikan kebolehan, tidak hanya pada lukisan di dinding, sebaliknya dalam bentuk lain seperti melukis di kasut.

"Bidang grafiti boleh berkembang luas asalkan kita kreatif, rajin dan pandai memasarkannya," ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

Filem aksi terakhir Jackie Chan

Posted: 16 Jun 2012 04:27 AM PDT

pix_gal0
TIADA lagi filem aksi buat Jackie Chan, malah Chinese Zodiac yang juga produksi ke-100 dibintanginya menjadi produksi aksi terakhir yang dijayakannya.

"Ia adalah filem adalah filem aksi terakhir lakonan saya," kata aktor berusia 58 tahun itu pada sidang media yang diadakan di Cannes, baru-baru ini.
"Saya sering bertanya kepada diri, berapa lama lagi mampu bertahan? Saya bukan lagi muda. Saya sudah terlalu letih," katanya disulami tawa, menterjemahkan peribadinya yang mesra dan mudah didekati.
Saya belum bersara. Cuma ini filem aksi terakhir saya tetapi saya masih lagi mahu berlakon. Saya berharap lebih ramai pengarah akan mendekati dan menawarkan saya watak dalam filem muzikal. - Jacky
Selain faktor usia, superstar antarabangsa yang sering melakonkan sendiri aksi lasak dalam filem yang dibintanginya juga mempunyai sebab lain mengapa dia mengambil keputusan itu.

Katanya, pengisian keterlaluan terutama di layar kaca dan perak mengubah dunia menjadi kejam lantas membuat dirinya tersepit dan terperangkap dalam dilema.

"Saya menyukai filem aksi tetapi saya membenci keganasan. Dunia hari ini menjadi terlalu ganas," katanya berharap keputusan itu akan memperluaskan jenama Jackie Chan dengan menggalas watak lebih serius dan dramatik.

Sedikit demi sedikit, kata pelakon kelahiran Hong Kong itu, penonton akan lebih mengenali siapa Jackie Chan yang sebenar.
"Saya tidak mahu cuma dikenali sebagai pelakon filem aksi, saya ingin khalayak melihat saya sebagai aktor sebenar. Saya mahu menjadi Robert De Niro Asia.

"Saya ingin keluar daripada imej yang selama ini melekat kuat dalam diri saya. Sejak 10 tahun lalu saya cuba mempelbagaikan lakonan seperti The Karate Kid, di mana saya selesa membawakan watak sebagai orang tua.

"Saya mahu audiens mengenali saya bukan sekadar menerusi watak aksi dan komedi kerana saya juga boleh berlakon," katanya.

Popular dengan kepakarannya menggabungkan seni mempertahankan diri dan komedi slapstik, Chan ketika ini memegang rekod dalam Guinness Book of World Records sebagai pelakon paling banyak melakonkan aksi.

Memulakan karier lakonan sebagai pelakon lagak ngeri dalam filem Bruce Lee, Fist Of Fury (1972) dan Enter The Dragon (1973), Chan berkata, keinginannya itu bukan bermakna dia ingin berundur daripada dunia lakonan.

"Saya belum bersara. Cuma ini filem aksi terakhir saya tetapi saya masih lagi mahu berlakon. Saya berharap lebih ramai pengarah akan mendekati dan menawarkan saya watak dalam filem muzikal.

"Barangkali ramai yang sudah lupa, saya juga seorang penyanyi yang baik. Malah saya juga berharap dapat beraksi dalam filem sains fiksyen atau cinta," katanya.

Chan tidak menafikan pada usianya sekarang, dia perlu lebih berhati-hati dan memikirkan risiko yang terpaksa ditanggung setiap kali melakonkan aksi lasak yang mengancam nyawanya.

"Saya terlalu banyak mengalami kecederaan, membuatkan saya perlu lebih berhati-hati jika ingin meneruskan kerjaya sebagai pelakon," katanya.
Chan dalam autobiografi, I Am Jackie Chan mengakui pernah berdepan pelbagai kecederaan termasuk pendarahan otak yang hampir meragut nyawanya ketika membintangi Armor Of God.

Dia juga hampir kehilangan penglihatan ketika beraksi di set Drunken Master, malah hidungnya pernah tiga kali patah ketika berlakon dalam tiga filem berbeza.

Dikenali sebagai seorang yang sederhana, malah sering melemparkan senyuman, Chan mengakui, dia tidak akan bertolak ansur dengan pelakon yang berlagak diva ketika di lokasi penggambaran.

Siapapun mereka katanya, apabila di lokasi dia akan melayani semua yang terbabit sama rata tanpa mengira kedudukan.

"Saya tidak peduli sebagus manapun seseorang pelakon itu. Memang saya menyenangi pelakon yang punya bakat tetapi personaliti itu lebih penting.

"Bukan hanya di depan, personaliti di belakang kamera juga memainkan peranan penting. Saya tidak suka pelakon yang mempunyai nama besar, memberikan persembahan terbaik tetapi di belakang meminta bukan-bukan.

"Saya benci orang seperti ini. Saya sama seperti orang lain, tiada perbezaan. Saya tetap akan makan semeja dengan semua orang di lokasi, semua kena bersama," katanya.

Galak anak berlakon

KETIKA tayangan perdana filem aksi komedi, Double Trouble, Jackie Chan hadir memberikan sokongan kepada anaknya, Jaycee Chan atau Fong Cho Ming yang buat kali pertama bekerjasama dengan pengarah baru Taiwan, Chang Hsun-Wei.

Mengulas mengenai anaknya, Chan berkata, dia sering memikirkan pelbagai kekurangan dan kelemahan yang dimiliki Cho Ming namun kebelakangan ini, persepsi negatif itu mula beransur pergi.

"Ramai menjerit dan memarahi saya kerana di mata mereka, Cho Ming berada di atas landasan yang betul. Saya masih teringat bagaimana Will Smith melayani anaknya ketika penggambaran The Karate Kid.

"Ia menyedarkan saya supaya menukarkan cara pemikiran saya. Bermula hari ini saya harus mengakui, Cho Ming ialah yang terbaik. Tetapi itu tidak menghalang saya untuk mengkritiknya," katanya.

Melatah berkaitan dengan emosi

Posted: 16 Jun 2012 04:24 AM PDT

Tabiat melatah lebih kerap berlaku di kalangan masyarakat Melayu. - Gambar hiasan

MELATAH didefinisikan sebagai satu fenomena tingkah laku dikaitkan dengan kaum tertentu di Asia Tenggara khususnya kaum Melayu.

Berlaku kebanyakannya di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Singapura dan Indonesia, tingkah laku melatah ini dikatakan tidak ketara (mungkin ada) di negara-negara Eropah kerana tidak 'digalakkan' oleh masyarakatnya.

Ini kerana bagi mereka fenomena tersebut dianggap pelik atau seperti satu jenis penyakit.

Tingkah laku melatah bukan satu perbuatan yang dibuat-buat, sebaliknya, ia berlaku spontan kerana sudah tertanam dalam diri individu berkenaan.

Namun sekiranya pada permulaan seseorang itu melakukannya secara berulang kali, lama-lama ia akan menjadi satu kebiasaan iaitu tingkah laku yang akan dilakukan berulangan.

Ini bermakna ia satu situasi yang sukar untuk ditinggalkan apabila tingkah laku baru (perkara yang menjadi kebiasaan) mengambil tingkah laku lama dan perkara itu akan dilakukan berulangan.

Menurut Pakar Perunding Psikiatri Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman, individu yang melatah suatu waktu dahulu (kira-kira 20 hingga 30 tahun sebelum ini) khususnya di negara ini, mereka menjadi tumpuan hiburan terutama di majlis-majlis keramaian.

"Individu yang melatah suatu waktu dahulu boleh dijadikan sebagai 'kerjaya' kerana mereka diundang ke majlis-majlis untuk memeriahkan suasana keraian.

"Mereka diundang atas fungsi tertentu dan ada peranan dalam masyarakat sebagai penghibur, khususnya di kawasan luar bandar," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dr. Daniel Zainal berkata, fenomena melatah ini dari segi statistiknya melibatkan 80 hingga 90 peratus daripadanya adalah golongan wanita yang telah agak berumur.

Katanya, dari segi aspek psikologi, orang melatah ini sebenarnya ada ciri personaliti tertentu iaitu neurotik.

"Biasanya dari aspek peribadi, individu yang suka mendapat perhatian dan menonjolkan diri seperti terlibat dalam bidang seni adalah antara mereka yang suka melatah.

"Selain itu mereka yang tergolong dalam perlakuan ini dianggap mempunyai personaliti yang celaru, resah atau darah gemuruh, cepat terkejut dan lemah semangat (easily hyperstartle response) termasuk apabila melihat berita yang menggerunkan serta mudah mendapat serangan panik (panic attack)," katanya.

Melatah juga katanya, dikaitkan dengan faktor genetik turun-temurun dalam keluarga kerana ia ada unsur berjangkit.

Mungkin bukan daripada ibu atau bapa yang melatah tetapi pak cik atau mak cik yang melatah juga dapat dijangkiti oleh anak saudara mahupun cucu mereka.

Ahli keluarga terdedah kepada tingkah laku melatah sekiranya mereka berdepan dengan masalah psikologi. Ia juga boleh dikaitkan dengan aspek keturunan dan persekitaran yang mendorong kepada berlakunya keresahan, kesedihan dan kecenderungan mewarisi personaliti cepat gemuruh.

Menurut Dr. Daniel Zainal, perilaku melatah sepatutnya tidak lagi digalakkan dalam masyarakat sekarang kerana ia boleh menjejaskan harga diri si pelatah.

Malah ketika situasi latah sedang berlaku, orang di sekeliling boleh meredakan si pelatah dengan menenangkan dirinya.

Caranya ialah dengan menampar bahu si pelatah lalu mengajarnya mengucap dan beristighfar beberapa kali sehingga fikirannya kembali tenang dan tenteram.

"Orang melatah ini sebenarnya tidak suka dijadikan bahan ketawa dan ia boleh menyebabkan mereka rasa tertekan. Orang melatah akan memberi hiburan kepada orang lain tetapi pada dirinya ia rasa tidak elok, selain mengundang panik di kalangan awam dan menyebabkan kejatuhan harga diri," katanya.

Dari aspek pengurusan katanya, jangan galakkan ahli keluarga mengusik individu yang ada ciri-ciri melatah jika mereka tahu seseorang itu berpotensi untuk melatah.

Juga jangan tambah usikan berkenaan sekiranya si pelatah sedang melatah sehingga menyebabkan proses berkenaan berlarutan.

Jelas Dr. Daniel Zainal, tiada sebarang ubat untuk merawat latah, namun ia boleh dikawal menerusi sesi kaunseling psikoterapi perkara-perkara yang boleh menjadi pencetus kepada latah yang berhubung dari aspek kognitif dan tingkah laku.

"Ketika melatah, individu ini seolah-olah terpisah dari alam sekeliling, tidak sedar apa yang berlaku yang membentuk keadaan trance state (di bawah sedar). Pada ketika ini tahap kesedarannya amat rendah bagaikan bermimpi, ralit atau seolah-olah dipukau seperti yang berlaku pada pengangkat kavadi ketika Thaipusam, pemain wayang kulit, penari kuda kepang dan sebagainya," katanya.

Menurut Dr. Daniel Zainal lagi, individu yang melatah boleh menggunakan cara hipnosis untuk menyelami keadaan di bawah sedarnya yang menyebabkan punca-punca berlakunya latah.

" Minda manusia terdiri daripada pemikiran sedar (12 peratus) dan pemikiran di bawah sedar (88 peratus). Justeru kaedah hipnosis ini akan mencungkil kisah lalu pengalaman di bawah sedarnya yang mempengaruhi tabiat melatahnya.

"Ini kerana emosi seseorang dipengaruhi dengan apa yang berlaku kepada individu tersebut lama dahulu, ia seolah-olah data yang tersimpan dalam pemikiran minda tidak sedar," katanya.

Menurut beliau, individu yang melatah ini juga perlu belajar teknik pernafasan yang betul seperti senaman yoga atau berzikir untuk menangani masalah ini.

Namun katanya, fenomena melatah ini semakin berkurangan di negara ini khususnya di majlis-majlis keraian kerana persekitaran yang masyarakat tidak lagi menggalakkan perlakuan berkenaan.

"Ramai masyarakat sekarang sudah tidak 'menggalakkan' perlakuan melatah ini. Sekiranya mereka tahu individu berkenaan melatah, mereka tidak akan cuba mengusiknya.

"Bahkan generasi muda mungkin ramai yang tidak tahu apa itu melatah kerana sudah jarang terlihat dalam masyarakat sekarang," katanya Dr. Daniel.

google,tv3 online,tv3 live,tv3 streaming,tv3 news,tv3 schedule,tv3 live streaming,tv3 hani,tv3 asmaratv3 seribu kali cinta,tv3 999,tv3 website,tv3 watch online,tv3 wanita hari ini,tv3 wiki,tv3 watch,tv3 wanita,tv3 wwe,tv3 web,tv3 whi,tv3 email,tv3 emil emilda,tv3 editor,tv3 event guide,tv3 enterteimenttv3 epilog syurga cinta,tv3 xpose,tv3 remaja,tv3 register,tv3 rancangan,tv3 rate card,tv3 rancangan tv,tv3 raya ad,tv3 real player,tv3 rock the vote,tv3 resipies,tv3 russia,tv3 tonton,tv3 tiramisu,tv3 thank you,tv3 telenovela thank you,tv3 twitter,tv3 tv guide,tv3 telenovela,tv3 thai,tv3 tonton.com.my,tv3 theme song,tv3 ustaz amirul,,tv3 ulek mayang,tv3 um,tv3 ustaz,tv3 url,tv3 ulik mayang,tv3 ular emas,tv3 intisari rancangan,tv3 iklan raya,tv3 online ,tv3 online streaming,,tv3 online livetv3 online tiramisu,tv3 .com.my,tv3 online putera katak,tv3 online stream,tv3 online news,tv3 online hani,tv3 online drama,tv3 putera katak,tv3 portal,tv3 program,tv3 puteri kayangan,tv3 program guide,tv3 payudara,tv3 panggung sabtu,tv3 program schedule,tv3 asmara,tv3 ayoub,tv3 alisa,tv3 ajl,tv3 aduan rakyat,tv3 adamaya,tv3 ask 2010,tv3 adress,tv3 asmaradana,tv3 anugerah skrin,tv3 streaming,tv3 schedule,tv3 seribu kali cinta,tv3 suku,tv3 scholl attack,tv3 samarinda ayoub,tv3 streaming live,tv3 samarinda,tv3 sinetron alisa,tv3 schedule today,tv3 drama,,tv3 downloadtv3 dakwah muharram,tv3 drama korea,tv3 drama ayoub,tv3 dendam,tv3 drama melayu,tv3 drama hani,tv3 drama gemilang,tv3 dalil cinta,tv3 facebook,tv3 free streaming,tv3 frequency,tv3 free online,tv3 free,tv3 freemason,tv3 feedback,tv3 football,tv3 facebook malaysia,tv3 gemilang,tv3 guide,tv3 games,tv3 ghana,tv3 gadis semasa,tv3 guide malaysia,tv3 gua.com,tv3 glee,tv3 hani,tv3 home,tv3 highlight melodi,tv3 hr,tv3 host,tv3 hari raya ad,tv3 hari ini,tv3 hetaliatv3 highlight,tv3 hotline,tv3 jom heboh,tv3 jawatan kosong,tv3 jom relaks,tv3 juara lagu online,tv3 jalan-jalan cari makan,tv3 kids,tv3 kes,tv3 korean drama,tv3 keliwon,tv3 live,tv3 live streaming,tv3 live online,tv3 lestary hani,tv3 lagenda putera katak,tv3 login,tv3 live stream,tv3 live tv,tv3 live streaming tv,tv3 logo,tv3 career,tv3 com.my,tv3 chinta,tv3 catch up tv,tv3 channel,tv3 cerekarama,tv3 contact,tv3 cartoon,tv3 company,tv3 buletin utama,tv3 bersamamu,tv3 berita,tv3 berita terkini,tv3 berita utama,tv3 blogspot,tv3 broadcast,tv3 barbie,tv3 news,tv3 nona,tv3 news online,tv3 nur kasih,tv3 nightlinetv3 news today,tv3 naruto,tv3 naruto shippuden,tv3 malaysia,tv3 melodi,tv3 mentor 5,tv3 mentor,tv3 mhi,tv3 malaysia live,tv3 malaysia tv,tv3 merlintv3 movie,tv3 malaysia hari ini,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV 3 MALAYSIA ONLINE LIVE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved